Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Disember 26, 2015

PARTI ISLAM (AMANAH) MENAWARKAN PEMERINTAHAN LEBIH BAIK DARI PAS DAN UMNO UNTUK RAKYAT KELANTAN.

 Parti Amanah Negara

KOTA BHARU - Kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) di Kelantan tidak boleh didakwa sekadar untuk memecah undi, namun hakikatnya Amanah tampil sebagai alternatif kepada rakyat Kelantan untuk menawarkan satu pemerintahan yang lebih adil.

Naib Pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed berkata, Pas hendaklah menerima kehadiran Amanah sebagai sebuah parti yang sah dan berdaftar dalam persaingan politik demokrasi di Malaysia.

“Kerajaan Kelantan juga tidak akan tergugat walaupun Pas kalah di Kelantan, bahkan jika Amanah diberi peluang untuk memerintah Kelantan, insya-ALLAH akan diurus dengan lebih baik daripada apa yang telah dibuat oleh Pas sebelumnya.

“Mereka (rakyat) telah ada pengalaman  berada di bawah pemerintahan Umno dan juga Pas, jadi bukan mustahil mereka akan berubah sikap untuk berada di bawah pentadbiran parti Amanah dalam PRU 14 nanti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

 http://autod9.com/army 

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa keputusan Amanah bertanding di negeri ini akan memberi kesan termasuk boleh menyebabkan Kerajaan Pas Kelantan tergugat.

Che Ibrahim berkata,  Amanah telah berkali-kali mengajak Pas bersama mempertahankan Kerajaan Kelantan daripada dirampas BN pada pilihan raya akan datang, namun sehingga kini Pas masih dengan sikapnya untuk tidak bekerjasama dengan parti pembangkang lain terutama Amanah yang didakwa sebagai pengkhianat.

Beliau berkata, Amanah tidak ada pilihan lain kecuali tampil bersama Pakatan Harapan untuk memberi harapan baharu kepada rakyat Kelantan yang sudah lama menolak untuk berada di bawah pemerintahan BN.

“Amanah sering terbuka untuk mengadakan satu persefahaman politik dengan Pas demi untuk mempertahankan kerajaan Kelantan daripada jatuh ke tangan BN dalam pilihan raya yang akan datang,” katanya.

sh
 
http://iklanviral.blogspot.my/

9 ulasan:

  1. Dengan bantuan DAP pastilah kelam hasrat rakyat KELANTAN nak lihat hudud terlaksana..

    BalasPadam
  2. Kini terlihat sudah hasrat DAP itu menyekat terus pengaruh PAS.. Aku bersyukur kerana kita buang puak2 taksub DAP (baca PAN) masa muktamar dulu.. Kalau tidak pasti DAP lebih berupaya campurtangan dlm urusan PAS..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sajalah hujah yang dapat puak2 serban ni gunakan untuk memburukkan Amanah. DAP! DAP! Babi! Dan akhir sekali Anjing! Tanpa mengaitkan DAP, puak2 serban tak dapat langsung hujah nak menjatuhkan Amanah apatahlagi nak menjauhkan orang2 melayu yang sudah muak dengan puak2 yang suka mereban cakap kosong pastu kerja tak tau nak buat. Ahli2 Amanah serta pimpinan mereka adalah orang2 yang sudah teruji ketabahan mereka serta tak mudah diumpan dengan janji2, balak mahupun wang ringgit! Malah kebanyakan mereka lebih rela merengkok dalam penjara daripada tunduk kepada sipenzalim2.

      Sedangkan puak2 serban yang perasan mereka manusia2 suci, seperti budak2 tadika yang disogok aiskrim dan gula2, terus percaya dan taat pada penzalim2. Semuanya kerana duit, balak dan pompuan. Amanah walaupun difitnah puak2 serban tetap mendapat tempat dihati rakyat. Negeri kelantan yang terkenal sebagai deposit PAS juga sudah mula ketaq lutut, sehingga Nik Amar dok sibuk mengemis pada Amanah supaya dok sama pertahankan Kerajaan PAS yang sudak banyak cakap tapi kerja tak buat.

