Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Ogos 11, 2015

PANAS!! : SURAT ULAMA BESAR DUNIA KEPADA AGONG MALAYSIA..

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله، وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه،
(وبعد)

Segala puji dan puja untuk Allah. Selawat dan salam untuk junjungan kita Rasulullah , para sahabt baginda dan setiap orang yang menurut hidayah dan bimbingan beliau.

Malaysia merupakan sebuah negara yang dekat di hati saya dan sangat sayang dan sanjung. Banyak pengalaman manis yang saya lalui di sini, ramai kenalan rapat , tempat tempat yang membawa seribu satu kenangan.

11223496_616366515133295_7969681963350950309_nRamai sahabat karib yang masih tersimpan nama nama mereka di hati saya. Saya memang kerap berkunjung menziarahinya. Hati saya sentiasa terdetik dan terpanggil apabila nama Malaysia disebut. Lebih lebih lagi bila melihat Malaysia terus berkembang pesat dan maju dalam berbagai lapangan hidup.

Saya juga sentiasa berdoa kepada Allah agar rakyat , kerajaan dan pemerintah Malaysia terus berkembang, makmur , maju , berpadu dan rakyatnya hidup dalam persaudaraan.

Pada ketika Malaysia dilihat maju dengan pesat dalam bidang pendidikan, ekonomi sosial dan teknologi saya juga ingin melihat Malaysia maju dalam bidang politik.

Saya juga mengharapkan agar Kerajaan Malaysia tidak menyikapi pembangkang sepertimana layanan buruk yang diberikan oleh kerajaan di negara dunia ketiga yang lain. Ini kerana pembangkang atau oposisi merupakan sebahagian entiti penting dalam negara demokrasi.

Pembangkang atau oposisi merupakan anak kunci keselamatan bagi perpaduan dan kesetabilan negara. Mereka menjadi kuasa pengimbang dan penghalang ke arah terjebaknya para pemuda mengikut pemikiran yang merusak dan aliran ekstrimisme.

Ungkapan dan lembaran ini saya catatkan sejajar dengan kegetiran dan kesusahan hidup yang dilalui kini oleh sahabat dan saudara saya sdr. Anwar Ibrahim .

Beliau sebelum ini telah memainkan peranan utama, melakar unjuran perkembangan negara serta meningkatkan pencapaian negara Malaysia ke aras yang paling tinggi, sehingga negara dan masyarakat Malaysia ikut mengecapi hasil khidmat bakti beliau.

Dalam masa yang sama saya sendiri – sepertimana orang lain – mengikuti pertuduhan aneh yang dilemparkan terhadap Yang Berhormat saudara Anwar Ibrahim . Pertuduhan yang sangat janggal berbanding umur, akhlak baik, amalan agama, sejarah hidup mahupun mertabat dan kedudukan sosial beliau .

Malah segala bukti sampingan dan situasi yang melatari pertuduhan itu menimbulkan seribu tanda tanya.
Beliau sebelum ini telah pernah dibebaskan dari pertuduhan kejahatan berkenaan oleh satu penghakiman yang sempurna kemudian setelah semuanya selesai dan reda untuk beberapa tahun beliau dihukum lagi dengan pertuduhan yang sama; walhal bahan buktikan entah kemana. Semua ini menimbulkan tanda tanya.

Saya mengenaili Sdr Anwar sejak umur belia lagi; sebagai seorang pemuda yang menentang regim lama sewaktu beliau memimpin Angkatan Belia Islam Malaysia. Kemudian beliau dipenjarakan kerana suatu demontrasi yang beliau terajui .

Selepas keluar dari tahanan beliau kemudiannya mendampingi pimpinan UMNO dan menjadi ahli parti tersebut dan seterusnya beliau diangkat menjadi menteri dibeberapa buah Kementerian.
Akhirnya beliau menjadi orang nombor dua dalam parti berkenaan dan juga dalam kerajaan.

Semasa dalam kerajaan beliau telah mengundang saya beberapa kali berkunjung ke Malaysia untuk mendekatkan hubungan yang menjarak antara parti UMNO dan PAS, ketika itu saya sendiri menyokong hasrat berkenaan, iaitu untuk meujudkan perpaduan, kekuatan politik dan kestabilan hidup di Malaysia.

Saya malah ikut membantu beliau membangun Universiti Islam Antara Bangsa yang menggunakan pendekatan dan konsep kesepaduan antara ilmu wahyu, ilmu sains dan kemanusiaan.

11063820_919495931430277_4703782233399282192_n

Saya mengenali beliau sebagai seorang tokoh yang menyerlah dan tersohor . Beliau dikenali ; bukan sahaja di Malaysia, di dunia Arab ,malah beliau terkenal di Dunia Barat.

Beliau pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Keewangan. Boleh dikatakan beliau adalah antara pemimpin baru yang menonjol dan bertanggongjawab memaju dan membangun negara Malaysia.

Pada satu ketika dahulu beliau pernah diramal sebagai bakal pengganti Perdana Menteri Malaysia Untuk Era Baru . Malangnya ramalan itu tidak kesampaian kerana sipak terajang dan muslihat politik ketika itu.

Saya yakin beliau adalah seorang muslim yang jujur, beriman , beristiqamah , menunaikan kewajiban agama, menghindari dosa-dosa besar dan perkara yang diharamkan oleh Allah. Beliau berbuat untuk kemulian agama , mengharumkan nama negara dan berbakti untuk anak bangsa dan umat Islam.
Allah penentu segala-galanya Maha Tahu. Saya tidaklah mahu mendahului Allah mengenai hakikat sebenar tentang siapa beliau.

