SHAH ALAM – Pakatan Harapan mendesak seluruh rakyat Malaysia agar bersatu demi menyelamatkan negara daripada ancaman perkauman, fahaman agama yang sempit, ekstremis dan ketidaktoleransian.
Menurut kenyataan bersama antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayob dan Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong hari ini berkata ahli Parlimen dari Umno dan BN digesa melakukan perubahan secara demokratik semasa Parlimen bersidang bermula Isnin 19 Oktober ini.
“Kami menggesa kesemua pemimpin veteran Umno dan BN ini agar selangkah ke hadapan merealisasikan perubahan yang dapat memberi kesan terhadap sidang Parlimen yang bakal berlangsung nanti.
“Malaysia sedang berhadapan saat paling getir apabila beberapa isu kritikal menghambat negara dalam satu masa melibatkan aspek politik, ekonomi, sosial dan hubungan antara kaum,” kata kenyataan itu, hari ini.
Beliau mengulas perjumpaan pemimpin Malaysia yang berkumpul di Bosphorus, Istanbul, Turkey, semalam yang mendesak rakyat Malaysia agar bersatu demi menyelamatkan negara daripada terjerumus ke kancah huru-hara serta bangkit dari krisis melalui transisi demokratik.
Bosphorus adalah selat yang menghubungkan antara benua Eropah dan Asia. Para pimpinan politik yang berhimpun di situ dengan semangat harapan baharu untuk Malaysia dan negara akan bangkit menjadi obor harapan baru di pentas dunia.
sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...