Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Disember 11, 2015

TERKINI!!! : JERAT TERBARU NAJIB/UMNO TERHADAP PAS..

 Muzakarah

KUALA LUMPUR - Kerjasama dengan Pas bakal membawa lebih banyak kemenangan kepada Umno dalam PRU akan datang.

Perwakilan Terengganu, Datuk Din Adam berkata, apa yang disuarakan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk Umno bentuk kerjasama dengan Pas adalah satu langkah yang baik.


"Saya dengan ini sokong sangat usaha yang kita nak gerakkan bersama Pas, ini satu usaha murni.

"Jangan pandang Pas sebagai musuh utama kita. kita kena lihat musuh utama adalah DAP," katanya dalam perbahasan ucapan dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2015, hari ini.

 IKLAN PENAJA
Selama ini family anda gunakan telefon, soal nya siapakah yang dapat keuntungan? Dan apa yg anda dapat selama dia menggunakan???
Cer click dan daftar je di sini

[ART‎IKEL BERKAITAN: Presiden Pas jawab tawaran kerjasama Umno-Pas]

Beliau menjadikan Terengganu sebagai contoh apabila rata-rata kawasan Parlimen yanh dimenangi Umno adalah di kawasan pendalaman.

"Kawasan bandar kita tak menang. Dun menang 17 kerusi sahaja.

"Pas adalah orang seagama dan sebangsa. Tidak mustahil kalau sistem baik kita laksanakan di peringkat akar umbi, InsyaAllah di Terengganu orang yang sokong Pas itu akan kembali sokong BN dalam PRU akan datang," katanya.

Semalam, Najib secara terbuka menghulurkan tangan silaturahim bersama Pas untuk bekerjasama bagi memastikan agama Islam dan bangsa Melayu terbela.

Din yang merupakan Ketua Umno Bahagian Dungun berkata,  ahli Umno perlu menyambut baik keterbukaan itu dan menyebar luaskannya di media-media sosial.

Pihaknya juga mengajak ahli Umno mempertahankan Presiden bagi perjuangkan agama bangsa dan negara terus terbela.

sh
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...