Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Februari 02, 2016

MESEJ TERKINI!!! DARI YB HUSAM MUSA KEPADA PEMIMPIN PAS KELANTAN.

Husam Musa

Kekhilafan Sekitar Pelaksanaan 'Hudud' Melalui Usul Bil Persendirian Akta 355

1. Membawa usul meminda Akta 355 menerusi Bil Persendirian adalah tindakan di luar keputusan Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah Persekutuan (Bersama Pusat Dan Negeri).

Kenapa tindakan di luar keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama itu dibuat?

Adakah Saudara Mohd Amar dan Saudara Taki tahu dan faham apa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa berkenaan?

Jika anda tahu, mengapa anda berdua tidak menasihati Presiden supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ketetapan Jawatankuasa berkenaan?

Anda lebih hebat dari mereka?

Anda tidak merujuk lebih dahulu kepada anggota Jawatankuasa berkenaan?

Kenapa?

2. Usul dihantar kepada Speaker Dewan Rakyat tanpa dirundingi mahu pun dimaklumkan kepada mana-mana peringkat Pas Pusat, melainkan Presiden yang juga MP Marang yang telah dinasihatkan sebagai pembawa usul.

Oleh kerana itu, tindakan sedemikian tidak dapat diberikan pandangan kedua.

Bagaimana kegagalannya, jika berlaku, hendak dikongsikan dengan parti atau orang lain pada hal ia dibuat secara pintu belakang?

Sehinggakan draf usul itu sendiri mempunyai kesalahan berkait samada kuasa yang hendak dipinda terletak di bawah Senarai Pertama atau Senarai Kedua Jadual Kesembilan Perlembagaan Malaysia!
Salah se orang Penolong SUA Pas di waktu itu telah memainkan peranan merangka draf itu, mendapatkan tandangan Presiden dan menyerahkan usul itu ke Parlimen.

Pakar undang-undang juga tidak dirujuk.

3. Kesegeraan itu berlaku kerana dua orang pemimpin Kelantan telah didatangi oleh wakil salah se orang Menteri Pusat yang memberi jaminan usul itu akan diizinkan untuk dibentangkan dalam sidang Parlimen yang sedang berjalan di waktu itu, Mac/ April 2015.

Kedatangan wakil Menteri membawa pesan Menteri untuk bertindak sedemikian ialah sewaktu sidang Dun Kelantan untuk pembentangan Enakmen Jenayah Syariah II(1993) 2015 sedang berjalan pada tarikh 17 hingga 19 Mac.

Sebaik pindaan dibawa iaitu pada 18 Mac, draf usul itu terus ditandatangani!

4. Bahkan, Bil Persendirian berkenaan terus dibawa tanpa menunggu Enakmen yang baru diluluskan itu digazetkan terlebih dahulu.

Satu kegopohan luar biasa tetapi setakat ini, berakhir dengan ketidaksampaian.

5. Sefaham saya, Jawatankuasa Teknikal Bersama Pusat Dan Negeri menetapkan pindaan Akta 355 hendaklah dibawa oleh Menteri atas nama Kerajaan Pusat selepas mendapat perkenan Raja-Raja terlebih dahulu.

Tujuan pindaan diputuskan dibentangkan oleh Menteri atau atas nama Kerajaan Pusat kerana beberapa pertimbangan, yang saya tidak akan panjangkan di sini atas dasar kemaslahatan jangka panjang.

Pertimbangan dan pandangan yang hampir sama telah timbul semasa mesyuarat Pas Pusat.

Termasuk, cukup bilangan MP yang menyokong, perkenan Raja-Raja dan laluan yang paling tepat, berhemah, bukan untuk political mileage dll.

Adakah individu-individu terlibat tidak merasa bersalah kerana mengabaikan pandangan jamaah mereka sendiri?

Selain membelakangkan keputusan Jawatankuasa Teknikal Bersama.

Jika pandangan mereka lebih tepat, kenapa sampai kini usaha itu nampaknya tidak kesampaian?

