Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Ogos 08, 2015

ISU SEMASA : Belum ada maklum balas daripada ROS permohonan Harapan Baru

 Harapan Baru

SHAH ALAM - Permohonan Harapan Baru untuk mendaftar sebagai parti politik masih belum ada sebarang perkembangan.

Setiausaha Harapan Baru, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini tiada maklum balas diterima daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkenaan perkara itu.

“Tiada (perkembangan), saya minta maaf kerana tidak dapat bercakap mengenai perkara ini,” katanya semalam.

Ketika ditanya sama ada terdapat masalah dalam proses pendaftaran tersebut, Dzulkefly bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Sebelum ini, anggota jawatankuasa Harapan Baru, Khalid Samad berkata, gerakan itu akan menjadi sebuah parti politik dengan nama baharu dan didaftarkan 14 September ini.

Katanya, Harapan Baru akan mengadakan konvensyen pertamanya pada 16 September di Kuala Lumpur.

Manakala, penyelaras Harapan Baru Perak, Asmuni Awi dilaporkan berkata, Harapan Baru yakin ROS akan meluluskan permohonan menjadi parti politik kerana pertubuhan itu tidak pernah melakukan kesalahan sejak 13 Julai lalu.

sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...