SHAH ALAM - Calon Presiden Pas, Ahmad Awang menyifatkan penyingkiran
kem tertentu dalam parti itu tidak akan menyelesaikan pertembungan
antara golongan yang tidak sealiran.
Menurut beliau, ini berikutan situasi ‘menyerang’ antara satu sama lain seolah-olah sudah menjadi kebiasaan dalam Pas.
“Persoalan yang harus kita jawab dengan jujur, sampai bilakah keadaan
kita terus-terusan begini? Ada yang berpendapat, jika disingkirkan
mana-mana ‘puak’ atau ‘kem’ dalam muktamar pemilihan nanti, maka
tamatlah segala pertembungan.
“Benarkah begitu? Setelah selesai disingkirkan mana-mana ‘kem’, peluru
yang telah terbiasa dan ‘sedap’ dihala sebelumnya kepada sahabat
seperjuangan, ada jaminankah tidak akan dihambur kepada sahabat satu
‘kem’ yang tidak sealiran?,” katanya dalam kenyataan, semalam.
IKLAN HOT!! : DUIT MASUK BERTALU-TALU DAFTAR NOW!!
Menurut beliau, keadaan ahli Pas ketika ini juga amat jauh berbeza
dibandingkan ahli terdahulu yang bersusah-payah memartabatkan obor Islam
yang menyeluruh sifatnya.
“Sekelumit pun pasti kita tidak pernah menyangka bahawa jutaan jiwa
yang ditarbiyah ini akhirnya berantakan dengan hamburan kotor yang
selayaknya tidak ditujukan sesama kita. UG (kerajaan perpaduan),
Anwarinas, pilihan DAP, liberal, Syiah, jebon, anti ulama, serta
pelbagai lagi istilah jijik kini menjadi basahan mulut yang meluncur
mudah.
“Seakan-akan ‘wirid’ yang diratib dengan perasaan benci sesama saudara
yang pernah berjanji setia untuk hidup dan mati dalam perjuangan,”
katanya.
Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar ahli Pas mengadakan pertemuan dan berbincang jika mempunyai masalah sesama sendiri.
“Bercakaplah dari lubuk hati paling dalam. Luahkanlah apa sahaja yang ingin diluahkan.
“Berdepan, jujur dan berterus-terang itu ibarat embun pagi yang dingin
dan mendamaikan. Insya-ALLAH, Whatsapp dan Facebook hanya menjadi medan
maklumat luar, bukan penentu baik buruk hubungan kekeluargaan jemaah
besar ini,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad juga memberi jaminan akan memastikan ahli Pas
kembali bersatu jika dipilih sebagai presiden dalam muktamar parti, 5
Jun ini.
“Akhirnya, saya ingin sebut bahawa saya bukanlah yang terbaik untuk
memimpin jemaah ini. Namun jika diberi kepercayaan oleh seluruh anggota,
akan saya serahkan jiwa dan raga saya untuk melihat Pas kembali bersatu
dan kukuh.
“Lebih jauh, saya mahu melihat Pas menjadi entiti siasah yang mampu
menerbitkan kepercayaan rakyat untuk diberikan amanah ke Putrajaya,”
katanya.
sh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...