Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Januari 05, 2016

PARTI ISLAM (AMANAH) AKAN LAWAN PAS JIKA PERLU..

Parti Amanah Negara

KOTA BHARU - Parti Amanah Negara (Amanah) sedia bertanding mencabar Pas di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14, kata Pengerusi‎ Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Bagaimanapun beliau berkata, Amanah Kelantan masih berharap Pas Kelantan‎ bekerjasama bersama mereka bagi mengelak berlakunya pertandingan melibatkan kedua-dua parti itu nanti.

"Saya dah suarakan lebih empat bulan lepas (berkenaan kerjasama), tapi‎ sehingga sekarang masih tak ada respons (daripada Pas).

"Saya tak wakili Amanah Pusat untuk kerjasama sebab ramai di kalangan‎ sahabat-sahabat tak setuju dengan pendirian saya ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini dilaporkan sebagai berkata sekiranya Amanah bertanding di negeri itu, ia akan hanya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

"Persiapan kita untuk bertanding akan diteruskan (jika Pas tidak mahu‎ bekerjasama)...(dan) saya tak nak dicatat dalam sejarah politik Kelantan sebagai pihak yang meruntuhkan kerajaan Kelantan yang diasaskan oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya.

sh

Jom kita ramai2 bertukar kepada Tone Excel.. kerana tone excel tak ada gst..topup rm30 tetap dapat rm30 siap bagi free 1gb utk sebulan..

layari http://autod9.com/3/army hari ini juga..
 
http://iklanviral.blogspot.my/

2 ulasan:

  1. Dgn prinsip Islam yg haq dan batil eloklah PAS lawan PAN dan lenyapkan PAN dari mukabumi.. Ini yg sepatutnya..

    BalasPadam
  2. Harap2 biar lah PAS lwn PAN dan biar PAN dpt takbir Kelantan.Biar PAN selesaikn masaalah2 pentadbiran d Kelantan sekarang yg merugikn rakyat..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...