Surat untuk semua yg mengenali saya...
Assalamualaikum....
Buat Sahabat sahabat Surau Taman Sri Penggaram
Dariku: Ust Suhaimi Saad
Semalam (9 okt 2015) sebelum kuliah maghrib di Simpang 3, saya singgah di Surau TSP untuk solat asar berjamaah. Ada beberapa jamaah yg sedikit terkejut dengan kemunculan saya.
Kini daripada 8 kuliah di Batu Pahat kini tinggal 1 kuliah. Inilah harga yg terpaksa saya bayar atas fitnah yg dipanjangkan pada ahli PAS di Batu Pahat.
Saya ke Surau TSP bukan untuk merayu supaya saya dibenarkan kuliah. Saya ke surau TSP untuk membersih nama saya.
Sebolehnya saya nak jumpa semua yg keliru dan dikelirukan tentang diri saya. Hanyalah En Misran dan Pak Syed yg dapat mendengar penjelasan saya semalam
Prinsip saya, bila turun kekuliah bukan sekadar memberi ilmu, tapi yg terlebih penting ialah silaturrahim. Kita bukan hanya akrab dlm ruang solat, tetapi lebih jauh dari itu.
Firman Allah..
Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara.
(Al-Hujurat)
Saya sedikit kecewa kerana kemelut yg melanda PAS diheret sehingga menghancurkan persaudaraan sesama kita.
Sebolehnya saya tak mahu terlibat dengan kemelut dalaman parti ini. Ianya sangat rumit. Sebab itu saya banyak diam dan tak sentuh isu ini dlm kuliah di Surau atau dimeja sembang antara kita.
Amat mengejutkan saya dituduh sudah meninggalkan PAS dan bersama Amanah.
Seharusnya tuduhan ini dirujuk pada saya. Saya masih Ahli PAS yg saya sertai sejak 1987.
Kenapa saya dituduh dan tak diberi peluang membela diri. Bukankah kita mendokong perjuangan menegakkan syariat Islam, yg mengandungi Hudud, Qisas dan Takzir. Hukum Syariat itu mengajar kita bukti adalah penting dan tertuduh mesti diberi ruang seluasnya untuk membela diri.
Jika dalam hal sekecil ini pun kita gagal menunjukkan akhlak bagai pendokong syariat.
Bagaimana utk kita dokong hukum tg lebih besar dari itu jika yg kecil ini kita gagal menurut lunas akhlak Islam
Tanyalah saya dulu. Sahkan dulu tuduhan ini.
Bukankah Allah telah berfirman...
Wahai orang orang yg beriman, jika datang pada kami satu berita yg dibawa oleh orang orang yg fasik, selidikilah dulu (tabayun) supaya kamu tak menghukum secara yg salah nanti kamu menyesal.
Al Hujuurat.
Dalam dakwah ini saya dah biasa disekat, dirampas microfhon dihalau dari masjid oleh YB UMNO tapi saya tak kecewa sebab yg buat ini adalah pendokong parti sekular. Mereka tidak berakhlak sebagaimana dasar parti mereka juga tak menekankan berakhlak Islam.
Tapi saya dihalang untuk kuliah di Batu Pahat oleh org yg mendokong perjuangan Islam yg bukan saya kenal sehari dua.
Saya ahli PAS di halang oleh orang orang PAS yg sepatutnya menjunjung akhlak Islamiah.
8hb Okt saya dah bertolak untuk ke TSP dan tatkala sampai Muadzam, saya hantar mesej saya akan sampai jam 3 utk kuliah muslimat.
Tiba tiba saya dihubungi dan di maklumkan kuliah saya di TSP di KIV. Alahai dah 2 jam saya memandu kenderaan menuju Batu Pahat. Terpaksa berpatah balik.
Saya rasa bagaikan saya dianiaya oleh ahli Parti yg saya sokong.
Suka saya jelaskan pendirian saya. Saya masih Ahli PAS walaupun sessi ini saya tak dilantik apa apa jawatan sessi (2015- 2017). Alhamdulillah saya redha sebab jawatan adalah amanah. Utk sesi ini Allah tak bebankan saya dengan amanah yg berat ini.