6. Bagaimana Presiden pada waktu itu begitu yakin usul yang dibawanya akan diizinkan untuk dibentangkan?

Melainkan ada pihak yang memberikan keyakinan itu kepada beliau.

Keyakinan itu sudah pasti dalam bentuk pihak berautoriti dari Kerajaan Pusat.

Soalnya:

A. Siapa pemimpin Pas yang memberikan info tidak tepat dan memberikan keyakinan yang tidak benar itu kepada Presiden?

B. Dari mana pemimpin Pas berkenaan mendapatkan jaminan itu?

C. Apa bentuk jaminan itu? Bertulis, lisan atau apa?

D. Ketepatan atau kekhilafan pemimpin atau pemimpin-pemimpin itu menilai jaminan yang diberi

E. Apakah wujud tipu daya politik dalam jaminan itu?

F. Jika ia tipu daya politik, siapa perlu bertanggung jawab kerana terperangkap dengan tipu daya itu?

7. Usul Bil Persendirian meminda Akta 355 tidak boleh bersandar atas 'tugas kita berusaha membentangkan sahaja. Berjaya atau gagal dibawa bukan tanggungjawab kita' kerana senario dan keadaan adalah berbeza dari Bil Persendirian mengenai isu yang sama yang pernah dibawa oleh MP Marang tidak lama dulu.

Premis kini, adanya laluan oleh Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Umno berikutan wujudnya Jawatankuasa Teknikal Bersama dan semangat yang ianya akan berjaya yang telah ditunjukkan oleh ucapan sekian ramai pimpinan Pas Pusat.

'Nak beli rempah kena pergi kedai rempah......', katanya.

8. Implikasi dari membawa Bil Persendirian Akta 355 adalah besar;

A. Mesyuarat Jawatankuasa Bersama terus terhenti sejak usul MP Marang dimasukkan.

Kenapa?

Mesyuarat terakhir Jawatankuasa berkenaan adalah pada 12 - 14 Februari 2015, iaitu kira-kira sebulan sebelum Sidang Dun Kelantan pada bulan Mac tahun itu.

Sejak itu, Jawatankuasa berkenaan tidak lagi bersidang.

Pada hemat saya adalah kerana kekecewaan sesetengah pihak atas kegopohan Pas yang mungkin didorong oleh pertimbangan politik yang singkat.

Sesuatu yang malang.

B. Pas dilihat begitu mudah dipermainkan.

C. Tindakan Pas dilihat tidak matang.

9. Meletakkan jawatan sebagai cagaran atas gagal berjalannya Enakmen Jenayah Syariah yang diwar-warkan sebagai Hudud bukan ciptaan saya.

Ia adalah janji Saudara MB Kelantan sendiri.

Saya tidak menggesa beliau menunaikan janjinya atas dasar ada orang lain yang lebih ke depan mengambil peranan sehingga apa yang direncanakan gagal pada waktu ini.

Namun, jika orang itu enggan meletakkan jawatan dan enggan pula mengambil tanggungjawab atas kegagalan yang ditempah atas salah perhitungan mereka sendiri, saya tidak dapat berbuat apa-apa.

10. Ada pun isu-isu lain yang dibangkitkan oleh Saudara Mohd Amar Dan Saudara Taki, saya letakkan respon saya dalam helai yang lain untuk lebih mudah isu ini dinilai dengan pertimbangan yang lebih 'cool'.

Husam Musa

22 Rabiul Akhir 1437/
1 Februari 2016

IKLAN PENAJA

Anda adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan.

Anda nak tahu?

Kami membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan, pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap bulan, anda hanya perlu memahami :

Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement

Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan Apabila elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini. Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.

klik link sini : http://autod9.com/army
 
http://iklanviral.blogspot.my/

5 ulasan:

  1. memang PAS mudah kena main...tak cerdik...berkalikali keno tipu oleh UMNO masih nok sebantal.....bagi Terengganu sepenggal...bagi kedah sepenggal....tak lamo lagi Kelantan pula terlepas...

    BalasPadam
  2. Org PAN ehh silap talibarut DAP dah bersuara...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alaahaii Wan Rosli, kebanganganmu itu melantun-lantun.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...