Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Julai 29, 2015

KENYATAAN TERKINI : PENGERUSI HARAPAN BARU


 Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu

PETALING JAYA - Pemimpin PKR, DAP dan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) menyeru semua ahli parlimen mengambil tindakan drastik menyokong penubuhan sebuah kerajaan peralihan.

Jurucakapnya, Mohamad Sabu berkata,  perlu ada satu kepimpinan yang tegas dari parti-parti pembangkang agar kemelut akibat pergolakan dalaman Umno dan kontroversi membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat dihentikan serta merta untuk mengembalikan urus tadbir negara yang mengutamakan kebajikan rakyat.

“Sejak pendedahan mengenai keterlibatan Najib berhubung tuduhan salah laku pengurusan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat, seluruh negara menjadi mangsa apabila urusan pentadbiran dan pembangunan dikorbankan demi percaturan politik beliau.

“Keadaan menjadi parah kebelakangan ini sejak pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai pemindahan wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun yang ditubuh milik Najib,” katanya dalam sidang media, semalam.

Beliau yang juga Pengerusi Harapan Baru berkata, kerajaan peralihan dapat ditubuhkan dengan merujuk kepada beberapa terma khusus seperti pelantikan seorang perdana menteri dari kalangan pemimpin kanan bagi tempoh satu tahun sehingga PRU14 yang dipanggil di akhir tempoh tersebut.

“Reformasi institusi-institusi penting untuk memastikan PRU14 akan berjalan dengan adil dan keluhuran perlembagaan serta undang-undang dikembalikan.

“Penyelesaian kepada skandal-skandal utama negara termasuk 1MDB dengan matlamat memastikan mereka bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Katanya, penubuhan kerajaan peralihan boleh dilakukan dalam masa terdekat sekiranya ahli-ahli parlimen menyokong satu usul tidak percaya terhadap Najib.

“Usul ini boleh dibuat di luar sidang parlimen atau semasa sidang parlimen akan datang.

“Sudah tiba masanya Muhyiddin dan kumpulan beliau menyokong satu usaha menubuhkan kerajaan peralihan melalui satu undi tidak percaya kepada Najib,” katanya.

Jelasnya, beberapa minggu ini, seluruh negara diheret dengan pelbagai desas-desus pergolakan politik dalam Umno.

“Perpecahan dalaman Pasukan Khas yang diamanahkan menyiasat penglibatan Najib kepada kepada dua kumpulan. Satu kumpulan yang ingin menyelamatkan Najib dan satu lagi ingin mendakwa Najib. Perkara ini disahkan dengan berita penamatan khidmat Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

“Kedua adalah pengguguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri kanan dari Umno untuk mengukuhkan kedudukan Najib,” katanya.

Tambah Mohamad, pihaknya memberi amaran kepada Najib supaya tidak mengambil peluang pergolakan dalaman Umno untuk terus menyalahgunakan kuasa dengan menahan pemimpin-pemimpin pembangkang, pengamal media dan mereka yang mengkritik pentadbiran beliau.

sh

1 ulasan:

  1. Awat hampa dok hingaq pong pang pong pang mudah saja panggil persidangan dewan rakyat tergempar lepas tu buat undi tidak percaya terhadap Najib dari situ baru kita dapat tengok siapa sokong sapa la nie yang dok jadi mangsa rakyat cukai tu cukai nie dok kena bayaq hampa asyik dok sebok pasai Najib dia tak pa la boleh lagi makan itu dan ini nie rakyat dibawah sana tu ada yang langsung tak boleh buat apa ,itu naik ini naik apa nak jadi dengan pemerentah asyik dok tukar menteri saja lepaih nie apa pula nak naik tau bila menteri baru dilantik lagi pula menteri yang dilantik pun semua menteri kitar semula yang kaki ampu dan jilat saja .kita tengok lah nanti Najib nak apa pula.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...