Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Februari 19, 2016

PANAS!! : USTAZ HADI ARAHKAN PARTI SIASAT DATO HUSAM MUSA.

 Abdul Hadi Awang

KUALA TERENGGANU - Bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa berdepan tindakan digantung atau dipecat daripada parti itu berikutan tindakannya mencabar dan mengkritik Pas.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau telah mengarahkan jawatankuasa disiplin parti supaya memanggil Husam dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

"Perkara ini kita serahkan kepada jawatankuasa untuk membuat keputusan. Bentuk tindakannya kita serah kepada jawatankuasa disiplin, tetapi tidak lari daripada beri amaran, digantung atau dipecat," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pejabat Penyelaras Parlimen Pas Kuala Terengganu di sini, hari ini.

Mengulas kenyataan Husam bahawa usaha Abdul Hadi membawa usul Hudud di Kelantan tanpa merujuk parti terlebih dahulu sebagai satu tindakan pramatang, presiden Pas itu berkata beliau lebih berpengalaman daripada Husam dan telah lama menyertai parti berkenaan.

"Saya menyertai Pas sejak 1963. Isu hudud (timbul) sejak tahun kita mencapai kemerdekaan pada 1957 dan ia tanggungjawab kita sebagai orang Islam. Saya bukannya main politik (mengenai isu hudud).  
  
"Masa (pelaksanaannya) akan tiba. Dia (Husam) masuk parti sejak tahun 80-an dan ini (hudud) adalah isu lama," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata Pas akan meletakkan calonnya bertanding bagi 11 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

"Calon telah ada dan Insya-ALLAH, sekurang-kurangnya kita akan usahakan untuk menang satu kerusi di Sarawak," katanya.

sh

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?

 Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my/

5 ulasan:

  1. Hadi byk bermain politik..dulu krluar amat hj hadi mengkafirkan umno tp sekarang pas pulak nk jadi kafir bila berkahwin sama umno.

    BalasPadam
  2. mana surat yg ko kata syeikh qardhawi beri kat ko yg mengharamkan Parti Amanah Negara. mana? mana? mana?

    dasar penipu pemfitnah munafiq...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku dah tak yakin dengan orang tua ni. Elok dia undur bagi orang lain terajui PAS kerana pari itu semakin dijauhi oleh rakyat sejak kewujudan cai dalam muktamar PAS yang lalu. Wakil Yang ada dalam parlimen mewakili PAS pun tunggul kayu yang tidak berkebolehan berdebat isu-isu melibatkan kepentingan rakyat dan negara. Mereka hanya menjuarai isu-isu agama seperti hudud tetapi isu -isu ekonomi diam membisu. Dalam menjuarai pendebatan isu rakyat tidak boleh menandingi tokoh-tokoh Parti Amanah seperti Haji salahuddin dan lain-lain. tidak berkarisma mendebatka

      Padam
  3. Lepaskan je husam nih..x memberi apa2 kesan pd pas tanpa beliau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jilat la jubo hadi tu wan Rosli weii

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...