Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Mac 28, 2016

PANAS!! : PAS TERANGGANU MENGGELABAH...

Raja Bahrin Shah menunjukkan keratan akhbar kenyataan kenyataan pemimpin Pas yang disifatkan tidak konsisten.Raja Bahrin Shah menunjukkan keratan akhbar kenyataan kenyataan pemimpin Pas yang disifatkan tidak konsisten.

Ahli Parlimen Kuala Terangganu Raja Kamarul Bahrin Shah menyifatkan Pesuruhjaya Pas Terengganu menghadapi 'demam pilihan raya' kerana bersikap tidak konsisten dalam isu hudud dan tawaran presiden Pas untuk menjadi penasihat Umno.

Sambil menganggap Satiful Bahri Mamat menggelabah kerana pilihan raya negeri semakin hampir, beliau menganggap pemimpin Pas negeri itu terdesak menutup isu 'hudud' dan 'penasihat kerajaan' yang mula memakan diri kerana dipersoalkan sendiri oleh ahli parti.

Menurut beliau, pesuruhjaya Pas Terengganu itu patut mengikut contoh setiausaha politik presiden Pas Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang bercadang mengambil tindakan terhadap Utusan Malaysia kerana didakwa memutarbelitkan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung DAP.

Raja Bahrin hairan dengan sikap Satiful yang menyangkal kenyataan beliau tentang presiden Pas yang berhasrat menjadi penasihat kerajaan sedangkan ia dilaporkan secara meluas di media massa.

"Hampir kesemua media perdana dan media sosial alternatif melaporkan kenyataan presiden Pas bahawa Pas tidak berhasrat menukar kerajaan tetapi memadai dengan pendekatan menasihati sahaja ke arah perubahan.

"Malahan ini diulangi beberapa kali dan disiarkan berulang kali (selama) berbulan-bulan oleh kebanyakan media perdana dan sosial.
"Datuk Ahmad Razif (Abdul Rahman), Menteri Besar Terengganu melalui media utama telah menyatakan kerajaan Terengganu hendak melantik presiden PAS sebagai penasihat kepada kerajaan Umno (negeri)," katanya.
Beliau mempersoalkan mengapa Pas dan Satiful tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap media terbabit jika laporan berkaitan tidak benar?

Malah beliau melahirkan kehairanan apabila tiada sebarang reaksi atau tindakan dibuat oleh Pas apabila berita berhubung 'penasihat kerajaan' itu disiarkan media massa.

"Apabila kenyataan yang sama datang dari saya, ia pula menjadi fitnah?" ujarnya kesal.

Belau juga hairan dengan sikap Pas yang bersetuju dengan pendekatan pelaksanaan hukum hudud yang disebut presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir sedangkan bekas pemimpin Pas yang mengeluarkan pandangan yang sama dituduh liberal, pengkhianat, antihudud dan sebagainya.

"Pas perlu konsisten dalam dua isu di atas. Yang pasti Pas konsisten adalah apabila kenyataan datang dari media pro-Umno atau bekas ahli Umno, Pas akur dan tunduk. Apabila datang dari pihak kami (Amanah) dan lain-lain ianya semuanya fitnah dan tidak benar. Dimanakah konsistensi dan kredebiliti Pas?" soal Pengerusi Amanah Terengganu itu.

mdl

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu? Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada.

Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army 


 
http://iklanviral.blogspot.my/
 
http://www.kelabsimkad.com/

11 ulasan:

  1. Memang patutlah kami singkirkan G18 kerana sampai bila2 pun mereka tidak faham segala maksud yg cuba disampaikan saf kepimpinan.. saya sebenarnya amat seronok kerana kini hanya org luar shj yg masih x faham.. kerana sape2 dlm PAS yg tak faham telahpun kami singkirkan..

    Sekadar kita ambil satu dua contoh kenyataan Presiden PAS.

    PAS lebih rela tidak menang dlm pilihanraya..
    Yg difahami G18; PAS tak mahu menang PRU14 dan Putrajaya..
    Yg difahami ahli PAS; PAS tak mahu menang jika kemenangan yg dicapai adalah melalui penipuan..

    PAS lebih rela jadi penasihat kerajaan..
    Yg difahami G18; PAS sanggup bergabung dgn UMNO dan membiarkan UMNO menang dlm PRU agar PAS hanya jd penasihat..
    Yg difahami ahli PAS; PAS akan menjadi penasihat hanya sebelum dan selepas PRU; tapi menjadi penentang utama UMNO dlm setiap PRU.. inikan strategi yg cukup brilian utk tarik ahli UMNO yg dah meluat dgn salahguna kuasa BN...!

    Nampak tak perbezaan besar pemikiran PAN dan PAS?? So memang layak PAN disingkirkan dari PAS kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodoh piang,tajuk lain,komen lain,patut la senang2 kena tipu ngan umno dr pesideng smpi ke macai semua otak bodoh mcm wanrosli
      Kahkahkah

      Padam
    2. Kan saya dah cakap.. dah lah tak faham, tak boleh bg hujah balas yg bernas plk tuh.. memang G18 TAK LAYAK utk terus berada dalam PAS.. alhamdulillah kami berjaya melakukannya dgn menyingkirkan mereka daripada jawatan yg tidak layak utk mereka..

      Padam
    3. Bodoh nya an anonymous komen2 mcm ni budak2 tadika bolehla

      Padam
  2. Mna ahli umngok yg masuk pas?..jdi penasihat krajaan yg zalim..satu je beza pas skrg dgn yg dulu..yg skarng ni jdi walakontol hadi pil kuda,nasaruddin porno n wan rosli yg bodoh piang..kahkahkah

    BalasPadam
  3. Nik amar kata nk perang ngan umno habis2an sbb hudud xbjy dkelantan mane perang nye...pas pas...sentiasa Uturn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila PAS kata berperang dgn UNNO, PAN faham bawak C4 dan mortar lawan UMNO (apa ke bangang punyer PAN !!)... tapi ahli2 PAS pula faham PAS perang saraf dgn UMNO dgn apa jua kaedah termasuk memberi keyakinan pd ahli UMNO bhw parti islam adalah alternatif terbaik.. bukannya spt parti PAN yg x de langsung perlembagaan islam..

      Padam
    2. An anonymous lg sekor bangang... Apa ke nk bwk c4 plak...pakai undang2 la....otak tu cuba fikir sikit.jgnla malas bfikir, bila kata bodoh kang marah..kahkahkah

      Padam
  4. JIKA ALMARHUM TGNA MASIH HIDUP... ADAKAH BELIAU SANGGUP & RELA DGN TINDAKAN HADI SEBEGINI? FIKIRKAN LAH

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sudah pasti.. ini terbukti pabila arwah menjadi ahli parti dan berpresidenkan TGHH sehingga akhir hayat tanpa bertelagah pun dgn TGHH....

      Padam
    2. Jawapn yg amat bangang dari walakontol..kahkahkah..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...