Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Oktober 21, 2015

BERITA BAIK : TOL AKAN DIMANSUHKAN JIKA.....

 Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan memansuhkan tol di lebuh raya Utara-Selatan sebaik dipilih menjadi kerajaan dalam pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan itu dibuat bukan hanya untuk meraih populariti tetapi sudah tiba masanya laluan sepanjang 600km itu bebas tol.

Menurutnya, selain laluan Utara-Selatan, jambatan pertama Pulau Pinang juga akan dihapuskan tol.

“Kenapa tol di lebuhraya ini masih dikutip sedangkan kos pembinaannya sudah habis dibayar. Kenapa rakyat masih perlu membayar tol?

“Bukan kita tidak mahu tol langsung, kita faham tol itu untuk membayar kos pembinaan lebuh raya tersebut, tetapi kosnya sudah habis dibayar. Kerajaan baru (Pakatan Harapan) akan hapuskan tol ini bila dipilih nanti,” katanya.

Ditanya adakah perkara itu munasabah untuk kerajaan menampung kos menyelenggarakan yang tinggi bagi laluan Utara Selatan itu, beliau berkata, kos itu boleh ditanggung dengan hasil kutipan cukai jalan yang dikutip setiap kenderaan berdaftar di negara ini.

“Mudah saja untuk faham, kita ada kutipan cukai jalan, jadi hasil boleh digunakan untuk menyelenggarakan lebuh raya ini.

“Namun, kerajaan tidak mahu hapuskan tol kerana nak jaga kroni-kroni mereka. Jelas boleh dibaca hal itu,” katanya.

Beliau turut mendakwa, ketika ini syarikat lebuhraya Utara Selatan hanya mengutip keuntungan bersih daripada pengguna lebuh raya itu.

Menurutnya, tindakan kerajaan menaikkan harga tol adalah tidak wajar dan patut dihentikan.

Lebuhraya Utara-Selatan itu dibuka pada 8 September 1994 dengan kos pembinaan sebanyak RM6 bilion. Mengikut perjanjian syarikat konsesi diberi tempoh sehingga Disember 2038 untuk mengutip tol di lebuh raya itu.

sh
 
http://iklanviral.blogspot.my/

1 ulasan:

  1. Anak Parit Samion Batu Pahat21 Oktober 2015 pada 2:36 PTG

    Artikel di atas mengingatkan saya kepada tol untuk jambatan di bandar Batu Pahat Johor. Saya tidak ingat dengan tepat tahun kutipan tolnya tetapi sekitar tahun 1965/66 begitulah. Dan selepas kutipan tol itu mencapai kos pembinaan jambatan itu, tol berkenaan ditutup serta merta. Inilah yang dimaksudkan oleh LGE. Ya, memang wajar dan tidak mustahil. Namun perbelanjaan maintainance bolehlah diatur dengan cara lain.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...