Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Mac 12, 2016

PANAS!! : PARTI PAS BARU SEDAR KESILAPAN MEREKA..

Anthony Loke

SHAH ALAM – Hasrat Pas untuk membentuk satu kerjasama politik dengan sebuah parti politik membuktikan parti Islam itu tidak boleh bersendirian dalam menghadapi PRU14 akan datang.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, Pas sudah sedar kesilapannya 'menceraikan' Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan perlu mencari sekutu baharu yang boleh memberikan kelebihan kepada mereka.

“Ini menunjukkan Pas sedar bahawa tanpa satu gabungan, tanpa berkawan dengan parti lain, mereka tak dapat berdepan dan menghadapi PRU14 secara bersendirian. Sebab itu Pas sedar, mereka perlu mencari gabungan politik lain.

“Kita tunggu dan lihat saja, agenda kita memperkukuhkan Pakatan Harapan. Dia nak cari parti mana untuk bergabung, atau berkawan dengan sesiapa. Kita tak boleh menghalang sesiapa (wujudkan blok politik), ini negara bebas, (kerana) itu hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pas, Parti Ikatan Bangsa Malaysia akan kerjasama?]

Takiyuddin bagaimanapun berkata, blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad pula menyifatkan sikap parti Islam itu bercanggah dengan pendirian asalnya, iaitu mahu bersendirian selepas keluar dari PR pada Jun tahun lepas.

“Kita tunggu mereka buat pengumuman (16 Mac), dengan siapa dan sebagainya, tapi itu hak dia nak jadi pakatan ketiga. Sekarang ini rakyat mahu menggantikan BN, mereka nak tengok satu alternatif.
“Sebab itu kita bersusah payah nak bina PR dulu, Pas pula pecahkannya, sekarang ini kita buat Pakatan Harapan, Pas pula nak buat pakatan lain, terpulang kepada dia. Saya ucapkan selamat berjaya kepada Pas,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Bagi Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Pas perlu memutuskan hubungan politiknya dengan PKR kerana parti itu adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan.

“Saya harap Pas sedar diri dengan putuskan hubungan dengan PKR, kalau Pas dalam masa sama mahu teruskan hubungan dengan PKR, nampak sangat dia nak mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan.
“Orang nampak Pas tak konsisten, saya tak tahu apa pendirian Pas dengan menjalinkan hubungan dengan PKR,” katanya lagi.

sh

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my
 
 air-asia-free-ticket

19 ulasan:

  1. Pas bgabung dgn perkasa je.kan aritu dh berpeluk2...elok sgtla sotong + katak jd parti sotak tarak otak.wakakakakak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Elok jg tu buat nama "Gabungan Walakontol "

      Padam
  2. Aku sedang menunggu komen bengong oleh Wan Rosli yang sememangnya bengong melantun-lantun, wakakaka...

    BalasPadam
  3. Wanrosli pening dh.Dulu pas kata kuat xyah gabung.skrg ni nk gabung plak.xberani wanrosli nk komen naya die kene hentam.takut ler tu.kahkahkahkah

    BalasPadam
  4. Sampai hati nak bubarkan PAS.. nanti dah x de parti islam lagi kat malaysia nih...

    Nak harapkan PAN, perlembagaan pun belum siap lagi.. ini kerana DEWAN HARIAN ULAMAK DAP masih belum meluluskan perlembagaan PAN.. mungkin selain dari mengikut al quran dan al sunnah (sekadar bersangka baik - ini pun kalau mat sabu x membantah kerana dia dah ngaku x berjiwa islam), DEWAN HARIAN ULAMAK DAP turut menambah syarat agar PAN perlu taat pd TOK2 GURU LGE dan LKS tapi dlm masa yg sama cukuplah sekadar mengalu2kan kewujudan Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsudin yg setakat ini berjaya disenyapkan (tanda setuju) dalam isu Oktoberfest..

    Sebaliknya tambah menarik, PAN pula hendaklah bersikap anti ulamak2 muktabar di Malaysia terutamanya Mufti Negeri Pahang kerana memandai je mencabar DAP agar menyaman beliau dlm isu khutbah jumaat. Selain dari itu, PAN perlu juga kecualikan hudud dari perjuangan PAN, barulah perlembagaan PAN boleh diendorsekan oleh MAJLIS SYURA ULAMAK DAP..

    Sekian adanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xda modal lain walaon ni,perlembagaan pastu langkah kejang pastu "igt pan igt dap"...,alahai otak walaon...

      Padam
  5. Saya amat setuju kesilapan mereka apabila pernah bergabung dgn sebuah parti sosialis dan liberal.. kini PAS sudahpun mengambil iktibar dari kesilapan tersebut..

    Selepas ini diharap PAS akan dpt ketemu bakal parti gabungan atau NGO yg sekurang2nya dapat menghormati prinsip islam yg syumul spt yg diperjuangkan PAS.. tidak memaksa PAS agar senantiasa tunduk pd tok2 guru sosialis serta sebuah parti yg sudah memiliki PERLEMBAGAAN..

    Simple.. INGAT PAN INGAT DAP..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah,the walakontol is back..huhuhu

      Padam
    2. Pas sebuah parti tp bekerjasama dgn ngo je.alahai malu nya,parti2 lain semua x sudi..pas je terhegeh2 nk join ngo.kahkahkahkah... Elok pas tukar je la x yah jd parti,jd ngo mcm perkasa udah ler...dpt peruntukan umno mkn x abis t... Kahkahkahkah

      Padam
  6. Yahu...walaon dah dtg dgn hujah2 bongok nyer..yehaaaaa

    BalasPadam
  7. Mana hujah penafian mengenai parti sosialis dan liberal??

    Maknanya setuju lah tu.. alhamdulillah PAs telah ambil tindakan yg amat tepat memutuskan hubungan dgn parti sosialis dan parti liberal yg menjadi tunggangannya yg masih blm ada perlembagaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa si malaon walakontol pas ni merapu

      Padam
  8. Pelembagaan pas pun langgar..walakontol porno al daun ketum wal pil kuda..

    BalasPadam
  9. Kuda (tunggangan) ku lari gagah berani..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye..kau jdi kuda ikatan..hudud pun terikat n tuang presideng kau pun tolak hudud..

      Padam
    2. Lagu tu mungkin telah dinyanyikan oleh TGLGE.. kui kui kui..

      Padam
  10. Akhirnya tersungkur dlm ikatan pasik..

    BalasPadam
  11. Bukan tersungkur terbeli rumah banglo diskaun jutaan ringgit dgn rela hati ke?? Cer jawab cer jawab..

    BalasPadam
  12. Yela lpas sapu duit yik n rompak balak..kahkahkah

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...