Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Ogos 17, 2015

Anak ke-2 Nik Aziz tak sertai GHB tapi...

 

Anak kepada bekas mursyidul Am PAS Nik Omar Nik Aziz tidak akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) demi menghormati keluarganya, namun pemikiran beliau bersama NGO itu, kata Pengerusi GHB Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

"Nik Omar tidak masuk GHB, fikrah (pemikiran) memang bersama (kita) tetapi beliau tak akan masuk kerana dalam kedudukan keluarganya (dan) kedudukan bondanya.

"Saya tahu Nik Omar tak boleh masuk sekarang, kerana masalah dalaman keluarga beliau. Beliau menghormati bondanya.

"Beliau tak mahu bondanya terhimpit dengan suasana yang ada,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Wan Abdul Rahim mengulas kenyataan Pengerusi GHB Mohamad Sabu bahawa pihaknya akan menghantar wakil bagi bertemu Nik Omar dalam masa terdekat ekoran kononnya anak lelaki Datuk Nik Aziz Nik Mat itu berminat menyertai kumpulan itu.

Mengulas lanjut, Wan Abdul Rahim berkata desas desus Nik Omar akan menyertai GHB tercetus pada Khamis lalu sewaktu beliau menghadiri majlis anjuran NGO itu di Hotel Habib dekat Kota Bharu.

Menurut Wan Abdul Rahim, dalam majlis itu, Nik Omar memberikan takzirah bahawa ayahnya pernah berpesan kepadanya bahawa Allahyarham mendokong Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP - lebih dari anak-anaknya sendiri demi menumbangkan Umno.

"Beliau menceritakan pengalaman dengan ayahandanya. Nik Omar cerita pengamalan beliau semasa ikut ayahnya bagi kuliah dan ceramah politik sampai tahun 2008.

"(Nik Omar kata) Tok Guru sebut yang dia (Tok Guru) tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri.

"Ambo tatang Pakatan Rakyat lebih dari tatang anak sendiri, kali yang kedua Nik Aziz sebut mengenai tatang Pakatan Rakyat tu (kemudian) dia lihat kepada anak dia (Nik Omar) mengharapkan sesuatu dari Nik Omar... kerana Pakatan Rakyat nak jatuhkan Umno BN.

"Jadi Nik Omar mengangguk kepalanya tanda beri persetujuan kepada ayahnya," kata Wan Abdul Rahim.

Ditanya pihak yang menyebar berita kononnya Nik Omar menyertai GHB, Wan Abdul Rahim berkata: "Ia disebar oleh mereka yang tidak bertanggungjawab."

Sementara itu, Wan Rahim berkata semasa Nik Omar belajar di luar negara beliau berkawan ahli PAS termasuk dengan mereka yang berbeza pendapat yang mendorong beliau memahami situasi politik yang berlaku kini.

“Masa belajar di luar negeri, beliau ada hubungan dengan rakan yang agak luas, bukan hanya dengan ahli PAS (sahaja).

"Beliau ada hubungan dengan IKRAM, ada hubunga dengan fikrah-fikrah lain selain dari PAS. Saya faham kekecewaan beliau," katanya. 


mk

3 ulasan:

  1. Memang betullah haru biru.. apa masalahnya nik omar join GHB??. Pasal keluarga TGNA yg bakal tersepit.. ? Jadi bagaimana pulak keluarga Allahyarham Yusoff Rawa dan Fadhil Nor.. tak tersepit jgk ka?? Apa masalah sebenarnya ni GHB.. elok kekal kan je nama GHB) tu.. Geng Haru Biru..

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. apa masalah kamu wan rosli? kamu yg haru biru!

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...