Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, September 05, 2015

HARAPAN BARU SEDIA.... BERLAWAN DI PRU14..

Dr Dzulkefly Ahmad

SHAH ALAM – Gerakan Harapan Baru sedia mempertaruhkan Parti Pekerja-pekerja Malaysia pada PRU14 akan datang sekalipun parti itu gagal dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah) oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Setiausahanya, Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, Harapan Baru tidak lagi ragu-ragu kerana NGO itu sudah mempunyai platform politik yang kukuh dan sah, bagi membolehkan ia turut serta menyaingi parti politik lain dalam pilihan raya akan datang.

“Itu tiada masalah, bila-bila masa kita boleh bertanding kerana kita sudah ada kapal dan rumah, tetapi yang lebih penting kita bukan baru dalam politik.

“Tengoklah wajah-wajah itu, kami ini ahli politik yang berpengalaman, sudah lalui keadaan baik dan sukar, kita telah lalui semuanya, kami bersedia dengan apa juga cabaran dan rintangan,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Image result for tone excel

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang mengatakan Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak boleh dijenamakan semula sebagai Amanah kerana ia bukan parti politik tetapi sebuah parti yang memperjuangkan hak pekerja.

Nur Jazlan berkata, Harapan Baru tidak boleh menggunakan nama Amanah sebagai nama rasmi wadah politik mereka selagi Perlembagaan parti pekerja itu tidak dipinda dan mendapat kelulusan ROS.

Dalam pada itu, Dzulkefly juga berkata, kekangan untuk menukar nama lama kepada baharu bukan satu halangan untuk pihaknya meneruskan agenda yang lebih penting, iaitu untuk menubuhkan Pakatan Rakyat 2.0.

“Ya, asalkan Pakatan Rakyat 2.0 tertubuh, usaha itu perlu didahului dengan penubuhan satu wadah politik baharu,

“Apa pun namanya, dalam Islam, sesuatu itu dinilai dari sudut isinya, bukan pada namanya, kalau dapat dua-dua lagi cantik, dalam Islam bukan nama tapi apa kandungannya,” ujarnya.

Ditanya tentang Harapan Baru terdesak hingga terpaksa menggunakan parti yang berasaskan pekerja, beliau bagaimanapun menafikan perkara tersebut sambil menegaskan pemilihan parti itu kerana mempunyai matlamat sama untuk memperjuangkan nasib rakyat.

“Bukan soal terdesak, kami pilih parti ini kerana mereka ini pekerja, mereka ini datang membawa satu agenda yang akhirnya mengangkat kepentingan pekerja sebagai satu segmen rakyat yang hari ini mereka fikir terpinggir,” katanya lagi

sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...