Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Jun 28, 2016

Analisis Terkini!! YB Khalid Samad : Pilihan Raya Kecil Sg. Besar dan Kuala Kangsar



MUQADDIMAH

Pilihan Raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah berakhir dengan kemenangan BN dengan majoriti yang lebih dari yang diperolehi mereka pada 2013. Ianya merupakan pilihan raya yang bersejarah kerana ianya merupakan pilihan raya pertama yang melibatkan Pakatan Harapan secara rasmi. Pada masa sama ianya juga merupakan pilihan raya kecil pertama berlakunya tiga penjuru antara PH, PAS dan BN.

“PENTINGNYA PEMBANGKANG BERSATU!”

Sebaik sahaja keputusan diketahui, bermacam-macam analisa diberikan dari berbagai pihak. Di antara pandangan yang sering diulangi adalah betapa keputusan tersebut membuktikan bahawa perlunya pembangkang bersatu untuk menghadapi BN dan bagaimana pertandingan 3 penjuru hanay menguntungkan BN. Tetapi malangnya cara bagaimana ianya diceritakan seolah-olah pertandingan 3 penjuru sengaja diusahakan dan diinginkan oleh semua pihak. Sedangkan PH telah dengan bersungguh berusaha, sehingga saat terakhir untuk berbincang dengan PAS untuk mengelak berlakunya 3 penjuru.

Malangnya PAS telah tidak berminat untuk berbincang dan telah mengulangi pendirian tidak berminat ini berkali-kali. Bagi yang sering mengulangi dakwaan ini, sila berikan penegasan ini kepada PAS!

Kalau dibaca kenyataan sebahagian pimpinan PAS selepas keputusan pilihan raya kecil (PRK) ini diketahui, mereka lebih cenderung mendabik dada menyatakan betapa mereka secara bersendirian telah mendapat sekian banyak undi. Mereka bagaikan tidak kisah bahawa BN telah memenangi kedua-dua kerusi Parlimen yang ditandingi. Sikap “menang sorak, kampung tergadai” amat sangat sesuai untuk menggambarkan sikap PAS dalam soal ini.

‘MENYEDARKAN’ PAS SALAH SATU MATLAMAT

Sebenarnya antara matlamat di sebalik bertanding tiga penjuru ini adalah untuk menyedarkan PAS! Supaya jangan asyik mendabik dada mengatakan “PAS kuat”. Tiada siapa yang menafikan PAS ada kekuatannya. Tetapi, hakikatnya, walaupun PAS kuat, ianya tidak cukup kuat untuk mengalahkan BN secara bersendirian. Maka perlu berpakat, sepertimana ia pernah berpakat dengan Semangat 46 melalui ‘Angkatan Perpaduan Ummah (APU)’ pada tahun 1990, dengan Keadilan dan DAP melalui Barisan Alternatif (BA) pada 1999, hanya dengan Keadilan juga melalui BA pada 2004 dan sekali lagi melalui Pakatan Rakyat (PR) pada 2008 dan 2013. Sudah pasti sekiranya PAS masih ingin melihat BN tumpas, mereka akan menyedari perkara ini. Tetapi malangnya keadaan PAS sudah tidak seperti dahulu.

PAS sekarang ingin BN ditumpaskan tetapi hanya sekiranya PAS yang menggantinya sebagai kerajaan. Sekiranya yang menggantikan BN adalah PR atau PH, dan PAS bukan yang ‘dominan’ di dalam pakatan tersebut, maka PAS lebih redha melihat BN terus memerintah. Paling kurang, mengikut minda PAS sekarang, BN didominasi UMNO yang Melayu Islam. Segala rasuah dan penyelewengan UMNO/BN boleh ‘ditegur’ dan memadai dengan itu. Jangan dijatuhkan BN, kata mereka, untuk diganti dengan Pakatan yang tidak didominasi Melayu Islam!

Mungkin PAS tidak sedar lagi. Sikap sebegini mungkin akan menyebabkan mereka turut kehilangan Selangor sambil Perak, Kedah serta negeri-negeri yang lain boleh turut dilupakan. Atau mereka sedar tetapi beranggapan ianya tidak mengapa kerana sekiranya ianya kembali kepada UMNO sekalipun, sekarang ini UMNO sudah ‘baik’.

