Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Januari 01, 2016

PANAS!!! : RAHSIA KEJAHATAN KERAJAAN UMNOBN TERBONGKAR LAGI...


  AMANAH

Tahniah DAP Atas Penarikan Balik Kenyataan Peribadi Ahli 

1. AMANAH ingin mengucapkan tahniah kepada DAP atas penarikan balik kenyataan peribadi yang dikeluarkan oleh seorang pimpinan DAP Perak berhubung penyekatan kemasukan atlet Israel ke Malaysia. Kesanggupan pimpinan DAP Perak untuk menarik balik kenyataan tersebut memperlihatkan sensitiviti mereka terhadap perasaan ummat Islam di negara ini. Sikap DAP ini jauh berbeza dengan sikap Umno BN yang pernah menjemput pasukan kriket Israel ke Malaysia pada tahun 1997 dan membenarkan kemasukan atlet Muay Thai Israel pada tahun 2011.

2. Hingga ke hari ini kerajaan Umno BN tidak meminta maaf atau menarik balik kenyataan menyokong tindakan keterlanjuran mereka itu. Sikap tidak kisah terhadap perasaan masyarakat Melayu Islam yang ditunjukkan Umno adalah atas sebab keyakinan mereka bahawa mereka boleh lakukan apa sahaja terhadap orang Melayu dan orang Melayu tidak akan marah. Ini adalah kerana doktrin ‘Umno memperjuangkan Melayu’ telah berjaya mereka tanamkan walaupun pada hakikatnya Umno adalah sebenarnya pengkhianat kepada kepentingan orang Melayu dan penyebab mengapa Melayu terus ketinggalan.

3. Golongan perkauman Melayu pasti tersentak dengan kesanggupan DAP untuk menarik balik secara terbuka kenyataan tersebut. Mereka tidak mampu untuk menjadikannya isu untuk mengapi-apikan lagi semangat perkauman di kalangan masyarakat Melayu apabila penarikan balik kenyataan dilakukan oleh DAP Perak. Mengapi-apikan perkauman amat sangat berguna untuk mengalihkan pandangan masyarakat Melayu dari melihat kegagalan dan pecah amanahnya kerajaan Umno. Kerajaan Umno ini walaupun memerintah atas nama Melayu Islam, namun mereka merupakan sebab utama Melayu Islam terus ketinggalan dan tertindas. Ini bukti nyata bahawa dengan sekadar adanya kerajaan Melayu Islam ianya tidak mampu menjamin keadilan.

4. Sekarang golongan perkauman Melayu turut terpaksa mengakui bahawa DAP sanggup menarik balik kenyataan tersebut sedangkan hingga hari ini pihak Umno BN terus membisu atas tindakan pro-Israel mereka sebelum ini. Itu belum lagi dikaitkan persoalan perlantikan APCO sebagai penasihat Perdana Menteri dan pertemuan pimpinan Umno dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak yang dilaporkan berlaku pada 2009 di Beirut dan Paris. Pada ketika itu tindakan Menteri Kanan dari Umno disokong dan tidak dikritik oleh mana-mana pejuang perkauman Melayu ini.

5. Peristiwa kenyataan akhbar peribadi pimpinan DAP Perak akhirnya jelas kelihatan ada hikmahnya. Ianya membuka kembali perbahasan berhubung sikap hipokrit dan tidak konsistennya kerajaan dan pimpinan Umno BN terhadap Israel. Hingga hari ini Malaysia terus dilaporkan oleh portal tertentu sebagai rakan dagangan Israel yang antara terbesar di dunia.

6. Maka AMANAH ucapkan tahniah kepada DAP sekali lagi. Tindakan pantas atas kepedulian mereka terhadap sensitiviti masyarakat Melayu Islam telah membuktikan kepalsuan dakwaan golongan perkauman Melayu terhadap DAP. Golongan perkauman Melayu ini hanya budak suruhan Umno dan mereka ditugaskan untuk mencari peluang mengadu-dombakan masyarakat Negara kita ini. Melalui ini kelemahan dan kesilapan Umno terus ditutup.

7. Semoga melalui pengalaman ini masyarakat Melayu semakin celik terhadap permainan jahat golongan perkauman Melayu dan akan menolak Umno BN tanpa was-was.

8. Semoga bangsa Melayu akan kembali mencapai martabat sebagai bangsa hebat yang berakhlak mulia dengan menghayati ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan mereka. Semoga Melayu tidak lagi terpedaya dengan laungan perpaduan Melayu Islam yang nyaring dilaungkan mutakhir ini. Ianya laungan yang bertujuan untuk kekalkan Melayu bawah tempurung kebobrokan Umno.

"Harapan Baru"

KHALID ABD SAMAD
Pengarah Komunikasi
Parti Amanah Negara
29 Disember 2015 


Nak ikutkan idea bisnes boleh tebal Yellow pages, tapi sudah ada yang sesuai untuk orang macam aku yang BZ dengan waktu pejabat..

Apa yang penting kerja senang, untung banyak..

 klik link sini : http://autod9.com/army 


 
http://iklanviral.blogspot.my/

1 ulasan:

  1. Ulamak tidak akan bersama golongan liberal yg mengiktiraf LGBT serta G25..

    Demi agama ulamak akan bekerjasama dgn parti pemerintah.. Tapi tidak akan bekerjasama dlm pilihanraya.. Senang je nak faham kan? Tp buat2 x faham.. Lantaklah kau PAN teruslah sokong DAP yg masih sokong israel.. Rakyat MELAYU hanya memerhati je gelagat PAN ni.. DAP tolak zionis kononnya tapi masih sokong atlit israel bertanding di mesia..kalau DAP memerintah maknanya polisi atlit israel ini pun boleh berubah..meloponglah nanti org MELAYU yg pangkah PAN dan DAP...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...