Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Julai 06, 2015

HOT!! : GILIRAN NAJIB KENA FITNAH KIKIKIKIKI...

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meragui kesahihan laporan Wall Street Journal (WSJ).

Bercakap kepada media di Semenyih hari ini, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai pengaliran wang dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

"Saya berterima kasih ramai juga yang kata tak percaya berita tersebut, termasuk Datuk Haron Din (gambar).  Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan perkara sebegitu," kata Najib.




Kata perdana menteri, dia menjadi mangsa serangan media sosial secara bertubi-tubi kebelakangan ini dengan mengaitkannya dengan menyalahgunakan wang negara.

"Kalau saya nak menyamun pun, takkkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun saya kalau saya nak jadi seorang penyamun," katanya.

Najib berkata demikian dalam ucapannya di depan kira-kira 400 orang yang menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching, Semenyih hari ini.

Dalam ucapannya, Najib juga memberitahu hadirin beliau baru saja mengadakan sidang media untuk memaklumkan beliau sedang mempertimbangkan kemungkinan memulana proses perundangan terhadap WSJ.

Bagaimanapun mendapati didapati kurang terangsang dengan kenyataan itu.

Semalam Haron menyatakan rasa curiga beliau terhadap kebenaran laporan WSJ yang mengaitkan perdana menteri dengan pengaliran dana 1MDB ke dalam akaun peribadi individu didakwa Najib.

Haron juga berharap tuduhan yang dibuat ke atas Najib itu tidak benar.

mk

3 ulasan:

  1. sapa haron Din nie...penipu besar ke? ke kaki bodek...nk bodek tu berpadalah...rakyat susah, brg mahal, anak2 ke sekolah tak bersarapan, nak raya tak ada duit...minyak naik, tol naik..ini haron din tak bising kat najib...tak berjuang habis2san...kenapa?kenapa?...tak penting utk rakyat? ..sbb dah dijanjikan duniawi...yer le..sapa tak nak jadi menteri kan?

    BalasPadam
  2. ya ALLAH... akhiri umur kami didalam keadaan yang baik......

    BalasPadam
  3. Haron din disangka bijak macam abang dia rupanya ulama tiruan.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...