Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Disember 27, 2015

SETELAH DIDESAK : DAP Perak sahkan pendirian anti-Zionis


DAP Perak menarik balik kenyataan seorang pemimpinnya yang membidas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung sekatan yang dikenakan ke atas dua atlet Israel daripada mengambil bahagian di Malaysia.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin telah menarik balik kenyataannya semalam dan bahawa kenyataan itu juga tidak mencerminkan pendirian parti di negeri itu.

Ia susulan Chong yang juga adalah setiausaha politik Nga dibidas oleh Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin kerana gagal bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin yang berdepan dalam konflik dengan Israel.

"DAP Perak berpendirian tegas menolak keganasan dan penindasan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin," kata Nga dalam satu kenyataan hari ini

Tambahnya, Perak DAP berdoa agar kezaliman yang berlaku ke atas rakyat Palestin akan dihentikan segera.

 http://teautonetwork.com/1444 

Chong semalam berkata adalah sesuatu yang tidak boleh diterima bagi Khairy untuk menafikan Yoav Omer dan Noy Drihan daripada mengambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (ISAF).

Walaupun menjauhkan diri daripada kenyataan Chong, DAP Perak menyokong pandangan bahawa sukan sepatutnya melampaui sempadan politik dan perlu berkecuali daripada politik.

"Dengan mengekalkan semangat kesukanan yang merentasi batas politik dan agama, namun pada masa yang sama turut mengekalkan bantahan dan pendirian tegas terhadap Israel, kami yakin bahawa Kementerian (Belia dan Sukan) boleh mencari jalan tengah untuk menyelesaikan permasalahan sedia ada.

"Kementerian harus berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi para atlet yang merupakan johan menunggu tidak dinafikan hak bertanding hanya kerana kezaliman pemerintah politik negara mereka," kata Nga.

Yoav dan Noy menarik diri daripada bertanding di Langkawi selepas visa mereka untuk memasuki Malaysia ditolak.

Dilaporkan bahawa mereka akan dibenarkan masuk dengan syarat mereka tidak bersaing di bawah bendera Israel atau menggunakan simbol Israel.

Lagu kebangsaan Israel juga tidak akan dimainkan jika mereka menang.

50 negara mengambil bahagian dalam kejohanan ISAF, termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia, Afrika Selatan, Sepanyol, Finland, Ireland, Itali, Belanda, Jerman dan Perancis.

mk
 
http://iklanviral.blogspot.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...