Walaupun tanpa jawatan, kerja dakwah mesti diteruskan. Dari dulu saya tak pernah ulas apa apa yg melibatkan kemelut parti dlm kuliah saya di mana mana surau dan masjid, sbb saya tahu yg mendengar bukan semua org PAS, ada UMNO, atas pagar dll.
Saya tak pernah menyerang, menyindir mana mana kumpulan dan mana mana pimpinan PAS dlm kuliah saya.
Saya berpendirian menyerang dalam kuliah mana mana pihak termasuk yg keluar PAS tak akan menguntungkan dakwah. Sbb depan kita dlm kuliah bukan hanya ahli PAS. Malah kita sebenarnya membuka pekung PAS dengan laungan pengkhianat, tebuk kapal, munafik haraki jika medan kuliah umum digunakan utk tujuan ini. Akhirnya PAS di lihat, busuk dan menjijikkan
Dakwah ini adalah kewajipan org berilmu. Saya berlepas diri depan Allah jika nanti ditanya kenapa kamu tak menyampai dakwah ini. Inilah Jawapan saya..
"Ya Allah, ampunilah hambamu Ya Allah, bukan aku tak sampaikan agamamu tapi aku dihalang dari menyampaikan dakwah ini"
Lebih kecewa bila saya tahu fitnah ini datang dari agamawan dlm PAS
Atas nama agama dia tipu ahli PAS yg tak mengetahui apa apa. Agamawan seharusnya lebih berhati hati dalam menerima maklumat. Maklumat yg salah dari agamawan akan menyebabkan arang awam juga bertindak salah.
Saya tak akan maafkan org yg fitnah saya dan saya juga tak akan maafkan orang yg memanjangkan fitnah ini.
Terima kasih wahai sahabat atas apa yg kalian dah buat pada saya.
Pun begitu saya tidak sekejam orang yg menganiayai saya. Saya maafkan jika anda datang berjumpa saya. Sbb saya pun nak tahu tangan ghaib mana yang bertindak merugikan perjuangan Islam ini.
Maafkan saya atas luahan perasaan ini. Saya luahkan bukan tujuan untuk memohon berkuliah kembali. Sekadar utk membersihkan nama saya.
Tindakan terdesak ini tidak mengguntungkan dakwah dan tidak menguntungkan PAS.
Pesan saya Islam diamalkan dengan ilmu. Bukan dengan emosi dan semangat.
Pun begitu bila kita berjumpa dimana mana kita tetap bersaudara. Jangan putuskan silaturahim antara kita. Jika berpeluang saya akan terus mengunjungi surau TSP BUKAN untuk berkuliah tetapi utuk meneruskan silaturrahim antara kita yg telah terbina sekian lama
Terima kasih atas bantuan sepanjang perkenalan kita.
Selamat maju jaya buat Surau TSP.
Suhaimi Md Saad
Nom. Ahli PAS 0256874
PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
BalasPadam1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.
2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing
3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????
4. Masa Muktamar lebai lebai dan pro ulama macam seronok sakan guna CAI masa memilih. Ini cara islam ka cara yahudi guna cai ni tuan tuan
5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua
6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.
AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN BARISAN KEPIMPINAN CAI.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.
LEBAI KARUT WUJUD DLM PAS
Kalau ustaz yg halalkan langgar sumpah sewenang2nya, halalkan khianat harta waqaf dan sokong tolak hudud kalau DAP dan PKR pun tolak hudud, kami pun x mahu dgr ceramah depa..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamMracau msuk blog ni lak...huhu
BalasPadamPAS la ni dah jd parti cari makan..tu dia sikit punya ramai yg berebut2 nak jd pemimpin sejak kebelakangan ni sbb nak cari makan..dulu masa pas merempat mana ostad2 ni..la ni sikit2 nak tunjuk power..pru akan datang jgn salahkan kami kalu kelantan pun kantol..mb ngan tmb pun asyik politik je rakyat merempat..hancusss
BalasPadam