Tapi kini, kita lihat satu satunya ahli politik yang yang dikait dan dipalitkan dengan isu isu moral yang mengaibkan; dengan bahan bukti yang amat meragukan. Beliau dihukum dengan tahanan penjara berkali-kali . Kalau lah tidak kerana keraguan saya terhadap pertuduhan itu tentu saya tidak akan menulis menyentuh perkara ini.

Saya memang boleh berdiam diri dan membiarkan beliau merengkuk dalam penjara. Tapi kesetiaan saya dengan beliau sebagai seorang sahabat, disamping keyakinan saya tentang pendirian beliau yang baik dan niat baik saya terhadap rakyat dan kerajaan Malaysia, semua itu menghalang saya untuk bersikap mendiamkan diri melihat ketidakwajaran tindakan terhadap beliau.

Selaras dengan kesedaran di atas, saya menyeru dan merayu kepada Tuan Yang Dipertuan Agong Sultan Abdul Halim Muazzam Shah, kepada Perdana Menteri Malaysia Tun Najib Bin Abdul Razak agar mengampun dan memaafkan saudara Anwar Ibrahim.

Lebih-lebih lagi kes ini bukan kes yang dibangkitkan dalam era pemerintahan beliau. Tun Najib Abdul Razak selaku Perdana Menteri yang saya selalu berutus surat dan pernah saya ziarahi dan bertemu dengan beliau. Saya yakin dengan izin Allah beliau akan respon dan menyambut baik terhadap permohonan saya ini.

Saya menyeru kepada beliau agar menamatkan unsur kezaliman dalam kes ini yang telah menjejaskan imej dan nama baik Malaysia serta para pemimpinnya.
Demi Allah saya sangat prihatin dan berhasrat sungguh untuk menyatupadukan rakyat Malaysia , bahkan seluruh umat Islam amnya.

 Allah berfirman:

وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ
Bahawa umat ini adalah umat yang satu dan Aku Tuhan kalian , sebab itu bertakwalah kepadaku,
( Al Mu’minun 50)

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
Berpegang teguhlah dengan ajaran agama Allah dan jangan kalian berpecah belah. ( Ali Imran 103)

لَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Janganlah kalian bergaduh dan berbalah nanti kalian akan gagal dan lenyap keharuman nama baik kalian. Sebab itu bersabarlah, kerana Allah bersama orang yang tabah dan sabar. ( Al Anfal 46)
Ya Allah satukanlah para hambaMu atas dasar hidayah. Rapatkan hati-hati mereka untuk bertakwa kepadaMu. Mesrakan hubungan jiwa sesama mereka atas landasan kasih sayang. Padukan azam dan tekad mereka untuk berbuat kebaikan, kebajikan dan melakukan amalan yang terbaik .

Amin Ya Rabbal Aalamin.

Yang Benar
Yusuf Al Qaradhawi
Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia

sk

8 ulasan:

  1. no. 1 yakin pada kebenaran anwar. tp naib dia percaya buta pd umno.

    tidakkah mrk tau, org yg ada kebencian dlm hatinya tidak kan masuk syurga?

    BalasPadam
  2. Ganjaran besar menanti mereka yang ikhlas berjuang demi kebenaran, jangan khuatir dengan kesengsaraan didunia ini sesungguhnya syurga Allah itu tiada tandingannya. Mudah lidah meluahkan kata2 namun bahu menanggung lebih terasa.

    BalasPadam
  3. Ya Allah bantulah kami dan bantula sdr Anwar yg sedang dizalimi.Allah maha memakbulkan doa org2 yg dizalimi

    BalasPadam
  4. Apa yg Agong blh lakukan.xda apa2 agong blh buat.

    BalasPadam
  5. Sy tak hulah nak cakap aper sekarang nie.... Satu dunia heboh pasal macam macam hal berlaku di Malaysia sekarang nie, tapi kenapa Agong yang istana nya berbilion ringgit di bina dengan duit rakyat tak berbunyi satu aper pun...

    BalasPadam
  6. adakah Agong akan bertindak mengampunkan anwar,hanya kpd ALLLAH swt kita berdoa semuga dibuka pintu hati Agong.krng cakap[ lebih2 kena reman pula!

    BalasPadam
  7. Pas hanya betul dizaman Nik Aziz dan Fadzil Nor sahaja, > PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia fitnah calon pkr sbg penjual pil kuda?
    2.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    3. dia cuba hasut azmin dgn jawatan mb?
    4. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    5. ahli mendoa laknat pemimpin2 pro?
    6. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    7. ahli2 memijak gambar2 pemimpin2 pro?
    8. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    9. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    10. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    11. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    12. dia selalu ponteng sidang parlimen? Sekarang macam sayang Najib
    13. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    14. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    BalasPadam
  8. Agong pun mana ada akal, ikut aje apa kata menteri, suruh duduk dia duduk, suruh bangun dia bangun, janji masyuuuukkk, lepas tu bagi pingat hehehe
    apa dia boleh putuskan dalam negara ni?
    konon ketua agama tapi tak pernah sekali pun jadi imam solat, jangankan solat tarawik solat fardhu pun tak nampak jadi imam malah tak pernah nampak pun dia bagi kuliah, ketua apa kalau tak paham apa yg diketuainya

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...