SHAH ALAM - "Kami tak akan keluar Pas, kami tak nak jadi wakil rakyat bebas," demikian tegas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mewakili seluruh wakil rakyat Pas yang menyertai Harapan Baru.
Khalid berkata, dia dan beberapa wakil rakyat Pas yang menyertai Harapan Baru tidak akan keluar Pas.
“Kami tak akan keluar, kami hanya tunggu Harapan Baru terbentuk sebagai sebuah parti, pada masa itu keanggotaan kami sebagai ahli Pas akan gugur dengan sendirinya.
“Kalau kami keluar Pas, kami akan jadi wakil rakyat bebas. Itu kami tak mahu,” katanya yang bersama Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pada sidang media di pejabatnya, di Seksyen 13, semalam.
Dalam pada itu, Khalid turut menyindir Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang juga bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mana kedua-duanya merupakan wakil rakyat bebas.
“Jika kami jadi wakil rakyat bebas, kami kena duduk dengan Khalid Ibrahim di Parlimen. Kami tak nak duduk dengan dia, nanti jatuhlah taraf kami macam Ibrahim Ali.
“Sebab itu kita nak ada parti, bila kita duduk dalam Parlimen, kita akan dilihat sebagai satu parti,” katanya.
Mengulas berkenaan Harapan Baru, Khalid yang juga Koordinator Harapan Baru berkata, pada 31 Ogos ini pengisytiharan kewujudannya akan dilakukan dan pelancarannya secara rasmi akan dibuat pada 16 September .
“Penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 akan dilakukan sebelum Oktober dan kita akan lihat ahli parlimen daripada parti baru berada dalam Parlimen pada 19 Oktober sebagai wakil rakyat dari parti baru, bukannya bebas.
“Malah, dalam pilihan raya Sarawak tahun depan, kita sudah buat keputusan kita akan bertanding berdasarkan senario tiga kemungkinan yang akan berlaku,” katanya.
Tambahnya, kemungkinan itu adalah Pakatan Rakyat 2.0 mengandungi empat parti walaupun tipis PKR-DAP-Harapan Baru dan Pas.
“Boleh jadi juga PR 2.0 terdiri daripada PKR-DAP-Harapan Baru dan Pas bersendirian. Bila Pas bersendirian ada kemungkinan wujud ‘elektro pac’ antara Pas dan PR 2.0.
“Kemungkinan Pas akan bersendirian dan tak ada ‘elektro pac’ di antara Pas dan PR 2.0, melainkan jika ada khianat, baru akan berlaku tiga penjuru,” katanya.
sh
Agak2nya siapa pengkhianat sebenar..?
BalasPadam