Saya merujuk kepada tuntutan pesuruhjaya PAS Terengganu agar saya meletak jawatan ahli parlimen Kuala Terengganu.
Sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), pada bulan Mei 2013 PAS, PKR dan DAP bersetuju memohon mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti gagasan pembangkang yang akan bertanding di bawah satu lambang, iaitu Pakatan Rakyat.
Permohonan tersebut telah ditolak oleh ROS.
Bagaimanapun, PAS, PKR dan DAP masih bertanding di bawah konsep “Pakatan Rakyat” walaupun terpaksa menggunakan lambang masing-masing (untuk mengelak pertandingan tiga penjuru dengan BN).
Perkara pokok dan hakikat sebenarnya di sini adalah kesemua parti bersetuju bertanding dalam satu pasukan – Pakatan Rakyat, di mana pemilihan oleh rakyat adalah atas dasar muafakat satu pasukan.
Selepas PRU 13, PAS mulai bertindak seperti berikut:
(i) Meninggalkan konsep “PAS untuk semua” (PAS for All) dengan menjauhi diri dari golongan bukan Islam, bukan Melayu dan juga DAP serta PKR. Selepas muktamar bulan Jun 2015 PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP secara rasmi. Ini perubahan besar konsep asal sebelum PRU 13.
(ii) Keputusan bersama secara konsensus bersama PKR dan DAP tidak lagi dilaksanakan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat.
(iii) Pada Muktamar Jun 2015, kesemua golongan profesional disingkir dari Jawatankuasa PAS Pusat dan ini memusnahkan konsep kerjasama asal profesional dan ulama, satu lagi perubahan besar.
(iv) Berikutan itu, DAP dan PKR telah bersetuju mengumumkan pada bulan Ogos 2015 Pakatan Rakyat telah tiada lagi dan tidak lagi wujud.
Pada hemah saya, segala konsep perjuangan asal yang dipersetujui sebelum PRU13 secara berpasukan telah tidak lagi diamalkan oleh PAS.
Perkara ini amat lebih ketara selepas kematian almarhum Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari 2015.
Setelah memerhatikan bahawa PAS mengubah konsep perjuangannya, saya berhijrah kepada gabungan parti Harapan Baru-Parti Pekerja Malaysia.
Saya mahu meneruskan perjuangan melalui sebuah parti Islam mengikut amanat almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas mursyidul am PAS.
Dalam Surah Al-Maidah Ayat 89 ada menyebut tentang Yamin atau Aiman yang diberi ruang untuk menebus Sumpah Baiah jika berlaku perlanggaran. Hukumnya ialah :
i) Memerdekakan seorang hamba
ii) Berikan makan kepada sepuluh orang miskin dari apa yang kita makan
iii) Berpuasa tiga hari.
Saya memilih yang kedua, memberi makan sepuluh orang miskin untuk menebus sumpah seperti disebut dalam Ayat 89 Surah Al-Maidah.
Ini juga selari dengan sabda Rasulullah:
"Barangsiapa yang berjanji bersumpah sesuatu lalu melihat ada yang lebih baik dari janjinya yang diangkat maka datanglah yang lebih baik itu dan hendaklah ia membayar denda kaffarah."
Berkenaan desakan untuk saya meletak jawatan sebagai ahli parlimen, sebenarnya syarat tersebut tidak diperuntukkan dalam dalam mana-mana undang-undang.
Saya mohon pesuruhjaya PAS Terengganu terlebih dahulu menyiasat perkara di bawah kerana kesemua ahli parlimen, yang bersidang hanya tiga kali setahun, dibayar gaji serta elaun untuk berkhidmat untuk rakyat.
Saya menuntut pesuruhjaya PAS Terengganu membentang rekod rasmi aktiviti ahli parlimen PAS dari Terengganu, termasuk juga saya, seperti di bawah:
(i) Kehadiran harian termasuk beberapa jam sehari setiap sesi oleh ahli parlimen Terengganu sejak PRU13 dari rekod kedatangan rasmi Parlimen sendiri.
