Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Mei 17, 2016

2 PRK PANAS!! : HUJAH POWER DARI YB KHALID SAMAD..RAKYAT WAJIB BACA.

Foto Saya

Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar: Perlunya Diutamakan Pakatan Harapan
MUQADDIMAH

Pilihan Raya Sarawak telah berlalu. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi. Namun bagi saya pengajaran yang terpenting adalah ‘ketiadaan’ Pakatan Harapan secara sebenar-benarnya dalam pilihan raya tersebut. Yang bertanding adalah hanya sekadar 3 parti yang bertindak secara bersendirian, masing-masing dengan agenda dan perkiraan masing-masing.

Maka dengan itu berlakulah pertembungan antara anggota Pakatan Harapan, khususnya DAP dan PKR di beberapa kerusi. Ramai kecewa dengan keadaan ini. Di mana, tanya mereka, kesatuan pakatan parti pembangkang yang akan menandingi BN?

Pada masa yang sama, berlaku juga pertindihan antara PAS dengan setiap anggota PH, iaitu PKR, DAP dan juga AMANAH; tetapi ianya tidak begitu menimbulkan kemarahan atau kehairanan di kalanagan masyarakat dan pemerhati politik negara. PAS sudah di luar orbit politik rasional. Sibuk dengan dirinya sendiri dan blok ketiganya sambil semua parti pembangkang lain mengusahakan kesatuan dan kerjasama.

Ramai tidak hairan apabila PAS bertanding secara tiga penjuru dengan parti komponen Pakatan Harapan. Itu sesuatu yang sudah dijangka. Sudah pasti yang mewujudkan blok ketiga sudah merancang untuk mengadakan pertandingan tiga penjuru. Namun, pertandingan antara parti komponen Pakatan Harapan, itu sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR

Setelah selesai pilihan raya negeri Sarawak, kita dibentangkan pula dengan dua pilihan raya kecil di Semenanjung. Di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar. Dikesempatan ini, saya ucapkan takziah kepada dua keluarga yang telah kehilangan anggota keluarga yang dikasihi. Semoga roh mereka dirahmati dan diberkati Allah. Pemergian mereka secara mengejut dan bukan sesuatu yang diingini. Namun, pilihan raya kecil tetap perlu dilakukan.

Semestinya dalam menghadapi pilihan raya kecil ini, masyarakat ingin melihat samada Pakatan Harapan benar-benar merupakan satu ikatan yang kukuh yang mampu menandingi BN. Ianya bagaikan peluang kedua untuk membuktikan kesungguhan untuk mewujudkan satu kerjasama dan gabungan politik yang kukuh untuk menandingi BN. Dan ianya merupakan peluang yang disediakan diambang pilihan raya umum ke 14 yang mana sekiranya gagal sekali lagi, maka PH akan menghadapi PRU ke 14 dalam keadaan keutuhan yang terus dipertikai rakyat.

Dengan bersandarkan peluang terakhir ini, maka perlulah memanfaatkannya untuk menentukan bahawa Pakatan Harapan dilihat sebagai gabungan yang kuat, yang berkerjasama dan bertindak sebagai satu pasukan yang mantap. Bagi yang melihat pada matlamat jangka masa panjang, iaitu PRU ke 14, kedua-dua pilihan raya kecil ini adalah peluang keemasan untuk mengukir dalam minda Negara bahawa Pakatan Harapan mantap dan kukuh serta merupakan satu-satunya entiti yang mampu menandingi BN dan mengalahkannya.

PRU 14 SASARAN SEBENAR

PRU 14 hanya setahun lebih sahaja lagi. Sepatutnya persoalan bagaimana boleh dimanfaatkan 2 PRK ini untuk mengukuhkan kedudukan PH menuju PRU 14 menjadi tumpuan semua. Bukan sekadar “menang pilihan raya kecil dengan apa cara sekalipun” tanpa mengambil kira kesan dan akibat tindakan tersebut terhadap PRU 14. Adalah diinginkan supaya tema PRU ke 14 adalah pilihan hanya antara PH dan BN. Maka, ke arah itu keutuhan PH perlu dizahirkan melalui dua pilihan raya kecil ini.

