Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Mei 20, 2016

PANAS!! : KENAPA SOKONG DEKLARASI RAKYAT? YB KHALID SAMAD JAWAB KEMAH.

Khalid Abdul SamadKhalid Abdul Samad

Tindakan menyokong Deklarasi Rakyat yang diketuai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mohamad adalah sebahagian daripada langkah taktikal bagi tujuan mencapai reformasi sistem pentadbiran negara yang lebih besar seperti diperjuangkan parti pembangkang selama ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad berkata, penglibatan sebahagian pemimpin pembangkang khususnya dari Amanah adalah dengan matlamat yang jelas dan bukan bermaksud menyokong agenda Tun Mahathir semata-mata.

"Kedudukan Tun M bagi mengepalai Deklarasi Rakyat ini adalah perlu untuk menentukan ianya menarik perhatian rakyat umum selain daripada yang sudah bersama pembangkang, khususnya Pakatan Harapan.

"Ianya merupakan tindakan taktikal dan tidak bererti kami menerima beliau sebagai pemimpin. Keberkesanan taktik ini terbukti dengan adanya sejumlah 1.27 juta tandatangan terkumpul setakat ini," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Penjelasan itu dibuat beliau sebagai reaksi Amanah terhadap 'warkah dari penjara' oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melahirkan kebimbangan terhadap penglibatan pemimpin pembangkang bersama Tun Mahathir dalam Deklarasi Rakyat.

Amanah, kata Khalid menghormati pandangan dan nasihat yang diberikan Anwar dan sentiasa berwaspada terhadap agenda semua pihak, termasuk agenda Tun M yang diakui berbeza dengan agenda parti itu.

Biarpun demikian, kandungan Deklarasi Rakyat kata Khalid tidak bercanggah atau menghalang pencapaian agenda Amanah untuk melakukan perubahan total sistem pentadbiran negara, malah ia membantu.

"Berdasarkan pernilaian ini kami akan terus bersama Deklarasi Rakyat tetapi mengambil kira kekhuatiran Anwar. Oleh itu isu reformasi dan menjatuhkan Umno BN akan dipertingkatkan lagi sehingga ianya turut ditonjolkan bersama dengan isu menuntut Najib meletak jawatan.
"Ini akan diusahakan dengan dirancakkan sekali program-program di atas platform Pakatan Harapan yang turut membawa isu Deklarasi Rakyat," katanya.

mdl

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 

13 ulasan:

  1. Jawapang hok paling kemah sekali kenapa Kuali sokong DR ialah kerana Tuan Besar Kuali tidak melepaskan peluang yang ada untuk memperkudakan melayu, satu Kuali dah dikudakan, kalau boleh satu Malaysia melayu nak dikudakan, itu jawapan paling kemah bohh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hujah yg bangang..pas yg dikudakn dia tak npak,sendiri kentut busuk salahkn org lain,pnduduk negeri sndiri msih duk dlm khemah tak sedar.asik salahkn org lain.prangai ikut umgok.bengong..

      Padam
    2. Pas kene tipu ngan umno apa cter tp masih terhegeh2 nk jd penasihat umno.ape jenis kebodohan pas ni.kahkahkahkah

      Padam
    3. Ceh, kalau Tuan Besar macam nak cium mulut dgn Madey berani ke Parti Angkut Najis melawan Tuan Besar? ni baru kemah alasan kuda tunggangan. Satu Kuali sudah dikudakan.

      Padam
    4. Takda sapa tuan besar dlm isu dr,yg nk jdi punahsihat tuan najis ada iaitu tuang presideng n trooper mcam kau.brtanding pun utk kalah,taknk serang umngok lah,tpi masa yg sama dok nyelit kat umngok,eee jelek sejelek2nya..ada hati nk salah org lain,elok dihempuk dgn kuali je.kahkahkahkah

      Padam
    5. Lu pikirlah woi khodam khalid.. sementara kau berangan2 yg rakyat dah mula ke arah pembangkang, mereka sbnrnya bertambah syg pd Mahathir.. lps ni apa?.. Lu pikirlah sendiri..

      Padam
    6. Wanrosli pikirla balik drp jd penasihat/kodam najib lagi sekupang tarak guna

      Padam
    7. Jenis lbh suka mkn babi dr mkn ayam...xgitu mike

      Padam
    8. Jangkaan ku tepat.. mat sabu sendiri dah umumkan bhw ahli2 UMNO yg sokong DR kununnya akan sokong PAN utk PRK.. so kini PAN sudah ada dua tuan besar DAP dan UMNO..

      Padam
    9. Mana blh. Hadi penasihat umno nt hadi mrh matsabu plak sbb kan umno tuan besar hadi. Kahkahkah

      Padam
  2. Dulu beriya kolik.ni suh pas.tmbah talak 3...akhirnya tersembam
    Dulu pakai kopiah..skrg dah boleh rasmi majlis.dgn amoi2 pakai.selaur 6in
    Nama allah dia xblh pertahan...pesta beer bermati2an
    Dulu apa2 rahsia.ajk pusat habis didedahka.
    Org mcm ni korang nk bela? Biarlah dap.jer bela...x guna kpd agama.dan bangsa sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya berguna kpd nobody yg percaya segala kelentong kholid..

      Padam
    2. Kelentong kolid?kolid hujah guna fakta bukan mcm pas guna ckp2 org je.last2 kena tipu pasal hudud padan muka pas. Kahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...