Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Disember 08, 2015

PANAS!! : SEBIJIK SERUPA UMNO...BUAT REPORT POLIS..


Tindakan PAS Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Pulau Pinang, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa disifatkan sebagai "tidak budiman" (gentleman).

Menurut Mujahid, tindakan PAS negeri juga melambangkan parti berkenaan tidak mampu menghadapi isu berkenaan secara bersemuka.

“Mereka berselindung di sebalik laporan polis tanpa bersedia untuk berdebat dengan saya (mengenai) perkara asas yang saya sebutkan (sehingga) melahirkan fahaman ekstrem," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Mujahid sebelum ini didakwa membuat kenyataan mengaitkan PAS dengan pemikiran gerakan pelampau seperti Negara Islam (IS) dan al-Maunah.

Ekoran dakwaan itu PAS Pulau Pinang meminta Mujahid - juga Naib Presiden AMANAH - menarik balik kenyataan yang dibuatnya.

Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim berkata kenyataan Mujahid berniat jahat kerana PAS terlibat mempromosikan demokrasi dan keamanan sejak ditubuhkan pada 1960-an.


Mengulas lanjut, Naib Presiden AMANAH itu berkata PAS Pulau Pinang sekadar berselindung di sebalik laporan polis dan tidak bersedia berdebat bagi mendapatkan kebenaran mengenai isu berkenaan.

“Mereka (PAS) gagal memahami jalur pemikiran ekstrem yang berpunca daripada perspektif ideologikal,” tegas Mujahid.

Jelas bekas timbalan pesuruhjaya Pulau Pinang itu lagi laporan polis tersebut seolah-olah mengisyaratkan PAS negeri tidak bersedia bersama masyarakat antarabangsa untuk memerangi keganasan.

Katanya, keganasan lahir daripada penularan tanpa sedar fahaman agama melalui pentafsiran secara tekstual dan bukan kontekstual.

Justeru, Mujahid mengajak PAS Pulau Pinang berdebat dengannya - jika berani - dan bersama rakyat menentang esktremisme.

mk
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

3 ulasan:

  1. Kenapa nak debat plk? Sedap mulut menuduh lps tu ajak debate... Lge x puashati ke selagi TGHH berada di singgahsana..

    BalasPadam
  2. Kenapa nak debat plk? Sedap mulut menuduh lps tu ajak debate... Lge x puashati ke selagi TGHH berada di singgahsana..

    BalasPadam
  3. Walaun2 baru kena jolok sikit dah melompat.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...