Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Mei 16, 2015

HOT!! : RAKYAT KENA MAIN DALAM TERANG-TERANG...KESIAN...

Telco

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan memastikan pengenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berasaskan penggunaan bagi perkhidmatan prabayar telefon dilaksanakan dalam tempoh enam bulan.

Pengerusi SKMM Datuk Seri Dr Halim Shafie berkata, SKMM dan Kastam juga memastikan semua syarikat telekomunikasi mematuhi arahan kerajaan untuk melaksanakan kaedah itu seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet baru-baru ini.

"Selain itu, pengauditan juga akan dilakukan bagi memastikan ketepatan nilai potongan GST berdasarkan nilai kredit yang telah digunakan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rabu lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa kabinet bersetuju agar GST ke atas perkhidmatan prabayar telefon dikenakan berdasarkan penggunaan.

Kerajaan juga bersetuju agar kadar nilai kad prabayar telefon ditetapkan pada harga RM10 akan mendapat nilai yang sama apabila diaktifkan.

Menurut Ahmad Shabery, langkah itu kerana kerajaan berpandangan ia adalah lebih sesuai di mana kerajaan tidak akan mengenakan cukai sebelum perkhidmatan digunakan.

Halim berkata, SKMM turut akan memantau saranan Ahmad Shabery yang meminta syarikat telekomunikasi melaksanakan diskaun bagi perkhidmatan mereka untuk kumpulan sasar tertentu seperti golongan pelajar.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata pihaknya akan mempergiat pemantauan ke atas pembangunan proses penukaran GST berasaskan penggunaan untuk tambah nilai prabayar itu.

Katanya, ia bagi memastikan pelaksanaan sistem ini berjalan lancar dan telus serta mengelak kekeliruan yang akan timbul pada masa akan datang.

Katanya, buat masa ini, pengenaan GST atas tambah nilai prabayar akan diteruskan pada kaedah sedia ada sehingga sistem 'beli RM10 dapat RM10' dilaksanakan.

sh

1 ulasan:

  1. Dalam PRU14 nanti pilih lah lagi UMNO/BN untung-untung rakyat dapat lagi habuan kenaikan konon hendak menaikkan taraf hidup keperingkat tinggi biar rakyat papa kedana asalkan bapak-bapak menteri boleh hidup selesa dengan pelbagai cukai yang bakal difikir selepas PRU pabila dekat dengan PRU pelbagai insentif pula akan ditabur pada pemilih dan orang melayu yang karat dengan UMNO begitu jugalah pabila PRK jika berlaku kekosongan pelabai janji akan ditabur dengan memburukkan pembangkang contoh terdekat di PRK Rompin dan Permatang Pauh berjuta-juta wang dijanji sdemi untuk mendapat undi pabila kalah satu sen habuk pun tidak diberi adakah rakyat melaysia ini khususnya bangsa melayu bangsa aku begitu bodoh tidak boleh melihat dan berfikir dengan janji yang ditaburkan itu dan terkini pabila kerajaan sudah kekeringan duit pelbagai ejensi kewangan milik rakyat khusus orang islam melayu (Bukan melayu islam) telah disalah gunakan oleh pemimpin UMNO yang konon hendak menollong orang islam.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...