17 September 2015
Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Lim Guan Eng
Setiausaha Agung Democratic Action Party (DAP)
Mohamad bin Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (PAN)
BANTAHAN TERHADAP CADANGAN UNTUK MENERUSKAN KERJASAMA POLITIK DENGAN PAS DALAM PAKATAN PEMBANGKANG BARU
Keputusan pilihanraya bukan hanya ditentukan
oleh ‘orang politik’ sahaja, tetapi orang-orang yang tidak berparti
adalah merupakan golongan yang membentuk pecahan paling besar daripada
seluruh pengundi dan sangat mempengaruhi keputusan di semua kawasan
pilihanraya. Jadi, sebarang anggapan yang memperkecil, meremehkan atau
membelakangkan terus pandangan orang yang tidak berparti dalam membuat
sesuatu keputusan politik bukanlah suatu tindakan yang bijak atau boleh
memberi keuntungan kepada parti.
Orang yang tidak berparti tetapi menjadi
penyokong Pakatan Rakyat lebih ghairah untuk menumbangkan UMNO jika
hendak dibanding dengan orang politik yang memegang jawatan dalam parti.
Kerana mereka tidak ada apa-apa kepentingan. Harapan mereka cuma mahu
melihat pemerintahan yang baik, telus, tidak rasuah, tidak menyeleweng,
tidak menyalah-gunakan kuasa, tidak mengumpul kekayaan negara untuk
keluarga dan adil terhadap rakyat, itu saja!
Berbeza dengan orang yang memegang jawatan,
tidak kira di peringkat nasional atau di peringkat cawangan. Samada
calon mereka kalah atau menang dalam pilihanraya, tidak banyak beza pada
mereka. Mereka tetap boleh terus bermain politik di dalam parti atau
dalam pakatan. Tetapi tidak bagi orang atas pagar. Mereka tidak suka
berparti. Mereka lebih senang menjadi penyokong yang kuat. Bahkan
harapan mereka lebih tinggi dan semangat mereka lebih kuat untuk
menumbangkan UMNO kalau nak dibandingkan dengan orang politik. Mereka
menyokong PR secara keseluruhan, bukan bersikap asobiyyah yang lebih
mementingkan parti sendiri sahaja. Mereka tidak suka terlibat dalam
permainan politik dalaman. Sebab itu mereka lebih senang berada di luar
parti. Jangan kita lupa, golongan tidak berparti ini mewakili 90% dari
jumlah keseluruhan pengundi.
Dalam PRU-13 yang lalu, majoriti orang yang
mengundi adalah atas sentimen Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional.
Pihak PR sendiri telah menetapkan strategi satu lawan satu. Orang yang
tidak berparti lebih melihat pilihanraya umum ialah medan untuk memilih
Perdana Menteri Malaysia, samada Anwar Ibrahim atau Najib Razak.
Orang-orang atas pagar itu mengharapkan sebuah kerajaan yang baik dan
telus. Ramai pengundi memilih calon PAS atau PKR atau DAP adalah atas
dasar menyokong PR untuk menumbangkan BN yang diterajui oleh UMNO. Itu
saja.
Apabila sesuatu kawasan itu ditandingi oleh
calon PAS, maka PKR dan DAP tidak meletakkan calon. Penyokong PKR dan
penyokong DAP juga akan mengundi calon PAS, atas dasar Pakatan Rakyat,
bukan sebab mereka sudah jadi orang PAS. Pengundi atas pagar pula, kalau
mereka mengundi PAS pun, atas sentimen Pakatan Rakyat nak tumbangkan
Barisan Nasional. Tidak boleh dikatakan mereka sudah masuk PAS dan
menjadi orang PAS.
Jadi, berdasarkan senario itu, bolehkah kita
tentukan berapa orang sebenarnya pengundi PAS, berapa orang pengundi PKR
dan pengundi DAP dalam satu-satu kawasan parlimen?
Kalau pun boleh dikira berapa orang ‘pengundi
PAS’ dalam PRU-13 yang lalu, apakah boleh diandaikan bahawa sokongan
pengundi pasti tidak boleh berubah atau beralih arah dalam PRU-14?
Jadi, atas dasar apa tuan berfikiran bahawa
PAS masih diperlukan dalam pakatan pembangkang kerana sebahagian besar
pengundi Melayu adalah pengundi PAS? Sekadar bertanyakan pendapat
beberapa orang responden dan kebetulan pula responden itu ialah pengundi
tegar PAS, maka adakah tuan merasakan hasil kaji-selidik itu tepat dan
wajar dijadikan asas petunjuk dalam merangka strategi politik?
