Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Oktober 02, 2015

MP PKR PERTAHANKAN PARTI DAP..

Nurul Izzah Anwar

KUALA LUMPUR - Orang Melayu tidak perlu bimbang kerana kebanyakan parti politik termasuk parti bukan Melayu memperlihatkan kepentingan dalam menjaga dan memenangi hati orang Melayu di negara ini,” kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah turut mengambil kira bantuan rakan pembangkangnya DAP yang dikatakan turut menitik beratkan kepentingan orang Melayu dalam perjuangan parti tersebut.

‎“Saya pun tak sangka, DAP sanggup pergi ke negara Mesir dan Jordan untuk memahami inti pati Islam dan kerajaan berdemokrasi.

‎“Mereka juga berusaha untuk menelusuri kepimpinan Rached Ghannouchi (ahli politik Tunisia).

Saya tidak kata mereka berjaya, tetapi mereka adalah parti yang mewakili masyarakat Cina telah mengambil langkah berani untuk menempatkan calon (berbangsa) Melayu di kawasan tradisi Cina, iaitu di Teluk Intan,” katanya ketika melontar pandangan mengenai definisi maruah Melayu dalam forum Mempertahankan Maruah Melayu di sini, semalam.

‎Menurut Nurul Izzah lagi, kepentingan untuk menjaga dan memenangi hati orang Melayu dikira penting kerana orang Melayu juga memperlihatkan kejayaan mereka di negara ini.

“Hari ini pada tahun 2015, kita masih membincangkan isu maruah Melayu. Dalam karya agung Sulalatus Salatin, masih lagi persoalan maruah dibangkitkan.

‎“Bila saya baca karya itu, saya memahami isi bacaan itu bahawa pantang Melayu itu jika mereka diaibkan. Mereka tidak boleh terima dihina dan kesedaran tentang nilai, erti maruah dan ketidakrelaan mereka diaibkan sudah berabad wujud lamanya,” katanya lagi.

‎Nurul Izzah dalam pada itu turut mengulas mengenai sikap kepimpinan pemimpin khusus pemimpin Melayu yang terlalu vokal ketika mengkritik kepimpinan negara lain.

‎“Terlalu banyak kontradiksi wujud antara apa yang diandaikan oleh semua pihak. Kalau kita rujuk puisi Datuk Usman Awang (Sasterawan Negara), Melayu itu kalau menghina pun, ia dibuat secara berakhlak dan penuh berhemah.

"N‎amun kadang kala ia tidak dipamerkan oleh kepimpinan kita. Masih ada pemimpin yang menggunakan kata-kata kesat dalam mengeluarkan kritikan. Pada masa yang sama, ada juga pemimpin yang selalu dipersalahkan, selalu merasakan dirinya dalam kepompong mangsa,” katanya lagi.

sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...