ALOR SETAR - Tindakan meminggirkan Pas dari menyertai sekretariat pembangkang Kedah jelas menunjukkan bahawa parti itu sudah tidak diiktiraf sebagai rakan baik mereka.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, status Pas kini seolah-olah menjadi ‘janda dalam idah’ yang diceraikan suami.
“Saya melihat Pas Kedah kini menjadi mangsa kepada pergolakan dalaman akibat penentangan hebat kelompok pro-DAP dan pro-Abdul Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang).
“Pas yang dahulunya menjadi sekutu kuat dan sanggup berkorban segalanya untuk membantu PKR dan DAP dalam pilihan raya akhirnya dibalas dengan penganiayaan politik yang tidak bermaruah,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, Pas harus belajar melupakan rakan pakatan dan berdiri sendiri sebagai parti yang bermaruah jika benar memperjuangkan Islam dan rakyat.
“Ini sebenarnya iktibar kepada Pas yang patut menjadi teladan kepada pemimpin dan pejuang parti yang dahulunya sangat ghairah untuk membina masa depan bersama PKR dan DAP bagi menumbangkan BN.
“Apabila niat sudah tidak baik, akhirnya padah buruk menimpa mereka hingga merosakkan masa depan parti Islam itu sendiri,” katanya.
Penganalisis politik itu berpandangan, Pas tidak perlu berasa kecewa apabila tidak diajak bersama dalam pembentukan sekretariat pembangkang Kedah baru-baru ini.
“Secara ilmiah berasaskan pengamatan politik semasa, saya mencadangkan supaya buat masa ini Pas melupakan mana-mana pakatan bersama PKR kerana mereka seolah-olah menggunakan DAP dan Pas bagi kepentingan diri sahaja.
“Pas akan diketepikan dari arus pembinaan dasar serta tidak mampu membina kekuatan jika bersama PKR. Pas dan jentera parti juga akan terus dipergunakan semaksimum mungkin dan menjadikan Pas bukan parti yang mengetuai pakatan itu,” katanya.
Md Shukri berkata, ia adalah satu kesilapan besar buat PKR dan DAP dalam menilai Pas dan pola sokongan rakyat terutama di Kedah.
“Pada saya, pembentukan sekretariat pembangkang Kedah tanpa penyertaan Pas ibarat pohon yang tidak berbuah,” katanya.
Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan bahawa pembentukan sekretariat pembangkang Kedah diwujudkan tanpa penglibatan Pas.
Menurut laporan itu, pengerusi bersama sekretariat, Dr Azman Ismail berkata, sebagai permulaan sekretariat terbabit dianggotai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Ketiadaan wakil Pas Kedah dalam sekretariat itu adalah disebabkan wujud masalah komunikasi antara parti berkenaan.
sh
Menang togel ya pak?pokoknya dosa besar tu dong..bapak selesa tinggal di dlm api neraka..cari rejeki yg halal aja dong pak..aman2 saja..
BalasPadamtulah apa yg PAS mahukan... kalau tidak dah lama dia bersama PH... ni cerita nak simpati ke apa... PAS kan dan kuat.... buat apa join dgn parti lain... kita suku dan lutut je PH ni...
BalasPadam