(ii) Kekerapan bilangan ucapan serta isu yang dibawa oleh ahli parlimen PAS Terengganu dalam Dewan.
(iii) Apakah prestasi sidang akhbar isu Rakyat setiap ahli parlimen Terengganu melalui kemudahan yang disediakan di Parlimen untuk mereka keluaran akhbar dan media alternatif – sosial.
(iv) Adakah ahli parlimen Terengganu terlibat dalam aktiviti melibatkan imbuhan berbayar lain semasa waktu sesi parlimen sedang berjalan dari jam 10 pagi hingga tamat sesi malam memandangkan mereka dibayar gaji khidmat Parlimen.
(v) Rekod kehadiran ahli parlimen Terengganu di Mesyuarat Pengurusan Mingguan Ahli Parlimen PAS di Pejabat Pembangkang Tingkat 14 Parlimen yang dipanggil oleh Ketua “whip” PAS Dato’ Mahfuz Omar.
Setelah pesuruhjaya membentang prestasi dan kehadiran setiap Ahli Parlimen Terengganu barulah beliau dan rakyat – pengundi boleh membuat penilaian siapakah sebenarnya yang patut meletak jawatan sebagai ahli parlimen.
Saya mohon fakta ini diperjelaskan dahulu 14 hari dari sekarang. Biarlah hukuman yang hendak di jatuhkan berasas pada fakta di atas.
Saya juga mohon pesuruhjaya menjelaskan kenapa tiada ahli parlimen dari Terengganu yang berlatar belakang agama mengambil bahagian berucap pada 18 Jun 2015 hari akhir sesi parlimen.
Pada waktu itu, Datuk Mahfuz Omar menimbulkan kegagalan kerajaan dan parlimen sekali lagi membentang Akta Pindaan Enakmen Syariah Kelantan 355 Hudud di Parlimen.
Kenapa mereka yang sepatutnya lebih arif dalam isu ini memilih berdiam diri di parlimen dalam isu yang selama ini digegarkan di kawasan masing-masing.
Saya memberi 14 hari dari tarikh ini untuk pesuruhjaya PAS Terengganu membentang kepada rakyat rekod ahli parlimen Terengganu. Biarlah rakyat jelata mengetahui fakta sebenar prestasi ahli parlimen mereka sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman. Sesungguhnya Islam menuntut pertimbangan fakta-fakta yang benar untuk proses keadilan sebelum menjatuhkan hukuman.
Kesemua pengundi termasuk ahli biasa PAS berhak mengetahui prestasi sebenar wakil rakyat mereka di Parlimen.
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD MP Kuala Terengganu.
mk
Geng lidah bercabang..lupa daratan, pelbgai alasan utk menghalalkan tindakan..mknlah duit haram..org yg berakal dia memilih bersama ulamak tp org jahil suka bersama2 puak2 mereka..sapot ulamak tolak sang liberal.
BalasPadamApa yang hang dok merapu cakap 'lidah bercabang la, lupa daratan la,.', bentangkan fakta 5 pekara yg dituntut Raja Kamarul. Rakyat nak tahu attendance geng ustaz dlm laksana tanggungjwb wakil rakyat..itu jer..
PadamKalau berani bentangla..kalau takut nak cerita kat rakyat maksudnya wakil rakyat geng ustaz kemungkinan besar kaki ponteng dan tak perform..adakah org yg tak amanah layak digelar ulama?
PadamKalau berani bentangla..kalau takut nak cerita kat rakyat maksudnya wakil rakyat geng ustaz kemungkinan besar kaki ponteng dan tak perform..adakah org yg tak amanah layak digelar ulama?
PadamRamboo 111 ,sudahlah ,kau tak payahlah tambah apai lagi ,orang tahu kau siapa.cakap macam ulamak tetapi jiwa macam syaitan
BalasPadamRaja perlu istiqamah dengan perjuangan untuk membela rakyat bukan untuk memuja peminpin yang perasan ulamk baik.Janagn dengan desakan orang yang skait mnetal.
BalasPadam