SHAH ALAM - Pas Kuala Kangsar diingatkan supaya tidak bermain politik di dada akhbar sahaja di sebaliknya kritikan DAP Perak terhadap kerajaan kerana menyekat dua atlet Israel ke kejohanan luncur angin di Langkawi.
Pengerusi PKR Perak, Dr Mohd Nur Manuty berkata, Pas negeri itu sewajarnya mendapatkan penjelasan dahulu berbanding membuat andaian sendiri.
"Apa pun kena tanya MPN negeri dulu, jangan main surat khabar saja, eloklah bertanya kalau nak cari kebenaran. Kita tak buat kenyataan saja, umum mengetahui pendirian kami dalam hal ini (Israel) cukup jelas dari mula.
"Ini pendirian ummah, bukan pendirian Pas Perak saja tak bersetuju (dengan kritikan DAP), tak benar (dakwaan Pas Kuala Kangsar) kita bersetuju dengan pendirian DAP itu," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua Pas Kuala Kangsar, Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob semalam dilaporkan sebuah portal mendakwa PKR Perak berdiam diri terhadap kritikan DAP itu.
Ahad lalu, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung penafian visa dua atlet Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan untuk menyertai kejohanan Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF).
Bagaimanapun setelah Chong dikritik hebat termasuk Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata anak buahnya itu telah menarik balik kenyataan itu.
Nga berkata, kenyataan Chong itu tidak mewakili parti berkenaan.
Sehari selepas dikritik hebat, Chong muncul dalam satu kenyataan sambil mendakwa pendiriannya itu telah diputarbelitkan pihak tertentu bahawa beliau berpihak kepada Israel.
Dalam kenyataan sama, Chong menegaskan beliau menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menolak kekejaman serta kezaliman regim Zionis yang menindas rakyat Palestin.
Nak ikutkan idea bisnes boleh tebal Yellow pages, tapi sudah ada yang sesuai untuk orang macam aku yang BZ dengan waktu pejabat..
Apa yang penting kerja senang, untung banyak..
klik link sini : http://autod9.com/army
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...