AMANAH MULA DIKENALI SAMBIL PH MULA DITERIMA SEBAGAI WADAH PENYATUAN PEMBANGKANG

PH adalah entiti baru bagi ramai. Begitu juga Amanah. Tetapi pilihan raya kecil ini telah melihat semua yang ingin jatuhkan BN bersatu menyokong Amanah dan PH. Samada NGO seperti Bersih, SAMM mahupun Deklarasi Rakyat, semua telah berjaya disatukan.

Walaupun tidak berjaya lagi mengalahkan BN, tetapi sebuah gerakan yang menyatukan semua pembangkang seperti PR dahulu sudah mula diasaskan. Dan proses pengukuhan PH perlu diteruskan sehingga PRU ke 14. Pintu sentiasa terbuka untuk PAS menyertainya, sebagai ahli atau sekutu, tetapi kita tidak boleh menunggu penyertaan PAS untuk bergerak memperkukuhkan PH dan Amanah.

Ini juga antara matlamat keterlibatan AMANAH dalam pilihan raya kecil ini, walaupun terpaksa bertanding tiga penjuru. Iaitu untuk memperkenalkan Amanah dan PH sebagai sebuah entiti. Walaupun keadaan tiga penjuru tidak diinginkan tetapi semua pihak perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Boleh terus menjemput PAS untuk bersama tetapi perlu bersedia menghadapi PAS seperti di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sekiranya PAS terus berdegil. Melihat kepada respon dan reaksi pimpinan PAS, saya percaya PAS akan terus berdegil. Seperti yang saya sebutkan tadi, perspektif mereka sudah berubah.

PERSOALAN UNDI MELAYU

Sememangnya undi Melayu merupakan cabaran terbesar bagi PH. Selagimana ianya berpihak kepada BN dengan kadar melebihi 53%, PH tidak akan mampu menawan Putrajaya. Malangnya pilihan raya kecil kali ini tidak memberi peluang untuk Amanah dan PH menguji kemampuannya untuk mendapatkan undi Melayu. Ini adalah kerana ianya diadakan semasa masyarakat Melayu Islam sibuk berpuasa. Oleh itu program amat sukar dianjurkan dan apabila dianjurkan pula, amat sukar untuk mendapatkan kehadiran para pengundi.

Walaupun begitu, hakisan undi Melayu untuk BN dan PAS tetap berlaku. Ianya mula berpindah kepada Amanah walaupun bukan dalam jumlah yang diharapkan. Malangnya, atas sebab kesukaran mengadakan program, ianya amat terhad. Kebanyakan pengundi kekal dengan pilihan lepas, iaitu samada BN atau PAS. Harapan untuk mendapatkan 25% undi Melayu melalui hakisan 13% undi Melayu dari PAS dan 12% dari BN tidak tercapai. Yang tercapai mungkin sekitar 10% ke 13% dan itu pun dari mereka yang telah bersama Amanah mungkin sejak sebelum PRK kecil tersebut. Program semasa tempoh kempen mungkin menyumbang pertambahan dalam beberapa ratus undi sahaja.

Maka keputusan mengadakan pilihan raya kecil ini pada bulan Ramadhan banyak membantu BN mengekalkan sokongan Melayu mereka. Segala usaha memecahkan kubu sokongan Melayu kepada BN mudah digagalkan. Kempen PH yang terlalu terhad tidak mampu menandingi kempen media BN, khususnya melalui TV yang berfungsi siang malam mencorak pemikiran masyarakat Melayu. Termasuk yang dapat ditumpulkan adalah serangan Deklarasi Rakyat. Tun M mungkin hanya mampu bertemu dengan seribu dua masyarakat Melayu di Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dari yang ditemuinya, mungkin sebahagian besar telah mengundi Amanah.

Bagi Amanah, parti baru yang belum dikenali, kecuali melalui tohmahan BN dan PAS sebagai parti ‘khadam DAP’, kempen yang begitu terhad di dalam suasana Ramadhan tidak mampu membawa sokongan secara besar-besaran dari pengundi Melayu. Sekiranya dengan masyarakat Cina yang pro-pembangkang sekalipun DAP terpaksa berkerja sebegitu keras untuk memperkenalkan Amanah, apatah lagi dengan masyarakat Melayu. Gerak kerja DAP dalam menangani masyarakat bukan Melayu tidak dihalang program bulan Ramadhan dan oleh itu kita dapati DAP telah berjaya walaupun terpaksa bertungkus-lumus memperkenalkan Amanah dan PH kepada masyarakat bukan Melayu.

