Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Mac 05, 2016

PANAS!! : GELOMBANG KE3 BAKAL MEMUSNAHKAN UMNOBN DAN SEKUTUNYA.

Para pemimpin politik rentas parti bersama menjulang tangan tanda menyokong Deklarasi Rakyat.Para pemimpin politik rentas parti bersama menjulang tangan tanda menyokong Deklarasi Rakyat.

Solidariti gagasan Selamatkan Malaysia dengan termeterainya Deklarasi Rakyat semalam disifatkan sebagai gelombang ketiga yang menyaksikan pergolakan Umno-BN, kata Ahli Jawatankuasa Amanah, Mazlan Aliman.

Menurut Pengerusi Biro Tanah dan Luar Bandar Amanah itu, gelombang pertama dapat dilihat dalam insiden perpecahan Umno pada 1987 yang kemudiannya berjaya ditangani pemimpin Pas ketika itu.
“Saya ingatkan kembali kebijaksanaan kepimpinan terdahulu ketika pergolakan Team A dan B yang menemukan Ku Li dengan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor (Presiden Pas).

“Orang ramai anggap Dewan Pemuda Pas ketika itu tidak sensitif sebab Ku Li merupakan arkitek menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan tetapi bacaan politik Ustaz Fadzil Noor tepat.

“Lahirnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU), BN kalah teruk tidak dapat sebarang kerusi pada pilihan raya umum tahun 1990,” ujarnya dalam ucapan majlis makan malam sempena retreat biro berkenaan di Tanjung Bidara, Melaka malam tadi.

Lanjut berkongsikan pandangannya, beliau menganggap gelombang kedua berlaku ekoran tindakan Mahathir menyingkirkan timbalannya ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuatkuasa pada 2 September 1998.

“Sekali lagi tindakan Ustaz Fadzil Noor pada era Reformasi itu tepat. Ijtihad politik beliau terbukti dengan menziarahi Anwar Ibrahim di rumah. Gerak wujud dengan disertai sokongan banyak pihak dari NGO. Sekali lagi gelombang rakyat menolak Umno-BN berlaku,” ujarnya.

Ketepi sentimen politik kepartian

Mengulas situasi gelombang ketiga yang menyaksikan sokongan terhadap Umno terjejas teruk, Mazlan berkata kesepakatan untuk menyingkirkan Najib Razak begitu signifikan dalam perjuangan rakyat menuntut perubahan urus tadbir yang lebih baik.

“Dalam keadaan sokongan minoriti kepada Umno serta Mahathir yang tidak berkuasa dan dianggap bersara, kita melihat sentimen sempit politik kepartian diketepikan.
“Apabila Mahathir boleh duduk bersama Lim Kit Siang itu tanda momokan kempen Umno-BN selama ini kononnya DAP mengancam Melayu dan Islam jelas tidak benar sama sekali,” jelasnya.
Tidak keterlaluan menjangkakan Pakatan Harapan akan meraih sokongan besar sekaligus kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti, Mazlan berkata, harapan tersebut tidak mustahil berlaku dengan syarat berlaku anjakan sokongan pengundi Melayu sehingga kira-kira lapan peratus.

“Gabungan kuat dari bekas Perdana Menteri, bekas TPM, Menteri Besar, pemimpin Pakatan Rakyat dan tokoh BN ini kalau terus kuat sampai PRU-14, Insya-Allah BN boleh tumbang.
“Bagi saya inilah gerakan gabungan yang strategik. Saya juga bersama jawatankuasa Selamatkan Malaysia berbaju merah menyambut ketibaan Muhyiddin.

“Kita dapat lihat ini semua satu fenomena luar biasa tetapi akhirnya biarlah menjurus kepada perubahan yang lebih baik kepada rakyat,” tambahnya lagi.

mdl

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my
 
 air-asia-free-ticket

20 ulasan:

  1. “Apabila Mahathir boleh duduk bersama Lim Kit Siang itu tanda momokan kempen Umno-BN selama ini kononnya DAP mengancam Melayu dan Islam jelas tidak benar sama sekali,” jelasnya.

    PEMBOHONGAN NYATA DARI BARUA DAP..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dap xda mencuri 1mdb pun.Anti sgt apahal.kalau ko dlahirkan sbg cina,lps tu ko dilabel dap jahat oleh puak2 melayu cmne rasa. Cina tu nk ke dlahirkan sbg cina DiMalaysia ni.bebal punya walaon

      Padam
    2. Dah agak dah..pasti akan ada macai yg pertahankan baruanya..

      Padam
    3. Dah agak dah... Pasti ada an anonymous macai hadi mepertahankan hadi barua...

      Padam
  2. Kah kah kah...betapa bengongnya Wan Rosli seekor ni. Terengganu dulu pun hanya boleh dapat sepenggal sahaja dan tidak lama lagi Kelantan pula bakal ghuyubbb.

    BalasPadam
  3. Memang bengong n bangang..dia n tuang presideng jdi barua bn n umngok.buta mata,hati n buta colour..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Cina secara keseluruhan x jahat tapi DAP jer yg jahat.. tgk apa jd di penang sampai adun wanita pkr menangis.. kau mana tahu kan.. kau kan PAN si barua DAP..

    BalasPadam
  6. wahai pemimpin pembangkang yg kurang bijak. Seandainya anda berjaya menurunkan Najib, pasti ada penganti yg akan mengambil alih dari kalangan geng mereka. Maka selepas Najib di turunkan PRU akan berlaku. UMNO/BN akan menang beaar seperti tahun 20004. Sebab itu TGHH enggan campur tangan. Beliau mahu menurunkan BN bukannya menurunkan Najib sahaja. Masa kan perkara semudah itu pun pemimpin pembangkang tidak boleh fikir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. So sebab tu hadi sokong najib?

      Padam
    2. Bijak strategy pas smpi kedah dan tganu lebuh kat bn

      Padam
    3. Mereka mengamalkan wirid yg diajar oleh TGLGE dan TGLKS mereka yg berbunyi Putrajaya 1000x sehari..

      Padam
    4. Astagfirullah hal azim perangai an anonymous.. Begini lah akhlak pas...

      Padam
    5. Macam biasa bila org kutuk ulamak.. PAN diamkan ajer.. tapi bila tok guru2 DAP disebut aje terus melenting..

      Padam
    6. 11:47.. kenapa x ditanya negeri perak sekali.. malu ke nak tanya..?

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

  8. Pemimpin pembangkang bukannya ditipu TDM..tapi ditipu oleh anak beliau Mukhriz yg menyatakan pengganti Najib pasti dr BN juga.. TDM bukan taraf mereka..anak beliau dah cukup utk tipu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hadi kena tipu dgn najib pasal hudud xnak sebut pulak.. Muhasabah diri la pas.kata golongan ulamak.
      Tp mmpak spt golongan menyesatkan manusia "keluar pas jatuh kafir "

      Padam
    2. Itu hanya andaian kau.. aku pun boleh buat andaian.. DAP takkan setuju kalau perlembagaan PAN ada selitkan bhw hudud akan diperjuangkan.. amacam.. dah syg sgt kat DAP sokong je lah statement aku tuh..

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...