      Dulu sibuk menghalau serta mencaci tetapi sekarang terhegeh2 mintak belas kasihan. Puak2 serban ni mula sedar bahawa rakyat Kelantan sudah jemu dengan mereka2 yang suka bergelumang denga kemewahan tatkala rakyat menderita. Rakyat tak suka kepada golongan2 yang perasan bagus tapi hanya pandai bercakap tanpa berkemampuan untuk bertindak. Konon2nya kepimpinan ulamak tapi sebenarnya kepimpinan tamak. pemimpin2 yang mengaku ulamak ni serupa je dengan pemimpin2 UMNO yang berwalikan Najib.

      Nick.
      Cape Tiger.

      Padam
    2. Hanya kerana kemuka soalan pd PAN sudah dianggap 'baru tahu' bahaya PAN??.. Cekap sungguh spin situasi..lepas tu nak ajak PAS berunding..kihkihkih..

      Tak tergamaklah aku nk tgk PAS berunding dgn PAN.. Masa dia keluar PAS ada ke dia pulang kerusi2 PAS? Berunding dgn PAN ibarat berunding dgn pencuri yg secara jelas telah mencuri hak kita..

      Padam
    3. 'Bijak' sungguh DAP lantaran kelunakan DAP lah yg menyebabkan mereka (PAN) berani tubuh parti baru... Ini hanya pendapat.. DAP yg mulakan langkah pertama dgn memutuskan hubungan hanya dgn TGHH.. Pastinya mereka yakin dapat memulakan momentum 'besar' ini lalu menggesa langkah susulan menyingkirkan TGHH pulak oleh puak2 dari dalam PAS sendiri.. Mungkin kerana DAP telah diyakinkan terlebih dahulu oleh puak2 PAN (baca profesional kononnya) bhw PAN akan berjaya meneruskan momentum menjatuhkan TGHH..!!

      Alhamdulillah semua itu x sesekali menjadi kenyataan.. Masih x boleh dilupa kenyataan2 yg pro DAP dikeluarkan oleh PAN dgn sangkaan ahli2 di akar umbi turut menghayati kenyataan2 mereka yg x langsung mempertahankan TGHH tapi dlm masa yg sama membetulkan segala tindakan DAP. Inilah kesilapan ketara PAN yg menyebabkan mereka tewas..

      Kita sebelum ni mmg boleh terima DAP tapi x lagi bila DAP mula sombong kerana sudah merasakan mereka cukup kuat dgn sokongan solid non Muslims maka 'sudah tentu' PAS akan mendambai sokongan non Muslims (sokongan ahli DAP - sedangkan di luar DAP ada lebih ramai lagi non Muslims). Yg menariknya mereka juga menyangka rakan mereka PAN turut menikmati sokongan solid juga dari Muslims terutama dari dalam PAS..!!

      Apa yg boleh disimpulkan di sini ialah mereka (DAP & PAN) sebenarnya sudah tersalah congak dan kini mereka sedang terima hasil tuaian mereka sendiri.. Bukankah ini satu petanda bhw memperlekeh ulamak dan membetulkan segala tindakan biadap DAP yg jelas x menghormati ulamak, adalah satu tindakan yg jelas lari dari konsep berjemaah..?

      Jadi, hasilnya kini hanya tinggal dua tiga org sahaja lagi (pro PAN) yg masih 'setia' dalam PAS. Mereka mengharapkan mereka boleh buat sesuatu dari dalam dgn membuat onar kononnya hendak memecahbelahkan perpaduan ahli2 di akar umbi..
      Yg lucunya mudah betul mereka lupa nasib mereka di muktamar yg baru shj berlalu lantaran terlalu simpati pada pembenci ulamak..

      Tapi bila difikirkan kembali, 'kebijakan' DAP rupa2nya memberi rahmat kpd kita jemaah PAS.. Syukur Alhamdulillah.. dapat kita singkirkan golongan2 yg menyanjung tinggi DAP.. Dan yg lebih menariknya mereka pada asalnya ingin mengajak kita agar kagum dgn DAP sama sebagai mana mereka kagum..

      Wallaahua'lam..

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Kami senantiasa di belakang TGHH dalam apa jua tindakan yg difikirkan beliau baik utk Islam.. Ini termasuk menyingkirkan puak2 pengkagum DAP serta parti DAP itu sekaligus.. DAP dah terbukti menolak hudud walaupun utk Muslim sahaja.. PAS masih boleh berdakwah kpd non Muslim di luar DAP yg pastinya bilangan mereka lebih ramai lagi..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...