Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, September 17, 2015

BERITA YANG MEMBUAT UMNOBN TAK BOLEH TIDOR..

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

SHAH ALAM - Semua parti pembangkang bakal mengadakan persidangan meja bulat Selasa depan dalam rangka untuk membentuk pakatan pembangkang yang baharu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, beliau telah mula mengambil inisiatif untuk mengadakan perbincangan dengan pimpinan parti-parti pembangkang utama sejak sebulan lalu.

“Alhamdulillah melalui pertemuan-pertemuan ini, saya yakin ada kesepakatan yang kukuh ke arah membentuk sebuah pakatan pembangkang baru seperti yang dikehendaki rakyat.

“Pada hari ini, saya telah memanjangkan jemputan kepada pimpinan parti-parti pembangkang utama iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu untuk menyertai persidangan meja bulat itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Melalui kenyataan tersebut, Wan Azizah memaklumkan rundingan meja bulat itu akan diadakan di sebuah hotel di Subang Jaya.

Menurutnya, pihaknya turut menjemput pimpinan NGO seperti Abim, Wadah, Ikram, Bersih dan Negaraku serta tokoh seperti Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno) dan bekas Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun.

Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata, persidangan meja bulat itu bertujuan membincangkan perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui bersama ke arah pembentukan sebuah pakatan pembangkang baru dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang selama ini bersama-sama berjuang.

“Saya yakin semua pihak akan mengetepikan perbezaan demi melahirkan sebuah pakatan pembangkang baru yang berkesan untuk membela rakyat dan menumpaskan Umno-BN,” katanya.

sh

2 ulasan:

  1. SI SYEIKH AL TOLOL pon nak sekali datang ke????

    Kata nya sudah kuat sekarang tak perlu jadi BARUA

    Baik baik talam dua tiga muka , si TOLOL tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju ! talam la ni buykan sekadar dua muka tapi boleh dibentuk jadi3 muka dan bermuka muka kerana teknologi polymer membolehkannya jadi collapsible, strechtable, able... able.... 4 muka boleh bentuk kiub. La ni sebutlah apapun, semuanya serba diperbolehkan, $2.6n billion derma nilai suapan $10yinggit rauah namanya.

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...