Permodalan Nasional Berhad (PNB) menjadi agensi terbaru didakwa terpalit dengan skandal kewangan 1MDB.
Dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini, setiausaha agung parti itu Rafizi Ramli berkata, PNB dan Tabung Haji membeli bon sukuk daripada 1MDB bernilai RM1.5 bilion dengan tanah di kawasan Bandar Malaysia sebagai cagaran.
Memetik laporan akhbar pada Mac, Rafizi berkata, sebanyak RM920.8 juta dipinjamkan Tabung Haji (melalui sukuk) kepada 1MDB , manakala baki RM579.2 juga lagi dipinjamkan oleh PNB," katanya.
Dakwaan Rafizi itu dibuat sehari selepas media melaporkan cadangan Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) untuk membeli tanah di kawasan Tun Razak Exchange dengan harga RM2,300 sekaki persegi.
Kata Rafizi, setakat ini KWAP, Tabung Haji dan PNB mengesahkan pembabitan mereka dengan 1MDB.
"Hanya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja berani mengesahkan tiada wang daripada dana mereka dilaburkan dalam 1MDB," katanya.
mk
NAJIB SAMUN 1 MALAYSIA.KKAKKAKAK LARI SABAH BAWAK CERTA KOTE KENDOR. KAKKAKKAKAK. KEMUDIAN BALEK CERTA RE SHUFER CABINATE KKAKKAKKKAKAKAK.DANA NEGAR HABIS KENA SAPU KAKKAKKKAKK.LEPAS NI LEPAS JAWATAN DAN BEBAS MACAM ANAK HINDU PARIA TU KAKKAKK.
BalasPadam