DATUK Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan perutusan berikut melalui peguam beliau hari ini:
"Saya mulai dengan mengucapkan Ramadhan Kareem buat semua.
Saya
sedar walaupun beberapa perkara telah berlaku akhir-akhir ini, niat dan
semangat Pembangkang dalam perjuangan menyelamatkan Malaysia dari
kepincangan tatakelola dan autoritarianisme Barisan Nasional, terus
utuh.
Kita sekarang sedang berusaha untuk
menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal, supaya rakyat
dapat diberi khidmat yang lebih baik.
Pada masa yang sama, walau apa pun, Pembangkang masih berfungsi dan teguh di peringkat Kerajaan-Kerajaan Negeri dan Parlimen.
Tekanan
dan ketegangan seperti yang kita saksikan ini adalah fitrah sebuah
gabungan politik yang telus dan demokratik seperti Pakatan Rakyat; ianya
tidak bermakna kita tidak boleh menyelesaikan dan mengatasi
masalah-masalah yang dihadapi.
Saya percaya
bahawa Pembangkang, setelah disusun semula dengan kekuatan baharu
termasuk NGO-NGO, akan muncul bersatu dan lebih kuat selepas ini.
Dari
sebalik tirai besi ini, saya menggesa teman-teman seperjuangan di dalam
parti-parti Pembangkang dan juga rakyat Malaysia untuk terus bergerak
dalam perjuangan ini hinggalah kemenangan dikecapi dan Malaysia
diselamatkan.
Yakinlah, saya tidak akan sesekali meninggalkan perjuangan ini selagi nyawa dikandung badan."
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...