Terdapat dua masalah utama yang dihadapi dan perlu diselesaikan sebelum PRU ke 14. Yang pertama ialah masalah kesatuan dan keutuhan PH yang masih tidak kelihatan. Ini telah saya dijelaskan di atas.

Masalah kedua adalah persoalan kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai blok ke tiga. Adalah perlu diberikan kesedaran kepada yang tidak bersama PH, samada untuk bersendirian atau untuk mengadakan Blok ke 3, bahawa rakyat akan menolak mereka. Ini adalah supaya usaha penyatuan pembangkang akan dipertimbangkan secara serius setelah tersungkur dalam pilihan raya kecil ini. Jika tidak, sehingga bila-bila mereka akan angkuh dan taasub dengan diri mereka sendiri.

Jika diberikan laluan kepada PAS dalam pilihan raya kecil seperti yan dicadangkan oleh beberapa pihak, demi mengelak pertembungan 3 penjuru dengan PAS, apakah yang akan berlaku semasa PRU 14? Sekiranya PAS menang mereka akan dakwa mereka menang atas kekuatannya sendiri dan mereka bertambah angkuh dan sombong. Mereka terus tidak akan berunding dan masalah 3 penjuru akan terpaksa dihadapi dalam PRU 14.

Dan sekiranya PAS kalah akan mula proses tuduh menuduh antara satu sama lain dengan dakwaan terdapat sabotaj dan sebagainya. Maka pada PRU 14 akan tetap terpaksa menghadapi 3 penjuru dengan PAS.

Oleh itu tidak wajar untuk mana-mana pihak cuba mengelak dari menyelesaikan masalah blok ketiga ini. Ini merupakan peluang terbaik menyelesaikan masalah keangkuhan dan kekarutan konsep blok ke 3 melalui pilihan raya kecil ini sehingga ianya tidak akan disebut lagi menjelang PRU ke 14.

Maka melalui pencapaian kedua-dua matlamat ini, iaitu membuktikan keutuhan PH dan kesongsangan konsep blok ke 3, ianya menyediakan suasana yang lebih baik untuk menghadapi PRU 14. Dan inilah sepatutnya apa yang ditumpukan iaitu memanfaatkan pilihan raya kecil ini demi menyediakan suasana yang lebih baik untuk PH menghadapi PRU 14.

PAKATAN POLITIK DAN ALMARHUM TGNA

Masih saya ingat dengan jelas kata-kata Almarhum TGNA dalam muktamar PAS 2008. Ianya muktamar selepas kemenangan besar PAS, DAP dan PKR dan pembentukan PR. Sebelum sahaja PR dibentukkan, diadakan usaha kerjasama dengan UMNO oleh beberapa pimpinan PAS sehingga menyebabkan Almarhum TGNA marah dan berang. Almarhum menyebut di dalam ucapannya, “letakkan kedua-dua kaki dalam sampan yang sama! Mana mungkin satu di sampan ini dan satu lagi di sampan yang lain? Kalau di dua sampan yang berlainan, maka apabila ianya bergerak, maka kita akan jatuh dalam air”.

Dulu kata-kata Almarhum ditujukan pada PAS. Namun hari ini kata-kata Almarhum tersebut perlu saya tujukan kepada mereka yang masih ingin berpaut kepada PAS sedangkan PAS tidak bersama Pakatan Harapan. Berikan tumpuan dan komitmen kepada PH dalam tempoh setahun dua ini supaya PH dapat mengalahkan BN dalam PRU 14. Jangan diterus perasaan berbelah bahagi kerana dengan itu hanya akan memberikan mesej yang bercelaru kepada rakyat.

