Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Jun 25, 2015

HOT!!! : ANAK BUAT REPORT POLIS..

Beli saham: Anak gesa FGV disiasat
 
KUALA LUMPUR - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) mendesak pihak polis menyiasat urus niaga Felda Global Venture (FGV) yang didakwa membeli saham dari sebuah syarikat ladang di Indonesia pada harga lebih tinggi dari pasaran.
 
Pengerusinya, Mazlan Aliman mendakwa, syarikat multinasional dalam bidang perladangan itu telah membeli saham tersebut pada harga Rp700 (RM0.20) seunit berbanding harga belian di pasaran pada kadar Rp400 (RM0.11).
 
"Tidak sepatutnya dibayar hampir 100 peratus tinggi daripada harga pasaran kerana sebahagian besar tanah masih belum ditanam dengan sawit dan belum menjana apa-apa hasil," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Dang Wangi, di sini, hari ini.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Mazlan turut melahirkan kebimbangan apabila urus niaga pada harga yang luar biasa tinggi itu tidak memihak kepada FGV.
 "Bayaran deposit belian lebih dari 10 peratus. Ini di luar daripada amalan biasa perjanjian jual beli.
 
"Sekiranya pembelian tidak boleh diteruskan, deposit dipulangkan tanpa apa-apa faedah," ujarnya.

sh

2 ulasan:

  1. MAZLAN....kau membuktikan menjaga rakyat kampung BUKAN MACAM TUANG PRESIDENG yg menjaga Najib.

    BalasPadam
  2. mazlan membela rakyat felda. presideng membunuh pemimpin berwibawa dlm PAS.

    mana seekor UG yg memperjuangkan nasib rakyat felda? haram tk de

    sepatutnya bila mazlan letak jawatan ajk PAS, maka PAS perlu sensitif dgn isu semasa seperti felda dan cepat2 lantik pemimpin utk ke depan.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...