Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Februari 16, 2016

TUAN GURU NIK AZIZ " ROLE MODEL " PARTI ISLAM (AMANAH)

 Nik Aziz jadi inspirasi Amanah

KUALA TERENGGANU - Pemimpin Amanah tetap menyanjung bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat walaupun mereka dianggap mengkhianati perjuangan Pas.

Tidak dinafikan, Nik Aziz merupakan pemimpin yang dijadikan sebagai ‘role model’ dalam perjuangan Amanah ketika ini walaupun mereka berpaling dari perjuangan Pas dan menubuhkan parti baharu.

Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, Nik Aziz yang dipanggil Tok Guru dianggap sebagai contoh dan inspirasi dalam perjuangan Amanah dalam menegakkan Islam melalui konsep ‘rahmatan lil alamin’ atau rahmat untuk semua.

“Dalam saat negara menghadapi cabaran yang begitu hebat, sikap zuhud dan kesederhanaan Tok Guru dirindui bukan hanya oleh umat Islam tetapi juga oleh bukan Islam dan bukan Melayu.
“Tok Guru menjadi ikon tokoh agama serta pemimpin masyarakat yang mempamerkan keadilan, kesederhanaan dan sikap inklusif untuk semua. Kami merindui Tok Guru yang sudah tiada,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Raja Bahrin yang merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian sebagai mengingati pemergian Nik Aziz yang genap setahun pada Jumaat lepas.
Beliau berkata, pihaknya juga merindui sentuhan kebijaksanaan Tok Guru apatah lagi berlaku perubahan besar di pihak pembangkang dan kerajaan selepas setahun pemergian bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Jelasnya, Nik Aziz merupakan seorang tokoh agama yang sukar ditandingi dan sukar diganti serta inklusif kerana mampu mendekati semua pihak tanpa mengira pelbagai latar belakang.
“Selama lebih 20 tahun, di dalam keadaan segala kekurangan dan segala tekanan yang hebat dari kerajaan Pusat, alhamdulillah Tok Guru berjaya mempertahankan Kelantan dengan cara segala kesederhanaannya.

“Walaupun berketurunan Raja Jembal, Tok Guru tidak pernah menunjuk sikap meninggikan diri tetapi sentiasa sederhana dan zuhud. Inilah seorang pemimpin yang bukan hanya mengajar tetapi menghayati dan menjadi contoh hidup dengan menzahirkan segala ajaran yang disampaikan seperti terkandung dalam al-Quran,” katanya.

sh


IKLAN PENAJA

 Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

 klik link sini : http://autod9.com/army




 
http://iklanviral.blogspot.my/

2 ulasan:

  1. Menggunakan ayat bhw PAN akan meneruskan usaha2 murni TGNA amatlah menyedihkan..kerana PAN jgnkan nak meneruskan malah memulakan pun dgn cara yg amat jijik iaitu dgn membawak lari kerusi2 PAS dan lepas itu langgar sumpah bai'ah dan harta wakaf..malah slps itu pula berani declare secara terbuka "kalau DAP tolak hudud mereka pun akan tolak hudud!!"

    Macam inikah yg dikatakan nak meneruskan usaha2 murni TGNA?? Oh peliiissssss..

    BalasPadam
  2. Ni penjilat hadi dh bersuara
    Ingat hadi ingat amanat songsang

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...