Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Mei 04, 2015

PRK POMPIN : UNDI BN..UNTUK GST


Jika pengundi Rompin memilih Datuk Hasan Arifin sebagai anggota parlimen, calon BN itu boleh menjelaskan salah faham mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana BN adalah kerajaan yang memerintah, kata Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob.

Bercakap kepada pemberita di Rompin hari ini, beliau berkata ramai pengundi salah faham mengenai cukai yang baru dilaksanakan itu namun penjelasan yang cukup boleh memahamkan mereka.

"GST akan menjadi isu (dalam pilihan raya kecil) dan memberi kesan bagaimanapun, Insya-Allah, pengundi akan memilih BN," katanya.



Pilihan raya kecil parlimen Rompin pada Selasa ini menyaksikan Hasan berdepan cabaran Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad.

Sebelum itu dalam ucapannya, Adnan yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang berkata berdasarkan trek rekod menunjukkan Hasan adalah pilihan untuk pengundi Rompin.

"Sebagai pemimpin veteran yang pernah menjadi ADUN, exco kerajaan negeri, timbalan menteri besar, pengalaman Hasan boleh dilihat oleh semua rakyat. Beliau akan berada di Parlimen.

"Jika Perdana Meteri Datuk Seri Najib membuat rombakan kabinet, mungkin Hasan akan menjadi menteri. Ini sesuatu yang perlu kita fikirkan juga," katanya yang diiringi tepukan hadirin.

mk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...