Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Jun 10, 2015

TERKINI!! : USTAZ AHMAD AWANG TIDAK AKAN SERTAI PASMA

 

Bekas naib presiden PAS Ahmad Awang merancang untuk mengadakan satu pertemuan pada minggu depan di antara mereka yang kalah dalam pemilihan PAS minggu lalu.

Katanya, memandangkan tidak memegang apa-apa jawatan dalam PAS, beliau masih boleh berkhidmat dari luar parti bersama mereka yang tewas dan bukan dengan cara bersendirian.

“Kita sebagai ahli, kalau tidak boleh dari dalam parti, jadi dari luar parti, kita cadang beri pandangan (pada PAS) tapi tidak bersendirian.

“Kita cadang yang tersingkir dan ditolak adakan perbincangan mengenai apa yang berlaku selepas muktamar, jadi kita akan bincang nanti.

"Kalau secara bersendirian, ia tak berkesan,” kata Ahmad Awang ketika dihubungi Malaysiakini.



Ahmad mencabar jawatan presiden PAS dalam pemilihan parti itu minggu lalu.

Beliau tewas di tangan penyandangnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang memperolehi kira-kira 80 peratus daripada 1,160 undi.

Calon golongan ulama menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS, di samping menguasai teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu.

Timbalan baru kepada Hadi adalah Tuan Ibrahim Tuan Man memperoleh 76 peratus undi, untuk menewaskan penyandang dua penggal jawatan itu, Mohamad Sabu.

Manakala tiga penyandang jawatan naib presiden - Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - tersingkir dan digantikan dengan Idris Ahmad, Datuk Nik Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Ab Samad.

Sementara itu, Ahmad berkata beliau menolak untuk menyertai Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) walaupun ditawarkan jawatan tertinggi.

“PasMa elok jadi NGO saja, saya tidak boleh komen mengenai ini, saya tidak akan sertai PasMa,” katanya.

mk

2 ulasan:

  1. Hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan. Kumpulan ulamak PAS yang membuat dan meluluskan usul putus kerjasama dengan DAP, yang akhirnya mereka sendiri terjerit-jerit kononnnya "ia belum muktamad" lagi.(Jika U_TURN berlaku mana nak letak maruah Dewan Ulama bro) Jadi memutuskan Hubungan dengan DAP hanya satu Usul Sandiwara pada Asalnya bagi Mempengaruhi Perwakilan sebelum Pengundian.
    KITA TUNGGU SAMADA " MEREKA MEMILIH RINGGIT ATAU ULAMA"

    BalasPadam
  2. PasMa elok jadi NGO saja, tapi satu parti baru beridentitikan Islam harus diwujudkan untuk memberikan alternative kepada rakyat untuk membezakan pendekatan Islam yang diambil di dalam politik Malaysia.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...