SHAH ALAM- Sekiranya rombakan Kabinet dilakukan, Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak disaran melantik menteri di kalangan anak muda
yang bersih, cerdik dan beriman supaya boleh memacu negara kita ke
depan.
Pensyarah Sains Politik Univeristi Kebangsaan Malaysia (UKM),
Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff berkata,
sudah tiba masanya menteri yang dilantik memahami denyut nadi rakyat dan
bukannya dari golongan yang bercakap seperti tin kosong.
“Lantiklah menteri yang dapat memahami kesempitan hidup rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.
"Jangan lagi melantik menteri yang mengeluarkan kenyataan seperti badut,” katanya kepada Sinar Online.
Terdahulu sebuah portal melaporkan, Najib telah memberi bayangan kemungkinan akan ada rombakan Kabinet tidak lama lagi.
Najib, ketika menjawab mengenai spekulasi itu, tidak menafikannya dan menggesa orang ramai bersabar.
"Tunggulah," katanya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini.
Sementara itu Agus ketika bercakap mengenai cadangan seorang pemimpin
yang mahu kedai mamak tidak beroperasi 24 jam sehari, beliau mempunyai
pendapatnya sendiri.
“Saya bertanya, bagaimana dengan karaoke, kelab malam dan disko yang
dibuka sampai ke pagi? Tak hendak tutup ke tempat seperti ini?
"Jika tutup restoran 24 jam, bagaimana kita hendak mengisi kekosongan
perut rakyat yang bekerja pada sebelah malam? Mengapa harus disekat hak
rakyat untuk makan dan berniaga?” katanya.
Terbaharu, Najib berkata, kerajaan menolak cadangan tersebut dan
menegaskan kedai mamak akan terus beroperasi 24 seperti biasa.
sh
umno DAN pAS PUN SAMA SEBAB PAS hilang identiti sebagai parti yang berasaskan Islam apabila membiarkan "budaya kempen kotor dan penuh fitnah" dalam pemilihan parti ...
BalasPadamMEMBANGUN BERSAMA KEPIMPINAN CAI yg penuh dgn akhlak membarua, mentolol dan menjebonkan orang lain. Saya menyeru ahli PAS lepas lah jawatan anda dlm sebarang post dengan DAP di Pulau Pinang dan Selangor sebagai bukti masih bermaruah dan bertelur demi memenuhi kehendak dewan ulama/muktamar.
KITA MULAKAN DENGAN BOIKOT AKHBAR HARAKAH