KESIMPULAN

Berdasarkan penghujahan seperti di atas, maka adalah disyorkan supaya dibiarkan sahaja berlakunya 3 penjuru antara BN, PH dan PAS sekiranya PAS meletak juga calon mereka. Selain menegaskan PH sebagai pakatan yang utuh, pada masa yang sama juga menunjukkan bahawa sebagai Blok ke 3 atau sebagai parti yang bersendirian, PAS menjadi semakin tidak releven. Supaya dengan itu mereka akan perbetulkan sikap mereka menjelang PRU ke 14.

Sekiranya apa yang dihujahkan di atas diterima, iaitu PH perlu bertanding dan tiga penjuru turut mempunyai manfaatnya, maka parti yang mewakili PH di dua kerusi ini, bagi pandangan saya, semestinya AMANAH. Ini adalah kerana dua kerusi tersebut merupakan kerusi majoriti Melayu Islam melebihi 60%. Dengan bertanding di dua kerusi ini AMANAH akan mengetahui sejauh mana penerimaan masyarakat Melayu Islam terhadapnya. Sekiranya bermasalah maka masih sempat untuk ditangani dan diperbetulkan sebelum PRU ke 14. Kedudukan AMANAH di dalam PH sepatutnya adalah sepertimana PAS dalam PR sebelum ini. Dan sememangnya AMANAH adalah pecahan dari PAS yang terbentuk di atas ketidak sanggupan PAS untuk memenuhi peranannya dalam PR.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

IKLAN BERBAYAR

Duit bukanlah segala galanya... Tetapi segala galanya memerlukan duit!!
Begitu juga dengan kebahagian rumah tangga...
Porak peranda hanya gara gara masalah kewangan meskipun cinta bersemi lebih dari 10 tahun!! Itulah REALITI HARI INI!!
Bukankah membahagiakan orang yang tersayang itu adalah IMPIAN SETIAP INSAN??
Bagaimana dengan anda???
Perkongsian ini mungkin titik permulaan dalam hidup anda untuk membahagiakan yang tersayang...
Kebahagian tidak dapat dinilai dengan wang ringgit.. Tetapi berusahalah untuk mencapai kebahagian sebenar yang diimpikan
"SAYA INGIN MEMBAHAGIAKAN INSAN YANG TERSAYANG!!" <--------- Klik
Link URL : http://janapendapatanpasif4u.blogspot.my
 

53 ulasan:

  1. Setuju sesgt tiga penjuru.. Di samping tu mintak juga khalid samad tgk jgk keputusan di beting maro.. agak2 parti mana yg tak relevan sebenarnya!! Kuikuikui..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebagai rakyat yg tertekan dgn kezaliman penguasa, aspirasi rakyat ialah menurunkan BN drp tampuk kuasa menggantikan pemerintah baru. Hanya dengan kerjasama antara parti pembangkang yg mewakili semua kaum seperti BN mampu memenangi pilihanraya lalu Pakatan Rakyat ditubuhkan utk memenuhi aspirasi rakyat. Tapi PAS rigid dgn agendanya sendiri dan dikaburi dgn janji UMNO utk bantu laksana hudud, PAS berkelahi dgn DAP..akhirnya Pakatan Rakyat terbubar. Malangnya hudud tetap tidak terlaksana ..PAS sekali lagi tertipu dgn UMNO dan aspirasi rakyat marhaen utk dibela drp kerakusan kerjaan BN berkecai. Kini, rakyat mendambakan perubahan pada PRU14 dgn harapan baru...Pakatan Harapan menggamtikan Pakatan Rakyat dan AMANAH menggantikan PAS. Itulah yg dimaksudkan oleh YB Khalid

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. Yeke.yang beria2 tanye beting maro ni pas ada menang ke.kuikuikui

      Padam
    4. kolid samak ni antara org yg suka bocor rahsia ajk pas pusat dolu2...skrg mana pecah lagi...dulu belum abis mesyuarat blogger2 barua dh hentam...sifat apa camtu? boleh ke kita lantik jadi pemimpin sifat org mcm ni?
      dalam pas dulu dia pertahan pesta beer...tapi undang2 allah...chaittt...utk negeri kelantan sahaja tu...terpakai atas org islam plak tu jer...nama Allah pun dia xleh pertahankan
      pernah dalam pas dulu pergi rasmi majlis dgn amoi pakai seluar 6in...nampak peha gebu...dikapit lagi...hilang kopiah
      bak kata tghh & titm...malaysia ni negara bebas...nak masuk gelanggang...dipersilakan