PAS GAGAL MENDAPAT UNDI UMNO

PAS turut gagal mendapat undi ahli dan penyokong UMNO walaupun telah berkorban sehingga dipecahnya PR dan PAS itu sendiri demi persahabatan dengan UMNO. Sebaliknya undi Melayu PAS juga turut merosot. Sepertimana kempen Amanah, kegiatan kempen PAS juga terkongkong dengan suasana Ramadhan. Namun sebagai parti yang sudah dikenali, mereka mempunyai penyokong dan kebanyakan dari program mereka adalah untuk mempertahankan sokongan tersebut.

Dengan kegagalan PAS untuk mendapat undi ahli dan penyokong UMNO, strategi mereka dalam aspek ini terbukti meleset. Hubungan PAS bersama UMNO hanya membantu UMNO mengekalkan sokongannya di kalangan masyarakat Melayu. UMNO sekarang dilihat ‘baik’ dan segala masalah dan kerosakan terhadap masyarakat Melayu sekarang ini bukan lagi dilihat berpunca dari UMNO. Hasil pendekatan baru PAS yang berjalan sekian lama, semua masalah Melayu adalah berpunca dari DAP, kononnya musuh Islam dan Melayu. Usaha menyalahkan dan mendedahkan keburukan UMNO tidak lagi dilakukan PAS. Yang dilakukan PAS adalah usaha ‘penyucian UMNO’ untuk menjustifikasi kerjasama dengan UMNO.

UNDI CINA

BN bergembira kononnya telah mendapat 30% - 35% undi Cina. Kononnya mereka telah kembali kepada BN. Sekiranya benar sekalipun, saya yakin ianya hanya untuk seketika sahaja. Masyarakat Cina ramainya bersikap pragmatis. Dalam suasana pilihan raya kecil yang tidak mampu menukarkan kerajaan di Putrajaya, mereka telah memanfaatkannya untuk mendapat beberapa tawaran dari BN. Dan sememangnya BN telah berkerja keras untuk mendapatkan undi Cina ini. Perlepasan Nelayan Cina dari tahanan kerajaan Indonesia, permit kerja bagi anak kapal nelayan dan sebagainya, kesemuanya boleh dan telah ditawarkan untuk PRK kali ini. Tetapi saya yakin, kesannya hanya untuk PRK ini sahaja.

KESIMPULAN

Keputusan yang diperolehi bukan bayangan keputusan yang akan tercapai semasa PRU ke-14 kelak. Ianya keputusan pilihan raya kecil yang diadakan semasa Ramadhan dalam keadaan Amanah dan PH tidak lagi sempat diperkenalkan dengan sepenuhnya. Sekiranya dalam tempoh sepuluh hari dan suasana yang begitu mengongkong Amanah dan PH telah berjaya memperolehi undi sebanyak itu, bayangkan pencapaian sekiranya terus berusaha dalam tempoh enam bulan atau setahun atau setahun setengah mempromosi Amanah dan PH pada masa akan datang. Sudah pasti kesannya akan lebih membanggakan.

Yang penting adalah keputusan untuk terus memperkenalkan Amanah dan PH secara besar-besaran dan jangan berpatah balik. Sambil itu usaha membina kekuatan Amanah dan PH perlu juga diteruskan. Tiada gunanya ada pihak yang mengeluh dan mengharapkan PAS akan kembali ke pangkuan pembangkang. Hakikatnya PAS tidak lagi menjiwai peranan mereka sebagai pembangkang. Walaupun pintu rundingan terus terbuka bagi mereka menyertai Pakatan Harapan, usaha gigih adalah diperlukan bagi menyediakan masyarakat untuk menyokong PH tanpa keterlibatan bersama PAS.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Cara gandakan simpanan wang

IKLAN BERBAYAR

Beli simkad toneexcel harga bajet RM80.00 berbanding harga biasa RM98.60! Siapa cepat dia dapat! sms atau whastup " ya saya ingin membeli toneexcel dengan harga promosi! " kepada 010-7898637. Kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat....tungguuuuuuuuu..!!!!!!


