Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Jun 14, 2015

BERITA TERKINI!! : PAKATAN RAKYAT MESTI DIKEKALKAN..

'Jika dicongak PR sudah berkubur'

IPOH - Jika dicongak atas nama, PR itu sudah tidak ada, kata ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusoff Rawa ketika mengulas tentang pertelingkahan yang berlaku antara Pas dan DAP.

Menurutnya, PR lahir daripada kerjasama politik yang terbentuk melalui tiga parti pembangkang dan jika ada yang menarik diri, gabungan itu dilihat gagal.

“Kita menang atas nama PR, kita masuk bersama dan apabila salah satu daripada tiga parti ini terkeluar, itu bukan lagi dinamakan PR,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebagai panel pada Wacana Politik Baharu (Siri 1), Berkuburkah Pakatan Rakyat?, di sini, semalam.

Hadir sama sebagai panel Timbalan Pengerusi PKR Perak, Lee Boon Chye dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Unisel yang juga penganalisis politik, Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin selain Pengarah Strategik PKR Perak, Madhi Hasan sebagai moderator.

Mujahid berkata, prinsip perjuangan PR perlu didokong dan dikekal oleh penyokong ketiga-tiga parti meskipun gabungan itu bakal berpecah.

“Ini perlu dipertahankan dan tak pernah berlaku dalam sejarah politik negara, PR berjaya mengubah minda rakyat negara ini supaya menolak politik perkauman yang selama ini menjadi lesen besar kepada BN ,” katanya.

Beliau berkata, kewujudan PR sebagai gabungan pembangkang menyebabkan BN tidak lagi boleh sewenang-wenangnya menentukan dasar negara melainkan ianya dibahaskan di dalam Parlimen.

“Menang atau kalah perbahasan itu nombor dua tetapi apa yang kita dapat adalah perbahasan itu berjaya membuka minda dan membawa manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Shaharuddin berpendapat akar umbi PR perlu mendesak kepimpinan tertinggi parti masing-masing menghentikan perbalahan bagi mengelakkan perpecahan kerjasama politik.

Katanya, desakan akar umbi penting bagi menyedarkan pimpinan tertinggi  parti agar kembali fokus dalam mendokong usaha PR untuk memenangi PRU14.

“Sekarang ini, kelakuan atau atur-atur merenggangkan hubungan itu dilakukan oleh pemimpin di peringkat atasan dan tidak melibatkan peringkat bawahan parti.

“Oleh itu, saya bersetuju sekiranya  akar umbi mendesak pimpinan tertinggi parti masing-masing supaya cool down dan mencari jalan penyelesaian terbaik  mengekalkan kerjasama dalam PR,” katanya.

Menurutnya, desakan itu berupaya menyegerakan perbincangan dilakukan kepimpinan tertinggi PR.

Beliau berkata, pihaknya percaya pimpinan akar umbi tidak rela melihat PR terkubur selain gagal meraih kejayaan seperti dicipta pada PRU12 dan PRU13.

“Walaupun ada pertelingkahan besar peringkat atasan, saya percaya peringkat bawahan ini rindu kejayaan sebagaimana pada 2008 dan 2013,” katanya.

Tegasnya, pimpinan tertinggi setiap parti dalam PR tidak boleh mendabik dada selain bersifat angkuh dalam memperjuangkan dasar dan kepentingan parti.

“Saya ambil contoh di Selangor dilihat kuasanya seimbang antara ketiga-tiga parti dan kalau satu keluar dengan dasar masing-masing, maka kerajaan PR itu goyah dan tidak kekal memerintah,” katanya.

Sementara itu, Boon Chye berkata, pertikaman lidah secara terbuka antara pimpinan PR pada ketika ini akan memudahkan gerak kerja BN mengekalkan kuasa pemerintahannya.

Beliau berkata, polemik berkaitan perpecahan itu boleh diselesaikan jika  pimpinan tertinggi PR membuang ego dan keangkuhan dalam diri mereka.

sh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...