Kak Wan, Guan Eng dan Abang Mat,
Orang mengundi calon PR dalam PRU-13 yang
lalu adalah kerana mereka mahu Anwar Ibrahim jadi PM. Mereka tidak mahu
Najib. Mereka sudah tolak BN. Mereka lebih percayakan Anwar dan Pakatan
Rakyat. Mereka mengharapkan sebuah kerajaan yang adil dan telus. Mereka
memerlukan seorang Perdana Menteri yang baik dan berkemampuan. Kalau
calon PAS yang diletakkan bertanding di kawasan mereka, calon PAS lah
yang mereka undi. Kalau calon PKR, undi PKR lah, begitu juga dengan
DAP…. Tidak patut timbul soal mereka itu pengundi PAS, PKR atau DAP,
kerana yang pasti mereka adalah pengundi Pakatan Rakyat. Anwar berjanji,
kalau PR memerintah, kerajaan akan menurunkan harga petrol, pendidikan
percuma, PTPTN dimansuhkan; mereka menyambut janji itu dengan penuh
harapan dan turut membantu sebarang usaha untuk menumbangkan UMNO….
Inilah sebabnya kenapa PR dapat undi yang tinggi dalam PRU-13 lalu….
Bukan sebab kehebatan jentera PAS atau PKR atau DAP…. Jentera parti
hanya sekadar memeriahkan suasana pilihanraya semata-mata… Orang
mengundi bukan kerana terpesona dengan jentera parti.
Jadi, atas alasan apa tuan merasakan PAS
masih diperlukan dalam pakatan pembangkang yang baru? Pakatan yang lama
hancur disebabkan kerenah Presiden PAS, sekarang mahu buat pakatan baru,
lagi mahu ajak PAS? Sejak pilihanraya 2008, PAS tidak berhenti-henti
cuba menikam PR dari dalam, berulangkali melakukan khianat, berunding
dengan UMNO secara senyap-senyap, tidak menghormati PKR dan DAP,
melanggar keputusan mesyuarat, memburukkan Anwar Ibrahim, menentang DAP
secara terbuka dengan memainkan sentiment agama dan kaum; apakah tuan
merasakan perlu untuk terus bekerjasama dengan parti seperti PAS?
Kenapa..? Adakah kerana tuan hanya mementingkan politik tuan
semata-mata, tanpa perlu memikirkan perasaan sebahagian besar pengundi
yang telah banyak terluka dengan tindak-tanduk PAS selama ini?
Tidakkah tuan mahu mendengar suara hati
pengundi tidak berparti yang menjerit dan melolong ingin memberitahu
‘Jangan berpakat apa-apa dengan PAS…! Kami menolak PAS secara total…!
Kami sudah hilang kepercayaan kepada PAS…! Kami telah bersedia untuk
pertarungan 3 penjuru…. Tiga penjuru adalah lebih baik dari dua penjuru
yang ada PAS di dalamnya…. Kalau berpakat dengan PAS, PR 2.0 akan kalah
sebelum masuk gelanggang lagi…. Sebelum pilihanraya pun, PR telah kalah,
paling akhir pun pada hari penamaan calon. Samada berada di dalam PR
atau di luar PR, PAS tetap akan tindan calon….. Kalau tragedi di hari
penamaan calon PRU-13 lalu tidak kita jadikan pengajaran dan peringatan,
apa lagi kebaikan yang boleh kita ambil dari kejadian tindan calon itu?
Berperang dengan musuh secara berdepan lebih
mudah dari menghadapi ‘musuh dalam selimut’ yang menikam dari dalam.
Jadi, biarkanlah PAS berada di luar PR…. Penyokong yang berada di luar
parti, sebahagian besarnya berkata : “Kalau PAS ada sekali dalam PR 2.0,
aku akan tutup buku politik dalam diari hidup ku, dan aku tidak akan
mengundi dalam PRU”…. Itu kata sebahagian besar dari penyokong PR yang
berada di luar parti, setakat yang saya dengar…. Hampir semuanya
mengucapkan perkataan yang sama….. Tidak percaya lagi kepada PAS, tidak
setuju PAS sertai pakatan baru, kalau ada PAS, semuanya tidak mahu ambil
tahu hal politik lagi.
Sekian saja untuk kali ini. Terima kasih.
Abe Awang Malaya
b/p Jebonesta
http://yongsukakuning.blogspot.my
Dear Sir / Madam, "PINJAMAN SECEPAT MUNGKIN DALAM 2days. Taylor wilson Micro Dana keuangan Plc Komersial dan Pribadi", X-mas Loan, "Rumah Pinjaman sebesar 2% bunga rate.Interested Orang harus menghubungi Loan Officer via E-mail dengan di bawah ini informasi: ", NAMA: ..... TERAKHIR NAMA: ...... NEGARA: ....... NOMOR TELEPON: ..... PEKERJAAN: ...... AGE: ............. SEX: ...... Perkawinan STATUS: ...... LOAN JUMLAH DIPERLUKAN: ...... BULANAN PENGHASILAN ...... PINJAMAN JANGKA WAKTU : ...... Petugas Nama: Pinjaman Penawaran Investasi Email: Taylorwilsonloancompany@gmail.com, Terima kasih Dan Tuhan memberkati, Salam
BalasPadamTaylor Wilson.