Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, November 20, 2015

TERKINI!! : KENYATAAN PANAS!! DATO HUSAM MUSA..

ADUN Salor Datuk Husam Musa menyifatkan menantu presiden PAS, Zaharudin Muhammad sebagai ‘lebih dari firaun’ kerana tidak berunding terlebih dahulu sebelum membuat keputusan berkenaan debat di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM) esok.

Husam berkata, sehebat firaun sekalipun, apabila hendak ‘bertarung’ dengan Nabi Musa beliau akan berunding terlebih dahulu mengenai tarikh, tempat dan masa.

“Sehebat dan segagah firaun sekalipun, bila hendak ditentukan masa, tarikh, tempat dan bentuk pertarungan antara Nabi Musa dan profesional sihir Diraja, firaun merundingi Musa.
“Tidak ada keputusan unilateral atau sebelah pihak dilakukan.

“Pada hal firaun itu diktator yang paling tersohor. Runding merundingi tetap berlaku,” kata Husam dalam kenyataannya hari ini.

Husan yang dianggap sebagai anak didikan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata Zaharudin seperti ingin menunjukkan keberaniannya dengan menetapkan sendir tarikh, tempat dan masa.

“Namun, rupanya ada juga insan yang ingin mempamerkan keberaniannya yang luar biasa dengan menetapkan sendiri tarikh, tempat, masa dan segalanya berkait apa yang dikatakan debat saya dan beliau.

“Janganlah kerana beliau begitu hebat, insan kerdil yang lain kena mengikut semua telunjuknya, hatta tarikh debat pun hanya beliau yang mesti tentukan seorang diri,” katanya.
Husam kini berada di China bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Sebelum ini berlaku ‘perang terbuka di laman sosial’ antara Husam dengan menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkenaan isu pembalakan di negeri Kelantan.

Zaharudin turut menjemput Husam datang ke Kuala Lumpur esok, jam 10 pagi di KUIZM bagi berdebat mengenai kekalahan PAS di Kedah dan Terengganu.

Zaharudin turut berikrar akan bertanding menentang Husam bagi menyelamatkan PAS di Kelantan.

mk
 
 
http://iklanviral.blogspot.my/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...