Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Jun 18, 2015

HOT!!!!!!!!! : MAZLAN JAWAB TUDUHAN DR ZUHDI

 

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mencabar ahli Jawatankuasa PAS Dr Zuhdi Marzuki supaya menjelaskan bagaimana NGO itu boleh dianggap "radikal".

"Adakah dengan menyuarakan (isu) penindasan (terhadap peneroka) dianggap radikal? Adakah mengambil tindakan saman dan mengadakan demonstrasi (terhadap Felda) dikatakan keterlaluan?

"Jika itu yang dikatakan radikal dan keterlaluan, saya tiada ada masalah. Yang penting kita menjadi suara alternatif kepada masyarakat Felda.

"Ini adalah cara kita untuk memberi pandangan terhadap isu ketidakadilan dan penindasan yang berlaku," kata presidennya Mazlan Aliman ketika dihubungi Malaysiakini semalam.



Beliau mengulas serangan Zuhdi yang mendakwa ANAK "anti-establishment dan agak radikal" serta "kadang-kadang memberontak" dengan mengajak anak peneroka Felda menjadi pendesak dalam menyatakan tuntutan.

Zuhdi mendakwa "tindakan popular" NGO itu walaupun mendapat sokongan pendukung Pakatan Rakyat tetapi tidak mendapat tempat di hati warga Felda.

Mazlan menjelaskan matlamat utama penubuhan NGO itu sejak 2008 sebagai membela kumpulan itu termasuk generasi kedua dan ketiga walaupun mengakui ia bukan suatu perkara yang mudah.

Malah, katanya, perjuangan NGO itu sejak tujuh tahun lalu menampakkan hasil, termasuk penentangan penyenaraian Felda Global Ventures Berhad (FGV) di Bursa Saham ternyata benar apabila nilai saham kini merudum.

"Malah pada pilihan raya kecil Rompin baru-baru ini tidak sedikit sumbangan ANAK apabila melonjaknya pengundi peneroka Felda," katanya.

Mengulas cadangan Zuhdi yang ingin menubuhkan "proksi lebih mesra peneroka dan prihatin" untuk peneroka Felda, Mazlan berkata beliau mengalu-alukan dan "lebih ramai lebih meriah".

"Saya mempersilakan jika ingin membawa suara seperti badan-badan yang sedia ada yang membodek dan mengampu pengurusan Felda," sindirnya sambil ketawa kecil.

"Jika lebih ramai mahu menyuarakan untuk membangkitkan keperluan (peneroka) dengan mewujudkan NGO, untuk mengurus dan menjaga kepentingan masyarakat Felda, saya alu-alukan," katanya lagi.

Ditanya mengenai program ANAK selepas ini, Mazlan berkata pihaknya bercadang untuk bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewujudkan ladang-ladang Felda sehingga agensi itu mendapat pulangan tanpa bergantung kepada kerajaan.

Selain itu, ANAK juga mahu bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan mengenai masa depan Felda dan FGV dan yang paling terdekat pihaknya akan mengadakan majlis perasmian ibu pejabat baru di Ukay Perdana pada 27 Jun ini.

mk

2 ulasan:

  1. Agaknya Zuhdi tak suka ada pihak yang nak membela orang melayu. Dia tu bukan melayu ke.

    BalasPadam
  2. ala mazlan tu kecewa tu yg marah2 bila kena komen...

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...