Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Julai 08, 2015

HOT!! : PRU13 AKAN DICABAR...


Nurul Izzah Anwar

PETALING JAYA - PKR akan memfailkan satu saman sivil terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencabar kesahihan keputusan PRU13 di kerusi-kerusi yang dimenangi oleh Umno dan BN dalam masa terdekat.

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata tindakan mahkamah itu diambil susulan pendedahan media Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa berlaku penyaluran wang haram melibatkan Perdana Menteri bagi membiayai kempen PRU13 lalu.

"Sepatutnya jumlah maksima yang dibelanjakan untuk kesemua calon Umno dan BN bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN masing-masing RM44.4 juta dan RM50.5 juta yang jumlah keseluruhannya RM94.9 juta.

"(Angka ini) jauh lebih rendah daripada jumlah yang didakwa digunakan oleh BN iaitu RM2.6 billion. AS$700 juta ini pula didakwa berada dalam akaun peribadi Perdana Menteri," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Jumaat lepas, The Wall Street Journal menyiarkan laporan yang mendakwa sejumlah hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Pada hari yang sama, Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai sabotaj politik untuk menjatuhkan seorang perdana menteri yang dipilih secara demokratik.

1MDB pula juga menegaskan bahawa ia tidak pernah menyalurkan dana kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam pada itu, Nurul Izzah juga berkata, PKR sedia mempertahankan kerusi-kerusi yang telah dimenangi sekiranya keputusan PRU13 tidak sah dan terbatal.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata lagi, tindakan mahkamah itu merupakan kesinambungan daripada kes sivil lain sebelum ini termasuk kontroversi kes dakwat kekal, dakwaan politik wang dalam pilihan raya yang melibatkan menteri kanan kerajaan.

"Sebelum ini, Bersih 2.0, Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) dan Transparency International telah mengemukakan empat aduan kepada SPRM mengenai elemen rasuah dalam penyaluran dana dalam kempen PRU13.

"Aduan tersebut berkait pembelian stesen janakuasa yang sebelum ini dimiliki oleh Genting pada harga tinggi dan tidak munasabah; kemudian tentang bagaimana wang tersebut disalurkan kepada Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

"Dana di dalam YR1M kemudiannya digunapakai oleh Perdana Menteri dalam pengumuman derma RM2 juta kepada dua buah sekolah; walau pemberian tersebut tidak termasuk di dalam skop bantuan YR1M.

"Ternyata, pengumuman dana sebesar RM2 juta menjelang pilihan raya penting dalam memastikan kemenangan BN di kawasan tersebut," katanya lagi.

sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...