      Padam
    5. Anon 9:04, memang itu la perangai mereka, bagi mereka PAS hanya tempat untuk mereka menaikkan nama mereka, lps dapat jawatan dan kerusi mereka cuba meracuni ahli dan penyokong PAS pula supaya membenci TGHH dan pimpinan Ulama supaya mereka mudah untuk mengambil alih PAS dari pimpinan Ulamak agar nanti senang la PAS tunduk dengan DAP.

      Padam
  2. Di bawah ialah kenyataan akhir khalid samad spt di atas;

    "Dan sememangnya AMANAH adalah pecahan dari PAS yang terbentuk di atas ketidak sanggupan PAS untuk memenuhi peranannya dalam PR."

    Sepatutnya berbunyi spt di bawah;

    "Dan sememangnya PAN adalah pecahan dari PAS yang terbentuk di atas ketidak sanggupan PAS untuk memenuhi peranannya sbg khodam DAP dalam PR. Tidak spt peranan PAN kini dlm PH.. kami sanggup sesgt"

    Sekian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Sebagai rakyat yg tertekan dgn kezaliman penguasa, aspirasi rakyat ialah menurunkan BN drp tampuk kuasa menggantikan pemerintah baru. Hanya dengan kerjasama antara parti pembangkang yg mewakili semua kaum seperti BN mampu memenangi pilihanraya. Pakatan Rakyat ditubuhkan utk memenuhi aspirasi rakyat tapi PAS tegar dgn agendanya sendiri dan dikaburi dgn janji UMNO utk bantu laksana hudud, PAS berkelahi dgn DAP..akhirnya Pakatan Rakyat terbubar. Malangnya hudud tetap tidak terlaksana..PAS sekali lagi tertipu dgn UMNO dan aspirasi rakyat marhaen utk dibela drp kerakusan kerjaan BN berkecai. Kini, rakyat mendambakan perubahan pada PRU14 dgn harapan baru...Pakatan Harapan menggamtikan Pakatan Rakyat dan AMANAH menggantikan PAS. Itulah yg dimaksudkan oleh YB Khalid

      Padam
    3. Tetapi pas memilih menjadi kodam umno

      Padam
    4. Setuju dengan An Anonymous, golongan yang merelakan diri mereka dikudakan oleh DAP.

      Padam
    5. Tetapi pas merelakan diri diperkudakan umno

      Padam
    6. Kalau betul begitu kenapa PAS masih nak lawan UMNO?.

      Macamana plk dgn PAN?. Oleh kerana dia takkan lawan DAP bermakna PAN senantiasa bersiap sedia jd khodam DAP!

      Padam
    7. boleh percaya ke ckp org yg masa nak sanggup berjanji...nama Allah pun sanggup pakai...siap dgn talak tiga lagi...smpi masa...sembelih kambing jer...konon ganti janji...ayayayayaya...aku rasa lks and lge pun terkejut...like dat oso can ka? alasan? islam yg lbh baik dari yg dibawa pas konon....akhirnya apa jadi?
      murtad nk dimudahkan
      mahkamah syariah nk dihapuskan
      lgbt nak dilegalizekan
      islam liberal nk diserapkan
      quran nk ngaji ikut bahasa melayu
      ini rahmatan lil alamin?
      so sah ke sembelihan tu? klu rasa sah...lantak la
      aku gerenti lepas ni akan ada lagi idea2 songsang dari kumpulan rahmatn lil alamin (dap) ni...

