KUALA LUMPUR - Mesyuarat tergempar ahli Parlimen pembangkang yang berlangsung hari ini terpaksa diadakan di padang kawad berhampiran menara bangunan Parlimen.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, pihaknya dimaklumkan bilik
taklimat yang sepatutnya digunakan untuk mesyuarat tersebut telah
ditempah untuk kegunaan Kementerian Belia dan Sukan.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata,
mesyuarat itu bertujuan untuk mendengar pandangan ahli Parlimen
berkaitan tuduhan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
yang dikatakan menerima sejumlah wang daripada 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) seperti dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ).
"Apa yang berlaku kepada Perdana Menteri, peristiwa ini mencurigakan.
Jadi ini kali pertama Parlimen dipanggil oleh Ketua Pembangkang untuk
bermesyuarat kerana ini tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat.
"Isu 1MDB telah membuatkan kita tertanya-tanya kesahihan kerajaan kita.
Jadi pada hari ini kita nak dengar pandangan anda semua," katanya
ketika berucap di hadapan ahli Parlimen yang hadir.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah beberapa pemimpin NGO.
Bagaimanapun, tiada ahli Parlimen BN yang dilihat hadir dalam mesyuarat tersebut.
sh
hadi dan geng ostad pun tak ada? mike ni sebelah mana ek? sini ke sinun?
BalasPadamada kete mewah pun tak leh dtg parlimen? apa? nak helicopter????
takut kena tarik telinga dgn BIG MOM
BalasPadamhadi and the gang pi pekena sop lotot dan siku kat restroran jepang sebab hari tak puaih makan! jangan ambil taulah ngan puak ni,biaq lah depa ngan haluan depa duk tengah duk ampu cucuk bodek pak jid.
BalasPadamMARI BELAJAR THAI: sa wad DI kap ! masauk pintu keluar tingkap, kap!. cai kap ( x leh cakap pasal guna cai ) mai kap (mari dakap, MAKSUDNYA UG+ UMNO nak berdakap ).Penguasa rakyat ambush masuk ikut pintu , dia keluar ikut tingkap, kap!
Padam