Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Februari 08, 2016

PANAS!! : PAKATAN HARAPAN KINI MENPUNYAI KELAB PENYOKONG..ALHAMDULILLAH.


Demi untuk menyokong perjuangan Pakatan Harapan, sekumpulan warga siber dan pengguna media sosial telah menubuhkan sebuah kelab bernama "Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia' (KPPHM).

Menurut Presiden KPPHM, Sdra Othman Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Man, objektif utama KPPHM ialah untuk membantu Pakatan Harapan di dalam meraih sokongan rakyat dengan tumpuan diberikan kepada semua ahli dan penyokong-penyokong parti-parti yang menjadi komponen Pakatan Harapan iaitu AMANAH, PKR dan DAP.

"Kelab ini akan membantu Pakatan Harapan (PH) msacara umum sahaja disamping menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh memperkuat dan memperteguhkan Pakatan Harapan untuk menumbangkan Barisan Nasional dan sekutu-sekutunya," kata Cikgu Man di dalam satu sessi temubual bersama radio pedulifm yang disiarkan secara lansung melalui www.pedulifm.com malam tadi.

Sewaktu ditanya mengenai potensi PH di dalam pilihanraya ke 14 nanti setelah PAS mengambil keputusan untuk bersendirian, beliau menyatakan bahawa sekarang ini, mood rakyat untuk menolak dan menumbangkan kerajaan BN amat tinggi berbanding dengan PRU13 dahulu. Mood rakyat ini (mungkin) terhalang jika masalah ini (keengganan PAS untuk bekerjasama dengan PH) tidak diselesaikan dan menurutnya kelab KPPHM menyedari masalah ini.

"Untuk mengatasi masalah itu, kita gunakan formula yang kita pakai sewaktu pakatan Rakyat dahulu, iaitu kita perkukuh dean perteguhkan Pakatan Harapan," ujarnya.

"Apa saja suara-suara dan unsur-unsur yang boleh merosak dan merungkaikan PH hendaklah kita tepis tanpa mengira ia datang dari pimpinan parti mana sekalipun. Walaupun kita penyokong PH, tetapi kita tidak menyokong membuta-tuli. Jadi kita sama-sama menolong memperbaiki kelemahan-kelemahan yang (mungkin) wujud di dalam PH," tambahnya.

Cikgu Man menyatakan masih ada lagi anasir-anasir di dalam PH yang tidak konsisten dengan (permuafakatan) PH sendiri.

KPPHM telah membentuk jawatankuasa utama pusat di dalam mesyuarat pertamanya ang terdiri daripada:

Penaung: Dato Seri Mohd Nizar bin Jamaluddin (AMANAH)
Penasihat I: YB Azan Ismail (PKR)
Panasihat II: YB Anthony Loke (DAP)

Presiden: Othman Ismail (Cikgu Man)
Timbalan Presiden: Greenboc
Naib Presiden 1: Kevin
Naib Presiden II: Kak Nora
Naib presiden III: Dahlan
Setiausaha Agung: Tun Teja Othman
Pen Setiausaha Agung: Achoi
Bendahari: Zizou Yusof

AJK-AJKnya adalah terdiri pengerusi-pengerusi negeri seperti berikut:

Pengerusi Perlis - Wati
Pengerusi Kedah - Kevinn
Pengerusi Pulau Pinang - Rabbani
Pengerusi Perak - Abg Zali
Pengerusi Selangor - Nunui
Pengerusi Kuala Lumpur - Zerry
Pengerusi WP Labuan - Nur Qaseh
Pengerusi Sabah - Tuan Awang Chuchu
Pengerusi Melaka - Greenboc
Pengerusi Negeri Sembilan - Achoi
pengerusi Johor - Teja
Pengerusi Sarawak - Dahlan
Pengerusi Kelantan - Sheikh Azmi
Pengerusi Terengganu - Cikgu Man
Pengerusi Pahang - Ag Husin Kelah

Kelab ini juga mempunyai facebooknya sendiri yang boleh diakses melalui alamat ini.

Kesemua ahli dan penyokong PH di seluruh negara yang berminat untuk menjadi ahli boleh mendapatkan maklumat dan menghubungi nombor telefon pengerusi-pengerusi negeri melalui facebook yang dinyatakan di atas.

bgb

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan.

Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.

Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army 


 
http://iklanviral.blogspot.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...