      Padam
    8. apa maksud khodam ni? ikut kehendak tuan...contoh:
      hentam lu punya presiden...kesian tghh masa depa ni masih dlm pas
      kami talak mau hudud...kesian rakyat kelantan masa depa masih dlm pas
      g25 wo de pangyou...terkunci mulut bila g25 naik pentas di penang
      lu lawan pas sana sg busat sama kk...melompat2 mike sabu dihalang
      nak lagi bukti? tp kau bkn nak bukti...bg bukti x bagi sama jer...summon bukmon umyun fahum laa yarjiuun

      Padam
    9. menunjukkan tahap pemikiran dan penilaian penyokong2 pan teramat lemah..antara retorik dan fakta xleh nk bezakan dan x mampu nk terima maklumat baru dan analisa sendiri...tu baru lembu...mcm pemikiran org umno sblm 1999...terima buta2...apa tv1 ckp mcm wahyu sedang dpn mata fakta dah terang2 pun xleh nk terima lagi...tetap pkl 6ptg buka tv1 dgr berita utk dapat maklumat

      Padam
    10. ngaku ahli berpuloh2 ribu tpi anjur aktiviti boleh bilang dgn jari tgn...aishhh xleh terima...pusing kot sana plak
      pan sbnrnya ada identity crisis...sbb ckp berdegar2 tapi sambutan tarak..kerusi yg ada skrg kerusi curi...so morally depa tau depa x strong...jadi utk bina kredibiliti tu yg kemarok nk bertanding...baru leh dabik dada...tgk...pan diterima rakyat...the most pan dpt undi cina jer...undi melayu sori la...then pan terperangkap...pan ngaku parti islam tp yg ngundi cina belaka...hahahahaha...terpampang sah2 parti barua...so menag tidak tp dpt undi cina byk tp malu...of coz as much as possible nnt dia akan rahsia itu semua undi2 cina...mendabik pan nnt dpt undi byk walau x menang...atas permukaan la...gores sikit...kantoi...malu besar...ngeh ngeh ngeh

      Padam
  3. Biarkan PAS bertanding..kita tengok dan nilai setahap mana penerimaan rakyat terhadap pas..kalau mereka kalah teruk..jgn lg berkompromi dgn parti ini dlm pru14 nanti..sombong dan ego..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg sombong dan ego nk bertanding pas ke pan ni? Tapi biasala keje pengkhianat...khianat la

      Padam
  4. Khalid Samad tak perlu lagi bergantung dengan PAS, tak perlu lagi sibuk dengan PAS, tanding je 3 penjuru kalau rasa itu yang terbaik.

    Jangan libatkan TGNA dengan huru-hara yang ditimbulkan oleh golongan pemakan dedak dan khadam kepada DAP.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 15 pemimpin pas makan dedak 2.6b..apa cerita lebai..sapa barua sekarang..

      Padam
    2. Parti Kuali pun hidup kerana dedak dari DAP, sebab tu sanggup jadi barua untuk skrew bangsa sendiri.

      Padam
    3. Apa bukti..jgn takda pulak ye walwakontol..jgn pusing ke lain lak,pas mkn dedak syiah leh lak ye..kn tuang presideng dh jumpa bru2 ni..yg nashrudin n haron din dpt jawatan tu dri krajaan mna?patut nya tak.skru dulu pala kau sblum tuduh..tpi pe kn daya bebal al baghal kata kn..kahkahkahkah

      Padam
    4. Kalau putus bekalan dedak satu Kuali akan papa kedana. TGHH pergi atas kapasiti Ulamak Sedunia, Mat Sabu pergi jumpa syiah atas kapasiti apa? Nak menuntut ilmu?

      Padam
    5. Walaon itu aja la modal nye.Kalau cakap tanpa bukti aku pn blh ckp hadi dpt dedak dr israel.amacam.kahkahkahkah

      Padam
    6. Rakyat nampak Kuali meratah dedak DAP, yg kau cakap TGHH dpt Isreal rakyat tak nampak pun.....kuikuikui

      Padam
    7. Apa yg dap bagi pada amanah..cer citer

      Padam
    8. Haah.dap kasi ape kat Amanah???stkt ckp je aku pun blh ckp Israel kasi pil kuda kat hadi suh jadi supplier pil kuda kat Malaysia. Kuikuikui

      Padam
    9. Ko tanya mat sabu ada tak dia dpt 15 ribu sebulan dari kerajaan DAP..Aku suruh tanya tak tuduh pun..

