Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, April 14, 2016

PANAS!! : KETUA POLIS NEGARA DIPERHATIKAN RAKYAT KATA YB RAFIZI RAMLI.


Rafizi RamliRafizi RamliKetua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar perlu mengambil tindakan segera menahan Arulkanda Kandasamy dan mana-mana pengurusan kanan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  untuk mempercepatkan siasatan, desak Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Beliau berkata,  tidak pasti sama ada pihak polis telah mengambil sebarang kenyataan daripada Arulkanda selaku Ketua Pegawai Ekesekutif  atau mana-mana pengurusan kanan 1MDB.

"Tindakan tidak menahan Arulkanda itu berbeza dengan layanan polis terhadap saya.
"Saya ingin mengingatkan Ketua Polis Negara segala tindak tanduk beliau berhubung isu 1MDB diperhatikan oleh rakyat.

"Jika saya boleh ditahan tujuh jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat, kenapa sehingga sekarang Ketua Polis Negara belum mengeluarkan arahan agar Arulkanda juga ditahan untuk siasatan lanjut kerana sudah dua minggu berlalu sejak saya membuat laporan polis terhadap Arulkanda dan pengurusan kanan 1MDB." ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut Rafizi lagi, apa yang penting Jabatan Audit Negara mengesahkan dokumen yang beliau dedahkan adalah dokumen yang sahih, maka sudah tentu maklumat yang terkandung juga adalah sahih.

Ini mengesahkan bahawa Arulkanda Kandasamy dan pengurusan kanan 1MDB telah membuat pembayaran RM288 juta tanpa dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah terlebih dahulu dan asas yang kukuh untuk memulakan siasatan terhadap mereka.

"Saya akan menunggu sehingga Jumaat 15 April ini untuk melihat sama ada Ketua Polis Negara akan mengarahkan Arulkanda Kandasamy ditahan untuk siasatan lanjut sebelum saya memulakan langkah-langkah lain berhubung perkara ini," tegas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat ini.

Tan Sri Khalid Abu BakarTan Sri Khalid Abu BakarMenurut Rafizi lagi, pada 30 Mac beliau telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi terhadap Arulkanda dan pengurusan kanan 1MDB berhubung satu maklumat dari Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan sejumlah RM288 juta telah dibelanjakan tanpa dimaklumkan dahulu kepada Lembaga Pengarah 1MDB.

Beliau membuat laporan tersebut supaya satu siasatan dapat dijalankan dengan segera untuk menentukan sama ada satu kesalahan jenayah telah dilakukan kerana sebarang pembayaran atau perbelanjaan sebesar itu memerlukan kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.

Siasatan itu juga penting kerana selama ini Arulkanda dakwanya sering memberi alasan bahawa beliau tidak tahu menahu mengenai pelbagai salah tadbir kewangan di 1MDB kerana ia berlaku sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.

Maka, urusniaga RM288 juta tanpa pengetahuan Lembaga Pengarah 1MDB itu kini menjadi satu bukti bahawa di bawah pengurusan Arulkanda pun keputusan dan urusniaga yang meragukan dan boleh disifatkan melanggar undang-undang, masih terus berlaku.

"Laporan polis terhadap saya dibuat oleh Jabatan Audit Negara sekitar jam 11 pagi pada hari Selasa, 5 April. Saya dimaklumkan bahawa arahan untuk menahan saya dikeluarkan sekitar jam 4 petang pada hari yang sama iaitu lima jam selepas laporan polis dibuat.

"Saya kemudiannya ditahan pada jam 6 petang pada hari yang sama iaitu tujuh jam selepas laporan polis terhadap saya dibuat," ujar Rafizi.

mdl

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

 klik link sini : http://autod9.com/army 


 
http://iklanviral.blogspot.my
 
http://www.kelabsimkad.com/

40 ulasan:

  1. Hadi pula Perhatikan najib sbb tgu bila la najib nak lantik dia jadi penasihat. Kahkahkahkah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lgi bro..harun jing pun nk jugak..dgn wan rosli baghal..kahkahkah

      Padam
    2. Harun jin dpt dah klustermuster... Hadi yg xdpt lg...wanrosli dpt jwtn tukang kira dedak pun jadila.hahahaha

      Padam
  2. Kutuk lah apa pun.. yg penting rakyat dah tahu siapa PAN sebenarnya di mata mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat mmg tau pas kaki uturn. Kahkahkahkah

      Padam
  3. Kutuk lah apa pun.. yg penting rakyat dah tahu siapa PAN sebenarnya di mata mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha.rakyat tahu dah sape kena main pasal hudud.kahkahkahkah

      Padam
  4. Proses perlaksanaan hudud akan terus berjalan dan terus berjalan.. kami bisa sabar menunggu waktu sesuai yg akan sampai..

