SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini mengingatkan barisan pembangkang bahawa rakyat negara ini mahukan parti pembangkang yang bersatu untuk menentang BN.
Menurutnya, prinsip satu lawan satu yang diamalkan pembangkang sejak dulu perlu diteruskan untuk pilihan raya-pilihan raya akan datang.
“Seperti biasa, kita sebagai sebuah parti...PKR yang menyedari bahawa hanya satu sahaja cara untuk melawan BN. Iaitu dengan perlawanan satu lawan satu.
“Jadi, kita teruskan dengan prinsip itu. Saya harap semua pihak akan mengambil hemat dan teruskan usaha kita kerana rakyat mahukan pembangkang yang bersatu,” katanya kepada Sinar Online ketika ditemui selepas Wacana Sinar Derita Orang Bandar: Punca & Penyelesaian, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Pas terbaharu yang nekad mahu bertanding tiga penjuru menentang Amanah dan DAP dalam pilihan raya akan datang.
Ketika ditanya tentang usaha PKR bagi menangani isu tersebut, Nurul Izzah hanya menjawab, “usaha PKR diteruskan di semua peringkat. Menteri Besar (Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) pun sudah keluarkan kenyataan. Dengan kerjasama kita, dasar (yang ada)...Selangor masih lagi bertahan. Yang penting adalah untuk mengajak semua pihak agar terus dengan usaha untuk menumpaskan BN.”
Katanya, pertemuan antara pimpinan PKR dengan Pas berlaku secara informal dari semasa ke semasa.
Sementara ketika diminta mengulas soal pengaruh BN di kawasan luar bandar di Sarawak, Nurul Izzah yang juga Pengarah Pilihan raya PKR mengakui Ketua Menterinya, Tan Sri Adenan Satem merupakan faktor utama prestasi BN baik di negeri tersebut.
“Secara umum kita ketahui bahawa dari segi populariti Tan Sri Adenan menikmati ‘badawi effect’ kerana penggantian beliau selepas Taib Mahmud (bekas Ketua Menteri Sarawak) mencatatkan 76 peratus populariti di antara masyarakat Sarawak.
“Itu tidak bermaksud kita alpa, gusar dan tidak meletakkan harapan yang tinggi. Pada saya, kita teruskan usaha kita mencari melalui sumbangan dan sebagainya tapi kita juga pragmatis dengan mengetahui bahawa Tan Sri Adenan merupakan faktor utama prestasi BN yang lebih baik di Sarawak," katanya.
Tidak menafikan hal itu bukan mudah, namun menurutnya, PKR akan bekerja keras di Sarawak dan menawarkan calon-calon yang terbaik bagi melahirkan suara rakyatnya dalam pilihan raya negeri itu.
IKLAN PENAJA
Anda
adalah di antara 43 JUTA pengguna telefon di Malaysia. Tahukah anda
pengguna telefon di masa kini sedang menikmati komisen serta bonus yang
dibayar kepada mereka setiap bulan? Telefon bukan lagi alat untuk
berhubung, telefon kini telah terbukti dapat dijadikan alat untuk
menjana pendapatan yang tidak putus setiap bulan. Anda nak tahu?
Kami
membina sistem yang lengkap untuk anda hasil dari perbincangan,
pengalaman serta ilmu pemasaran yang kami ada. Untuk menjadi salah
seorang daripada pengguna telefon yang menjana pendapatan pasif setiap
bulan, anda hanya perlu memahami :
Faham Sistem AutoDownline & AutoPlacement
Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan
Hadam ilmu yang kami sediakan Praktik teknik yang disediakan
Apabila
elemen hebat ini bergabung,maka bersiap sedialah untuk menerima
pendapatan yang tidak masuk akal hasil dari bantuan sistem kami ini.
Harapan kami dengan bantuan sistem kejayaan ini dapat membantu anda
menjadi seorang usahawan online yang berinovasi, berdaya saing dan tidak
mustahil, seorang Jutawan atau Multi-Jutawan
Semoga anda sukses dan menambah nilai dalam hidup orang ramai.klik link sini : http://autod9.com/army
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...