      Padam
    10. Mana video kata matsabu tolak hudud oii???mana?mana?atas kapasiti ulamak dunia syiah yer..

      Padam
    11. Kesian.. jgn lah fitnah ustaz Ghani shamsuddin yg pegi Beirut jumpa ulama Syiah..

      Padam
    12. 6:05, apa kau nak buat dengan video Mat Sabu? Pasal Hudud kan?

      Aku usulkan kamu terlebih dulu harus meletakkan pendirian kamu berkenaan Hudud.

      Ada 2 golongan je yang bertelagah pasal Hudud:

      Pertama, golongan yang berusaha untuk memartabatkan dan meletakkan kesucian Islam selari dengan tuntutan Allah swt melalui Al-Quran dan Al-sunnah, walau apa pun rintangan dan halangan golongan ini akan tetap istiqomah mereka tidak mudah untuk berundur.

      Kedua, golongan yang berusaha kearah penolakan tuntutan Islam demi menjaga kepentingan satu golongan yang lain demi untuk kepentingan peribadi.

      Golongan ini menciptakan berbagai-bagai alasan dan hujah untuk menggagalkan usaha yang dilakukan oleh golongan pertama tadi.

      Mereka sedar sebagai pemimpin Islam ada perkara wajib yang perlu mereka usahakan walaupun terpaksa mengambil masa yang lama akan tetapi golongan ini serta pengikut setia mereka sengaja memejamkam mata mereka demi sesuap dedak.

      Anon 6:05, sila nyatakan pendirian kamu sekiranya kamu seorang mukmin, golongan pertama atau kedua?

      Padam
    13. 6:50 mangkuk hayun.buat pengetahuaan anda si an anonymous aka wanrosli sbl ni bising2 Kata matsabu tolak hudud ada bukti jelas video matsabu kata tolak hudud. Bila kami minta video nya xda,so jelas macaipas si wanrosli menfitnah,bukan soal dedak atau pendirian kami.soal wanrosli kata bukti jelas video matsabu tolak hudud tu mana???paham ke x soalan mudah je tu.kalau xda bukti jelas jgnla menfitnah sesuka hati sbb fitnah tu dosa besar dlm ajaran islam.ada paham!!!!!!!!

      Padam
    14. kan mat sabu dah declare dlm persefahaman ph...hudud bkn lagi agenda ph

      Padam
    15. bkn ke matsabu ngaku dia barua/balaci dap...plus dia pun pernah ckp....lebih rela mkn babi dgn lge dari mkn ayam dgn najib...
      mat sabu mmg x directly tolak hudud...mat sabu kata kene mintak izin dap dulu...baru bley laksana hudud...aduihhhh...bila kapiaq redo dgn islam...hang x baca quran ke?

      Padam
    16. Anon 7:32 waktu maghrib ni, golongan mana pilihan kamu? tetapkan pendirian kamu kalau kamu seorang mukmin.

      Padam
    17. Setuju dengan anon 9:02, kalau nak perjuang Hudud bukan dengan PH, kita masih ada blok ketiga.

      Padam
    18. Jgnla kalih isu atau ske mbuat tuduhan tanpa bukti kukuh.mula2 kata ada video jelas matsabu kata tolak hudud.so mana video nya.jgn kalih bab declare persefahaman ph plak.
      Kalau setakat blok 3 suku pakai bow tie tu org xhairan lah.kahkahkahkah.
      Soalan mudah je.mana video nya?islam x ajar mbuat tuduhan tanpa bukti jelas.tunjukanla akhlak islam bukan akhlak penfitnah.pas jadi parti penfitnah pulak ke

      Padam
    19. Sudah2la tu drama wanrosli komen2 wanrosli. Jijik drama tu.kahkahkahkah

      Padam
    20. 9:08 aku baca quran tp quran x ajar org fitnah tp ko baca quran tp jelas menfitnah. Ko baca quran je tp x ikut isi kandungan quran apa gunanya.mmg btl pas skrg menggunakn imej islam utk merompak balak kelantan.sama mcm umno pastu cari ayat2 quran kasi pusing ikut suka hati halalkan cara pas/umno.