    Cuma yg tak senang duduk ialah khodam2 yg setiap hari diasuh oleh tuan besar agar hentikan sokongan kpd hudud.. tak cukup dgn itu dimintak pula persenda golongan yg sdg berusaha perjuang hudud..

    Siapa yg rugi sebenarnya? Org yg perjuang hudud atau org yg persenda org yg ingin melaksanakan hudud.. ini dua entiti yg berbeza..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Atau kena perbodohkan umno pasal hudud. Pastu nt kene perbodohkan lagi dan lagi. Kahkahkahkah

      Padam
  5. Hudud 355 hangguk dia naik kan denda je tuih!!!tipu juga..poorraahhh

    BalasPadam
  6. Hudud dah masuk tong sampah

    BalasPadam
  7. Ok ni soklan cepumas utk siapa yg boleh jawab..

    PAN sokong hudud atau idak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawab soalan dulu.ikatan sokong hudud x???

      Padam
    2. Ikatan dah kuar statement kalau majoriti rajyat terima hudud bermakna mereka juga terima hudud..

      Ok sekarang jwb soklan aku pulak..

      PAN tolak atau terima hudud?..

      Kalau nak aku bg panduan menjawab senang aje.. kalau kafir straight je jawab tolak hudud.. kalau muslim straight je jawab sokong hudud. Kalau munafik plk?

      Padam
    3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    4. Kahkahkahkah. Xjelas jwpn ikatan tu.timbalan ikatan kata jelas ikatan tolak hudud. Ape cter semua pemimpin pas senyap terus.dgn ikatan pun takut.kahkahkahkah

      Padam
    5. Itu timbalan bro.. bukan islam.. boss dah kuar statement.. kalau majoriti rakyat sokong hudud mereka pun sokong hudud.. ni sekarang aku nak tanya pemimpin PAN yg islam sokong atau tolak hudud?

      Padam
    6. Xkira la timbalan ke pak balan ke,dia org no 2 parti ikatan malaysia mewakili parti ikatan .nape pas senyap? Xberani komen timbalan ikatan.kahkahkahkah

      Padam
  8. PAS refer presiden shj. Macam jgk PAN .. kami refer apa yg presiden PAN cakap je.

    Sekarang amacam.. PAN tolak atau sokong hudud?

    BalasPadam
  9. Klau hudud 355 tu tak pyah lah nk skong..tu enakmen je..itu pun pas mna sokong..dgn lain brani labelkn kapir.tiba2 dgn ikatan boleh tak sokong hudud.dh lah masa bentang pun ponteng,apa ke jadah pas skong..auta je.kahkahkah tk yah lah nk sopin sopin wan rosli.minum susu kuda + pil kuda dulu baru komen lgi yer kahkahkah

    BalasPadam
  10. Sekarang diharap anak2 muda yg dah terlanjur sokong PAN dapatlah berpatah balik kerana hanya buang serta membazir masa.. bilamana org muda terpesona dgn konsep islam progresif kononnya tapi rupa2nya islam jenis menolak hudud dan secara otomatiknya meraikan pula LGBT.. jgn buang masa anda wahai anak muda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila tgk balik video bodo pas tu dan nilaikan sendiri. Xsangka pas jadi parti sehina hina parti..kahkahkahkah sape nk sokong pas dah.cuba wanrosli buat undian secara rawak,anak2 muda mada ada sokong pas. Yg tua bangka yela sokong sbb xda pendidikan / pendedahan..kat tempat kerja aku pun drp member semua ahli pas dulu sama2 kempen pasal pas skrg dah tinggal 10% je sokong pas.lain semua sokong amanah..next pru bye2 lah pas...kahkahkahkah

      Padam
  11. Alhamdulillah.. senang je nak tahu anak muda terima PAN atau tidak.. tgk je demo yg dianjur PAN.. hancus.. tu blm tunjuk ceramah mujahid di Terengganu.. 5 org aje ..mmg anak muda tak mahu islam progresif tajaan PAN yg menolak hudud tapi meraikan pula LGBT..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ala setakat gambar mcmtu xlaku la wanrosli, tu modal politik zaman 60an.titm ceramah xsmpi 10 dtg pun pan xnak bising2 sbb cara pan nk kutuk2 org.wanrosli kata mat sabu tolak hudud"mana video yg matsabu kata tolak hudud" tu, dah lama mintak xdpt2 ni. Kahkahkahkah

      Padam
    2. Dah ada bukti pun kau masih tak nak ngaku jgk.. so bo layanlah.. bagi lah 10 bukti pun DAP tetap tokong di hati..

