JOHOR BAHRU - Seramai 91 ahli jawatankuasa yang memegang pelbagai
jawatan dalam Pas Kawasan Gelang Patah meletak jawatan masing-masing
berkuatkuasa hari ini bagi menyertai parti baru yang bakal dilancar 31
Ogos ini.
Seramai 16 daripada 32 AJK Pas kawasan berkenaan menghantar surat
peletakan jawatan mereka termasuk Yang Dipertua Pas Kawasan Gelang
Patah, Dzulkefly Ahmad, Naib YDP Kawasan, Isnin Hassan dan Setiausaha,
Musa Abdul Wahab.
Manakala seramai 17 daripada 22 AJK Dewan Pemuda kawasan turut meletak
jawatan termasuk Ketua Pemuda, Mohd Azam Mektar dan tujuh daripada 15
AJK Dewan Muslimat kawasan turut mengambil langkah sama termasuk Naib
Ketuanya, Khadijah Abdul Ghani.
Selain itu 51 ajk daripada sembilan cawangan pas kawasan berkenaan turut meletak jawatan termasuk empat ketua cawangan.
Dzulkefly Ahmad yang juga Timbalan Pengerusi Harapan Baharu Johor
berkata, mereka masih kekal sebagai ahli Pas sehingga parti baru
ditubuhkan pada 31 Ogos ini dan tujuan perletakan jawatan itu bagi
memastikan penyerahan kuasa kepada ajk baru berjalan dengan baik.
Katanya, lebih ramai AJK Pas dari kawasan lain di negeri ini dijangka
mengambil tindakan sama bagi menyertai parti baru berkenaan dan memberi
fokus memperjuangkan hak rakyat menggunakan pendekatan berbeza dan
menepati syariat Islam.
Pemimpin2 GHB gagal meletak jawatan sbg AP atau ADUN... Di sini kita dah nampak belum pun tertubuh parti baru sudahpun terdedah tiadanya integriti sbg pemimpin.. yg bestnye selama ni pandai kondem kepimpinan sekarang.. Cuba bayangkan sikap ini berterusan sehingga tertubuh parti baru nanti iaitu bermulanya parti baru TANPA integriti..
BalasPadamBagaimanapun, jika disorot kembali kesah mereka2 sebelum ini, sekiranya mereka berintegiriti selama ni pun pastilah mereka telah mempertahankankan pemimpin sendiri dari mempertahankan pemimpin yg menghalalkan babi dan arak.
Kena desak TSKI letak jawatan Adun dan MP jugak le sebab dah jadi adun bebas semasa krisis MB Selangor. Tak payah nak membohong la Wan Rosli ooi.....masa tu HH dan PAS xdesak pun TSKI letak jawatan bila PKR pecat. Sebaliknya HH dan PAS sokong plak TSKI jadi MB bebas. Ini tak nama kerja gila yg xdibuat orang.
PadamSiap beerpakat at dgn TSKI dan UMNO nak buat krrajaan UG.....nko dan Presideng nko memang xbleh pakai langsung wan rosli oooi...
Rosli ni macai umno kot.... ckp x pakai otak da...salah org lain nampak je... buta sejarah or buta oolitik... terjun lah luncai dgn labu2 nya...
BalasPadamMacai Umno pun baca blog PR , ok lah tu, otak macai ni tak kemana.
BalasPadam