Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Februari 11, 2016

PANAS!! : RAMAI AHLI PAS TUNGGU MASA AKAN MENINGGALKAN PAS


PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) menolak dakwaan PAS kononnya ahli parti itu akan kembali menyertai PAS kerana tidak yakin dengan parti baharu tersebut.

Timbalan Presiden AMANAH, Salahudin Ayub berkata tidak ada tanda-tanda ahli AMANAH akan menyertai semula PAS, sebaliknya berlaku apabila semakin ramai ahli PAS yang menunggu masa untuk meninggalkan parti Islam itu.

Katanya, PAS semakin lari daripada perjuangan asal menyebabkan ahlinya lari dan menyertai AMANAH.

“Saya tidak nampak kita yang membuat AMANAH ini keliru (perjuangan parti) tetapi apa yang Datuk Takiyuddin Hassan perlu sedar ialah ramai lagi ahli PAS menunggu masa untuk masuk AMANAH.

“Jadi saya tidak teruja dengan ucapan Datuk Takiyuddin Hassan. Bukti PAS (tergugat) apabila mereka memperketat peraturan dan bakal mengenakan tindakan untuk menakutkan ahli. Sampai nak pergi dengar ceramah AMANAH pun tak boleh itu tandanya mereka terlalu bimbang keluarnya beramai-ramai ahli PAS menyertai AMANAH,” katanya kepada FMT.

Semalam, Takiyuddin mengesahkan kebanyakan ahli AMANAH akan pulang ke pangkuan PAS dalam tempoh enam bulan kerana keliru dengan perjuangan parti itu.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin turut membidas tindakan pemimpin PAS yang masih memanggil AMANAH sebagai PAN.

“Memang agenda mereka (PAS) untuk mengelar kita PAN walaupun kita sudah mendaftar dengan ROS dengan nama AMANAH, kerana perkataan AMANAH itu merupakan satu perkataan yang agung sebab itu mereka tak suka panggil kita AMANAH.

“PAS sengaja berbuat demikian untuk menunjukkan mereka begitu ‘busuk hati’ terhadap AMANAH dan kepada kami yang keluar daripada PAS untuk menubuhkan AMANAH,” katanya.

fmt

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan.

Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army


 
http://iklanviral.blogspot.my/

12 ulasan:

  1. Saya harap salahuddin bercakap berasaskan realiti bukan kehendak hati..

    BalasPadam
  2. Mmg reality la wan Rosli
    Kat Kelantan ramai dh joint amanah
    Tinggal kau dan grup ug saja lagi duk jilat hadi awe kluk klek
    Ramai pengikut pas dh syirik duk puja hadi berlebih lebihan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Habis tu nape bila omakkau tunjukkan gambar ceramah PAN macam lebih kerusi dari orang jer..ingat PAN ingat DAP!!

      Padam
  3. Tak reality lagi gak bengongla wan rosli weiii....bila PAScai Teganung nak rampas Teganung?Ko padan jadi punahsehat jah?

    BalasPadam
  4. Yang lari dari Pas itu adalah satu hikmah kepada pas kerana kenal siapa sebenarnya perjuangan sejati dengan Islam dan beristiqomah dengannya.pas berasal dagang dan tak pelik kepadanya untuk meneruskan perjuangan kerana Allah demi islam dijulang di Mlaysia..

    BalasPadam
  5. Ye mereka yg tgok porno lucah org tlog byar tu pun prjuangan islam gak ye..org ada aktiviti dia kata dmam,upanya dok tgok mnda tu..puuiii..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ke modal lain ke selain dari fitnah..sebab macam ginilah ceramah PAN x ramai org.. Mmg x de modal selain fitnah..lepas tu perasan konon org PAS nak masuk PAN..padahal pengkhianat je yg nak masuk PAN..

      Padam
  6. Ulamak porno pulak dah...suruh orang buat amal maaruf nahi mungkar. Ha...haa...klu gitu betullah kata Salahuddin akan ramai ahli PAS akan meninggalkan parti itu kerana PAS dah lari dari perjuangan asal. Mereka menjual agama untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn lah terasa sgt.. Kami hanya mengemukakan fakta spt PAN bwk lari kerusi PAS, langgar sumpah bai'ah, langgar harta wakaf dan sanggup tolak hudud jika DAP tolak hudud!!

      Berbanding dgn fitnah filem porno (boleh saja kami nk ungkit kes tangkap basah presiden parti lain dgn ehem2 di hotel), fitnah sengaja pakai baju dewa (boleh saja kami nk ungkit kes ehem2 pegang lilin di dataran mereka), kes fitnah syirik (boleh saje kami nak ungkit ada parti sanggup tolak hudud jika DAP tolak hudud) dan lain2 fitnah..

      Padam
    2. Kau ada skandal dgn bini hadi ke wan Rosli weii...

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...