      Padam
    3. Bukti apa nya wanrosli. Bukti syok sendiri. Sendiri ulas sendiri komen.gambar matsabu tp ulasan dr iskandar samad,suara sabu satu perkataan pun xda dlm video tu.ini mcm ke yg wanrosli kata bukti.ini mmg membuktikan walakontol pas sememangnya bodoh. Kahkahkahkah.. Kalau mcmtu aku pun blh buat video gambar hadi tp ulasan aku punya suara blh buat cerita hadi ni dajal bermata satu,lepas tu aku sebar video tu dah semua walakontol percayalah ya.kahkahkah. Mmg bodoh la pas ni
      Kahkahkahkah

      Padam
  12. Dari segi hukum mengikut pendapat Yusoff Qardawi adalah haram menubuhkan parti islam baru bilamana sudah ada parti islam sediada. Cumanya pada pendapat aku penubuhan PAN ni tak haram sebab PAN bukan parti islam pun.. perlembagaan pun tak ada utk nak buktikan yg PAN ini parti islam.. So jgn risau PAN ni tak haram sebab bukan parti islam pun.. udah2lah tu perasan parti islam..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku dh baca ulasan qardawi xlah mcm yg dikatakan walakontol ni.Amanah pun dh jumpa qardawi pun.pas aje syok sendiri
      Kahkahkahkah. Mmgla org bodoh mmg mcmtu.kahkahkahkah

      Padam
    2. Sembang boleh la jumpa Qardhawi..

      Padam
    3. Wanrosli sembang kata matsabu tolak hudud bolehla bila minta kasi bukti tunjuk video tolak hudud langsung senyap. Kahkahkahkah. Kasi video pas syok sendiri pulak tu.kahkahkahkah

      Padam
  13. Macam biasa puak persenda hudud sependapat dgn Tok Guru Profesor Dr Ramasamy dalam bab menghina DZN bilamana tak dgr pun kecaman kpd TGPDR oleh puak tu selain ucapan terima kasih bila penghinaan itu ditarik balik tanpa langsung memohon maaf..

    Cuba jelaskan di mana fitnahnya kenyataan di atas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba jelaskan di mana video matsabu tolak hudud???

      Padam
    2. Alhamdulillah.. setelah tiadanya penafian, terbukti benarlah kenyataan di atas..

      Padam
    3. Mana video nya wanrosli..... Berapa kali mau tanya daaaaa...

      Padam
  14. Jika diteliti kembali Deklarasi Rakyat yg diusahakan oleh pimpinan UMNO dan PAN, kita boleh simpulkan bhw inilah balasan Allah kpd mereka.. Dia bayar cash ketika di dunia lagi.. sebelum ni asyik menghina PAS dgn UG terutama oleh pimpinan G18 sedari dlm PAS sehinggalah Blok ke 3 ditubuhkan.. Alhamdulillah kini UG berbalik kpd yg empunya diri.. tahniah TGHH.. anta memang seorang pemimpin yg amat bijak berbanding G18..

    Mereka sangka mereka bijak dgn asyik menuduh TGHH suka U turn.. tapi pada hakikatnya TGHH lebih bijak meng'u-turn'kan tuduhan UG kembali kpd para pejuang islam liberal..

    BalasPadam
  15. Dh mmg hj hadi kaki uturn,kaki ponteng,kaki label mlabel.kaki kapir mngkapir..pengikutnya wan rosli kaki pusing2..bijak kebendanya,baghal ada ar.kahkahkahkah

    BalasPadam
  16. Ponteng parlimen apa hukumnya nya plak wanrosli. Kahkahkahkah

    BalasPadam
  17. Pada mulanya kami dlm PAS agak terkedu dgn kehilangan G18 utk tubuh parti baru memandangkan mereka ni bijak pandai lagi profesional belaka kununnya... tapi setelah meneliti situasi sebenar, barulah kami sedari bhw kebijaksanaan mereka hanyalah digunakan utk menjadi khodam profesional kpd DAP, bukannya utk memperjuangkan islam yg syumul..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada mulanya kami dlm PAN agak terkedu dgn kehilangan Pas utk tubuh parti baru memandangkan mereka ni bijak pandai agama lagi profesional belaka kununnya... tapi setelah meneliti situasi sebenar, barulah kami sedari bhw kebijaksanaan mereka hanyalah digunakan utk menjadi khodam agama kpd umno , bukannya utk memperjuangkan islam yg syumul..kahkahkahkah

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...