SHAH ALAM – DAP masih rakan kerjasama Pas dalam pentadbiran Kerajaan Selangor namun jalinan itu akan luput menjelang PRU 14 akan datang.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas masih meneruskan kerjasama dengan DAP dalam urus tadbir kerajaan negeri sehinggalah PRU14 memandangkan 'musuh baharu' itu bakal mencabar kerusi milik Pas.
"DAP nak bertanding kerusi Pas pada PRU14, itulah ancaman baharu buat kita. Sebelum ini bersama dalam PR...kini tidak lagi.
"Tetapi sekarang ini belum lagi PRU14.. jadi pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini
Beliau yang juga Naib Presiden Pas menegaskan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor masih diuruskan oleh Pas, PKR dan DAP sehinggalah menjelang pilihan raya akan datang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Lapan kerusi Pas di Selangor mungkin terancam]
Semalam, beliau dalam ucapan sempena Ijtima Pilihan Raya Selangor memaklumkan Pas Selangor bakal berdepan ancaman baharu apabila lapan kerusi milik mereka bukan sahaja direbut Umno malah turut diintai bekas rakan sekutu, DAP pada PRU14.
Iskandar berkata, Pas Selangor juga sedang mempertimbangkan akan menambah lima lagi kerusi untuk dicabar pada pilihan raya akan datang yang dijangka pada Mac 2017.
ADAKAH ANDA MENGUNAKAN TELEFON DH BRAPE LAMA?
NK PASSIVE INCOME
NK INSURANS 100K
NAK G UMRAH PERCUMA
NAK G MELANCONG PERCUMA
PERCUMA DATA 1GB SETIAP KALI TOP UP RM30 TIADA POTONGAN CRDIT
BILA TOPUP RM50 FREE TOP UP RM20
SOALA SY ADAKAH ANDA MENGUNAKAN TELEFON DH BRAPE LAMA?
KERAP TOPUP
TETAPI TIDAK DAPAT
APA2 FAEDAH
SEGERA ��
LOCK POSISI ANDA SEKARANG
KLIK DAN SERTAI : http://autod9.com/army
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...