      Padam
    21. Video dah bg tapi golongan pergi Beirut takkan boleh terima punya.. sama jgk kalau kita bagi AUDIO klasik mat sabu, pun takkan boleh terima punya!

      Padam
    22. Video dh bagi?bila masa ko bagi.jgn nk temberangla.kalau video pas syok sendiri tu xyahla sbb tu video pas buat pas punya suara pas komen sendiri. Tu sebijik perangai umno.kalau btl dh kasi, cer send lagi sekali skrg.jgn nk byk alasan lg

      Padam
    23. Video dah bg tapi golongan pergi Beirut takkan boleh terima punya.. sama jgk kalau kita bagi AUDIO klasik mat sabu, pun takkan boleh terima punya!

      Padam
    24. Jgn nk temberangla wanrosli.wanrosli xda kasi video tu.aku sentiasa check mmg xda video nya. Jgn ckp byk atau kalih isu.skrg kasi dulu video nyaa...jgn kata audio plak,dlu kata video, skrg kalih kat audio plak. Soryla xlaku helah mcmtu,skrg tjuk dlu video matsabu tolak hudud...

      Padam
    25. Video dah bg tapi golongan pergi Beirut takkan boleh terima punya.. sama jgk kalau kita bagi AUDIO klasik mat sabu, pun takkan boleh terima punya!

      Padam
    26. Brp kali nk kopipes ni wanrosli. Sila rajin sikit buktikan macaipas rajin.jgn temberangla. Video xda lagi.kasi la cepat.apa byk sgt alasan ni.memalukan pas btl

      Padam
    27. Video dah bg tapi golongan pergi Beirut takkan boleh terima punya.. sama jgk kalau kita bagi AUDIO klasik mat sabu, pun takkan boleh terima punya!

      Padam
    28. Temberang lagi wanrosli ni mana video nya???

      Padam
    29. Mana mungkin golongan tolak hudud sama dgn yg menyokong..

      Mana mungkin golongan terima LGBT sama dgn yg menentang..

      Mana mungkin golongan terima Syiah sama dgn yg menentang..

      Mana mungkin golongan sanggup jd kuda DAP sama dgn yg menentang DAP..

      Padam
    30. Sian wanrosli jenuh elak2 Dr video hudud.kahkahkahkah

      Padam
    31. Dah parti ajaran sesat,parti ajaran setan,parti angkat sampah,mcm tu lah nk lagi sbut ker..

      Padam
  5. BE SMART, hura WHILE IT LAST AND JADIKAN TUNAI EXTRA
    Saya mendapat lombong telah diprogramkan dan terpadam kad ATM untuk mengeluarkan maksimum 7021,45 SGD setiap hari untuk tempoh maksimum 30 hari. Saya sangat gembira ini kerana saya mendapat lombong dan saya telah menggunakannya untuk mendapatkan 147.450,45 SGD. MR James memberi kad keluar hanya untuk membantu mereka yang memerlukan, walaupun ia adalah menyalahi undang-undang tetapi ia adalah sesuatu yang baik yang akan membantu kesusahan kewangan anda, untuk perubahan tahap kewangan. Dan tidak ada yang mendapat terperangkap apabila menggunakan kad; untuk kad itu juga diprogramkan dan sangat aktif. Dapatkan anda daripadanya. Hanya menghantar kepada-Nya, e-mel pada jamesvoltharkers68@gmail.com dan dia memberikan anda details..THIS adalah 100% REAL. I AM A PEWARIS INI. EMAIL HACKER'S: jamesvoltharkers68@gmail.com

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...