dana-100-all

14 ulasan:

  1. Kalau dah namanya pas.smpi pupus pun pas xkan sedor2.dulu aku pernah bersembang dgn ketua bhgian bn,dia kata pas ni bagus bwk islam cuma diorg ni xcerdik,tu je mslhnye,senang dipermain diperbodohkan.masa tu aku marahla sbb pas dlm team pr.skrg ni jelas nyata terbukti benar kata2 nya pas mmg mcmtu smpi bila2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAKATAN HARAPAN AKAN HANCUR DAN NEGARA LEBUR BEGITU LAH APA YANG SY LIHAT SEKIRANYA PERPECAHAN TERUS BERLAKU.. UMNOO KETAWA BESAR DAN APA YANG KITA SMUA BANGGAKAN? KITA BERTANDING PERLU KEMENANGAN ..KALU BERTANDING HANYA SUKA2 LEBIH BAIK KITA TIDO DOK UMAH. PANDANGAN SAYA KETIADAAN ANUAR IBRAHIM DI PENTAS POLITIK DAN TIADA PENGGANTI YANG BERWIBAWA ADALAH PENYEBAB PENGUNDI LEKA DAN MULA MELUPAI PERJUANGAN ANUAR IBRAHIM. ITULAH SBB NYA ANUAR DI HUMBAN KE PENJARA DEMI MENYELAMATKAN UMNOOO.. HARI INI DAH NAMPAK APA YANG DI PERJUANGKAN ANUAR SELAMA INI AKAN MENJADI BUBUR SEKIRANYA YANG ADA TIDAK SEDAR YANG KONONYA DIA ADALAH HERO. SAYA MASIH BERHARAP PRU AKAN DATANG PEMBANGKANG AKN BERJAYA MENAWAN PUTRA JAYA. APA PUN AMAT SUKAR SEKIRANYE PH TIDAK BERSATU.. KITA PERLU PENGANTI ANWAR IBRAHIM.

      Padam
    2. Ph hancur ka pas yg dah hancur. Sbl kata kat org tgk dulu pas yg sedang mereput.kahkahkah

      Padam
    3. Macai pan marah jangan salah cakap tapi kalau cakap pas hancur macai pan suka. Analisa Khalid syok sendiri nak sedapkan hati macai. Matlamat pan asal bukan pas umno ok.

      Padam
  2. Sebenarnya Amanah yang perlu menilai semula fungsi, peranan dan halatujunya. Jangan nak menuding jari dan merasa diri yang betul....Wallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa pula fungsi,peranan dan halatuju pas apabila menjadi kawan karib umno parti perasuah terbesar, apa hukum nya??!

      Padam
    2. Itu matlamat pan memfitnah pas sebab umno suruh pan finish macam tu. Bagus macai pan ikut arahan umno.

      Padam
  3. Analisis syok sendiri, pru 14 nak tanding kat mana? Buat analisis ini dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mestila analisis syok sendiri, xkan Amanah tp analisis syok pas pulak. Apa punya mangkuk ngko ni.kahkahkah. Next pru kasi rampas kelantan dulu dari pas.kahkahkah

      Padam
    2. Dikelantan pan dah berpakat dengan umno sejak dari ghb 18 lagi dah berpakat untuk umno tawan kelantan untuk malukan pas. Lepas tu baru puak sekuler librel akan Lebih berkuasa.

      Padam
    3. Kahkahkah.tuduh mcm cter dongeng je.kahkahkah. Buktikan tuduhan tu....kalau ckp kosong,aku pun blh ckp hadi telah berkerjasama dgn israel yahudi dan Isis utk memusnahkan rakyat Malaysia tu sbb keris hadi pjg.kahkahkah.... Skrg buktikan dulu pan berkerjasama dgn umno... Sbl tu dulu punya kata ada video matsabu tolak hudud tu mana video nya..fitnah tu pun xterbukti lagi mau fitnah baru.hai la pas jadi parti penfitnah akhirnya

      Padam
    4. Semua sokong PAN?? Habis tu sape yg sokong BN sampai buleh menang..? Tajuk berita pun dah fitnah..

      Padam
    5. Laaa.lari topik pulak wanrosli ni.aku tanya mana video matsabu tolak hudud?beribu kali aku minta ni xdapat2 lg ni..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...